Pages

Wednesday, October 16, 2013

Rezeki dari Nuffnang


Assalammualaikum wbt ..

Sebenarnya dah lama nak post tentang CPUV ciput aku ni sebab tetiba muncul dalam Nuffnang akaun aku ni. Biasalah orang tak pernah-pernah dapat, tambah pulak semakin jarang update blog kan. Mahu lah terkejut kucing jap, acaner boleh dapat CPUV ni. Selalu tengok-tengok akaun ada CPC je, sekali jenguk intai sikit eh, eh, eh ada CPUV pulak kalini. Walau pun tak banyak macam blogger lain. Alhamdulillah, ada jugaklah rezeki sikit kan. Terima kasih pada yang sudi klik iklan Nuffnang aku tuh. 



Tengok tu, 9 Sept 2013 pulak tu. Sama tarikh pulak dengan hari lahir abah aku. Boleh la dapat ciput sikit, hehehehe rezeki birthday abah kot. Tapi ... juga sama tarikh dengan pemergian arwah abang ipar aku. Selalu begini taw, untuk bulan lepas mesti aku akan perasan bulan berikutnya.

Eh, korang perasan tak iklan Nuffnang kebelakangan ni semakin menarik je kan? Korang ikhlas-ikhlaskan la untuk rajin klik iklan nuffnang bila singgah masuk blog aku ye. Terima kasih pada yang membantu aku  (^_^)

Terima kasih Nuffnang! Silalah bagi lagi iklan yang menarik-menarik.


Sebulan dah berlalu

Assalammualaikum wbt...

Sebenarnya masih banyak lagi hutang belum terlangsai pada readers blog ni. Jadi harap dimaafi ye, terlalu banyak kekangan datang bergolek dalam hidup ni. Harini kerja tak banyak sangat, jadi cuba jugaklah untuk publish kan sesuatu walau 1 entri. Harap kalian tak bosan membacanya.

Dah lama niat dihati nak tulis mengenai arwah, tetapi tak berkesempatan. Hmm..diam tak diam, 9hb Okt 2013 minggu lepas genap pemergian arwah abang ipar aku ke rahmatullah - YM Raja Harrun bin Raja Suran. Punca kematian, di syaki ada Kanser Paru-paru.



Arwah merupakan satu-satunya abang ipar yang sangat rapat dengan aku. Aku dah dianggap seperti adik sendiri. Kadang-kadang kelakar rasanya bila memikirkan, kemahuan aku lebih dituruti berbanding kakak aku. Arwah merupakan abang ipar sulong aku. Semua adik-beradik aku memang rapat dengan arwah. Arwah seorang yang ringan tangan dan tak berkira langsung. Dia sentiasa ada bila kami susah. Dia sentiasa cuba menolong aku dalam segala aspek, termasuk dalam hal mencari pasangan hidup. Arwah jugalah satu-satunya abang yang paling rajin teman aku pergi ke pasar malam setiap kali pulang ke kampung halaman. Arwah penyeri keluarga kami, kerana arwah memang suka bergurau dan menyakat kami semua.

15 Okt 2013 (Selasa) - pagi semalam, sebaik aku selesai solat subuh .. hati terus teringatkan arwah .. sebak dada rasanya .. inilah kali pertama aku merasa betapa kehilangannya seseorang yang sangat rapat dengan aku .. aku menangis tatkala setiap kali teringatkan arwah .. dan setiap kali itu jugalah aku akan segera sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan mendoakan yg baik-baik buat arwah.



Semoga Allah swt ampunkan dosa-dosa arwah, dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman .. amiin

Tuesday, October 15, 2013

Lirik Lagu Tetap Menantimu - Nomad (OST Love You Mr Arrogant)




Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Thursday, October 10, 2013

[REVIEW] #Churpremiere : Escape Plan - No One Breaks Out Alone

Assalammualaikum wbt ...



Setelah sekian lama aku tak join Premiere Screening sama ada dari Nuffnang ataupun ChurpChurp, kini aku cuba kembali aktif. Sebelum ini aku stop, sebab aku dah takde teman nak dibawa tengok Premiere Screening ni. After that, bila aku try join semula .. tuah tak menyebelahi aku lagi dah. Asyik tak dapat je tiket wayang percuma, ho ho ho .. tacing sat! So last week, aku saja try my luck again. Alhamdulillah, terima kasih ChurpChurp kerana bagi tiket wayang percuma Premiere Screening Escape Plan yang sangat best tu! Aku try ye make this entry fast, short and interesting (hopefully!).



Ray Breslin, the world's foremost authority on structural security, agrees to take on one last job : breaking out of an ultra-secret, high-tech facility called 'The Tomb'. But when he is wrongly imprisoned, he must recruit fellow inmate Emil Rottmayer to help devise a daring, nearly impossible plan to escape from the most protected and fortified prison ever built.



So yesterday, after habis waktu kerja aku terus pergi Bangsar pick up officemate (Siti) aku dulu. Well, memandangkan rumah dia pun memang lebih kurang sekangkang kera je dengan MidValley tu takdelah haru sangat nak pergi sana cepat-cepat. Tapi bila sebut MidValley ni memang perkara pertama dalam kepala aku adalah PARKING. Seriously, aku tak sedar berapa lama tah aku tak jejak MV tu gara-gara fikirkan parking yang hazabedah payah tu. Kalau siang, memang haramjadah nak jumpa parking dalam kurang 30 minit la. Jadi setelah sekian lama, last night was the day aku pergi MV tu semula. Memang untung bawa Siti tu sebab aku memang dah tak ingat langsung selok-belok dalam MV tu.
Hmm tapi jadi cerita haru jugaklah, gara-gara nak cepat sebab nak kejar Magrib, nak solat kat rumah Siti tu. Aku boleh plak salah masuk susur kiri, ha teruslah aku ke PJ - 1 Utama, Desa Park, Curve tu ha. Dari patut jalan clear, disebabkan dah salah masuk jalan tak memasal wei ter-join jammed sekejap2. Ish, tapi sungguh lah aku memang tak dapat nak cam jalan sangat bila malam2 ni. Mau tak mau mujur lambat lagi tayangan tu, aku pun keluar awal .. aku pun redah je .. dari Bangsar, ke Damansara, pusing balik cari Bangsar .. sudahnya aku tembus kat Dataran Maybank Bangsar. Wahahahhaha, Alhamdulillah Allah swt makbulkan doa aku.

Adush, sori panjang lak kisah haru aku. Now meh aku cerita sikit pasal movie Escape Plan ni. Gabungan mantap dari hero veteran kegilaan ramai, termasuk la aku - Arnold Schwarzenegger & Sylvester Stallone. Seperti sinopsis yang ChurpChurp berikan diatas tu, Breslin (Stallone) merupakan pakar dalam bidang keselamatan. Kerja dia adalah menguji setiap penjara pusat, samada senang dibolosi oleh banduan-banduan atau tidak. Dia jugak ada menulis 1 buku tentang kawalan keselamatan, namun telah disalah pakai oleh 1 badan swasta yang menjalankan kegiatan secara haram. Emil Rottmayer (Schwarzenegger), menjadi rakan baik pada Breslin setelah dia dipenjarakan di 1 penjara rahsia yang tiada siapa pun tahu lokasi sebenar. Dari situ lah bermula rancangan melepaskan diri yang sebenar.


* Kenapa Breslin dipenjarakan?
* Siapa Emil Rottmayer yang sebenarnya?
* Kenapa penjara khas itu dirahsiakan lokasinya?
* Siapa dalang di sebalik situasi tersebut?
* Dimana sebenarnya lokasi penjara khas tersebut?


So, overall aku boleh la bagi dalam 4/5 bintang .. sebab? Movie ni best tapi ada certain scene yang macam menghina orang Islam la jugak. Itu pendapat aku lah, kalau korang tengok tak tahu la bagaimana lak pandangan korang kan. Kesimpulannya, aku memang enjoy tengok movie ni even aku kelaparan..ho ho ho..



Thank you again ChurpChurp for the free tickets!



Friday, October 4, 2013

Tazkirah Jumaat #18 - 30 orang yang pertama dalam Islam



Assalammualaikum wbt ..

Dah lama jugak saya tak berkongsi Tazkirah di sini kan? Kebetulan jalan-jalan di 'mukabuku', terjumpa pulak mengenai mereka-mereka yang sangat bertuah di Bumi Allah swt ni. Sungguh terasa kerdil dan kurangnya ilmu pengetahuan yang ada ni. Sebab rasanya memang saya tak tahu langsung mengenai maklumat yang bakal saya kongsikan ini. Jadi harini, saya tergerak hati jugak untuk berkongsi dengan kawan-kawan alam maya jugaklah. Harap bermanfaat jugak buat kalian ye.




Biasa kat sekolah, cikgu-cikgu ada tanya "Siapa orang pertama yang mencipta telefon?" kan?? Tapi ada tak ustaz/ustazah yang bertanya pada anak-anak kita, siapa orang pertama yang menulis Bismillah? Mari saya kongsikan 30 orang pertama dalam Islam.




1. Orang yang pertama menulis Bismillah - Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam - Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan - Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat - Nabi Ibrahim AS
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat - Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa & Marwah - Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat - Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam - Abu Bakar As Siddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah - Umar Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam - Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW - Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita - Sumayyah binti Khabbat RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki - Al-Harith bin Abi Halah RA
14. Orang yang pertama menulis hadis dalam kitab/lembaran - Abdulllah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah - Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan - Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW - Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW - Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah - Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW - Ibban bin Othman bin Affan RA




21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW - Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh - Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam - Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi Raja dalam Islam - Muawiyah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam - Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal - Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW - Ali bin Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama digelar Al-Muqry - Mus'ab bin Umair RA
29. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah - Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga - Nabi Muhammad SAW.


Thursday, October 3, 2013

Fenomena Bedak Arab Kokuryu

Assalammualaikum wbt ..


Bedak Arab Kokuryu – Ha sape yang tak pernah dengar kan? Aku sendiri dah berkali-kali dengar sampaikan ada adik sepejabat aku bulan lepas siap syorkan lagi suruh aku pakai. Tapi disebabkan aku ni memang jenis tak suka mencuba sesuatu yang baru terutama sekali kalau berkaitan dengan produk penjagaan wajah dan kesihatan. Jadi, aku teruslah kata .. “takpelah dik, tak berani la nak cuba2 ni .. akak pun bukan jenis pakai bedak compact sangat .. apatah lagi nak usung ke hulur ke hilir barang-barang mekap ni”. Yelah, muka aku ni dah memang jenis yang bermasalah. Kalau aku tersalah pilih produk, tak ke lagi bahana jadinya nanti??


Says


Tapi nak dijadikan cerita lah kan, masa tu kecemasan sangat. Krim pelembap aku dah habis, jadi aku tak boleh nak tempek bedak baby terus kat wajah aku ni tanpa sebarang alas. Nanti jelas terang tang tang la tempat-tempat kering kat wajah aku ni..hu hu hu sadisnyeeeee~. So tanpa segan silu, aku pun pinjam/minta la sikit Bedak Arab adik tu untuk ku touch up kat wajah comot aku ni. Wow! Ha ha ha masa tu kami kat South Korea, so sikap ‘Sharing is Caring’ tu sangat penting ye kawan-kawan. So dari situ la pertama kali aku try sendiri Bedak Arab Kokuryu tu ha. 1st kesimpulan adalah … wow! Rasa sangat selesa dan best je lepas touch up tu..wangi..dan rasa wajah ni pun kurang berminyak bila seharian berjalan-jalan kat Korea bulan lepas.




Dan balik je dari Company Trip – South Korea tu, aku pun terjebak la akhirnya. Beberapa minggu selepas pulang dari Korea tu, aku pun search sana sini, cari segala info, testimonial, feedback, supplier, blogshops yang ada cakap pasal Bedak Arab Kokuryu ni ha. Biasalah, mostly mesti akan bagi respon positif kan? Tapi sebenarnya aku terjebak membeli dan mencuba produk ni bukan sebab hasil kaji selidik tu ye .. tapi sebab testimonial dan bukti sebenar memang dah ada depan mata. Ha ha ha! Adik yang dulu syorkan kat aku pasal bedak ni, dia lah bukti nya yang buat aku kata .. “Ok, aku akan cuba jugak!” .. One fine day, macam biasa je pergi pejabat. Tapi hari tu aku tengok wajah adik tu glowing dan bersih sangat-sangat. Giler terkejut aku! Ha ha ha … sekali dok usha-usha, adik tu kata .. dia baru je guna bedak tu secara konsisten. So itu pasal lah aku baru nampak kesan penggunaan Bedak Arab Kokuryu ni ha. Lagipun bila difikir semasak-sehangus-serentungnya, elok jugak aku cuba pakai bedak ni. Sebab kalau sesuai dengan aku, sekurang-kurangnya kelak aku dah tak payah lagi nak cari krim muka, krim pelembap muka ke. Dengan Bedak Arab Kokuryu ni, all 3 in 1. Senang, mudah dan wangi!

Aku dah godek-godek kat blogshops, mostly mahaii kemain lebih dari apa yang adik tu syorkan. Jadi aku godek-godek plak kat pageshops kat fb, akhirnya jumpa la satu page ni ha yang menjual bedak arab ni dan on going in promotion. Aku pun terus lah grab seketul kan. 30hb Sept last date promotion, petang tu jugak aku pergi buat payment. Alhamdulillah, 2hb Oct petang semalam aku dah pun terima barangnya..macam gambar kat atas tu. He he he~




Jadi ini lah dia, seketul Bedak Arab Kokuryu dan percuma sekeping Beauty Sponge. Maka harini adalah permulaan aku menggunakan bedak ni. So tengok lepas seminggu nanti, ada perubahan ke idok ye kawan-kawan. Ohya, bedak arab ni ada jenis-jenis dia. Aku pilih jenis Russet sebab kulit aku taklah cerah mana dan tak juga gelap sangat kan. Rata-rata penjual mengatakan bedak ni boleh tahan selama 3 bulan, so takdelah kita kena tiap-tiap beli bedak compact je kan? Membazir uolsss~

Muka aku ni jenis kering-berminyak. Ha acaner tuh? Ha ha ha .. aku pun pening sebenarnya, tapi itulah hakikatnya. Sampai sekarang aku pun masih confuse bagaimana nak merawatnya. So sekurang-kurangnya dengan penggunaan bedak ni, aku harap bila seharian keluar takdelah muka aku ni macam tong minyak masak yang diusung ke hulu ke hilir dah. Hu hu hu. Selain ikhtiar kan begini, aku ada jugaklah jaga pemakanan yang mungkin menjadi factor muka aku semakin berminyak. Siapa-siapa kat luar yang sudi bantu aku, sila-silalah tampil ye. Jenis muka macam sekarang ni jugaklah yang menjadi salah satu faktor aku tak suka bermekap. Kadang-kadang cemburu jugak tengok blogger-blogger cantik tu mekap natural je pun dah nampak cantik sangat. Hu hu hu dilema gilos rasanya! Ingin mencuba, tapi kurang keyakinan untuk bermekap even yang nipis-nipis saja.


Ok lah, sekian je nak cerita pasal wajah dan Bedak Arab Kokuryu. Kita tunggu hasilnya selepas seminggu ni ye. Ada perubahan atau sama saje. Terima kasih kat adik yang syorkan tu, ko memang pandai persuade kakak ko ni. Ha ha ha ha ha~ Kat bawah ni aku selitkan 1,2 link blog yang aku rujuk ye sebelum membuat keputusan untuk membeli bedak ni. He he he~









Sahabat Sakura

They're G+