Pages

Monday, March 30, 2015

Nuffnang oh Nuffnang

Assalammualaikum wbt  ...


Lagi beberapa hari sahaja lagi Mac pula bakal meninggalkan kita dan diganti dengan April. Agak-agak sudah berapa banyak aktiviti/kerja yang bermanfaat yang telah kita lakukan ye sepanjang tempoh yang singkat ni? Bagi Nurul, secara jujurnya memang tak berapa banyak. Walaupun Nurul juga mendapat 24/7 sama seperti kalian, tapi Nurul masih tak berkesempatan untuk ligat di alam maya seperti orang lain.

Semakin kurang bermesra dengan blog kesayangan ni, semakin kurang jugalah bertegur sapa dengan My Nuffnang. Owh!! Teruknya saya (nangis2 lari masuk bilik, nyorok bawah bantal sbb malu dan rasa bersalah). Tapi sangat-sangat terharu dengan Nuffnang sebab tersangatlah baik hati. Mereka masih sudi bagi BE kat blog ni walaupun dah berhabuk beberapa bulan akibat banyak kekangan yang tak dapat dibendung diri sendiri lagi.

Mengikut rekod dalam My Nuffnang, kali terakhir dapat BE adalah pada Okt 2014. Kemudian Nov, Dec hingga Jan '15 sunyi sepi sampai status Glitterati pun ditarik balik oleh pihak Nuffnang. Masa tu sangat-sangat luluh hati ni tengok status dah ditarik akibat kecuaian diri sendiri. Alhamdulillah, pada bulan bertuah Nurul .. Nuffnang mula semula derma BE sedikit demi sedikit pada Nurul hingga ada jugaklah sedikit penambahan pada jumlah kutipan derma kan. Cuma untuk cash out tu masih lagi berjanggut kena tunggu sebab nya tak kencang macam blogger2 femes tu. Hu hu hu~






2 gambar kat atas ni antara BE yang beratur dalam sedar tak sedar Nurul. Yang mana sedar, ada la gambarnya di bawah. Yang tak sedar tu, berlalu gitu je la dan sudah pun selamat "Credited" tidak lagi "On Going" mengutip derma kat blog. Teruk betul Nurul ni kan? Macam2 dikejar hingga blog kesayangan terabai.


Contoh iklan di blog DSG sebelum ni.

Contoh iklan di blog DSG sebelum ni.

Apa-apa pun rasa berterima kasih dan bersyukur sangat-sangat dengan Nuffnang sebab masih memberi kepercayaan untuk bagi BE kat blog ni. In shaa Allah, dari semasa ke semasa Nurul akan memperbaiki diri.

Terima kasih Nuffnang!!


No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura