Pages

Monday, March 30, 2015

Nuffnang buat lagi ......

Assalammualaikum wbt ...

Syukur Alhamdulillah BE masih banyak berjoget-joget kat blog ni. Hairan tu memang hairan. Bukan hairan apa, awal-awal dulu selalu dapat 1 BE untuk 1 iklan. Tapi sejak (tak ingat bile) 1 iklan yang sama pasti akan dapat 3,4 BE. Mujurlah semuanya ada kumpul kutipan tersendiri. He he he, meh ler pakat-pakat tolong tekan dan tengok jap iklan-iklan yang ada dalam blog Nurul ye. Terima kasih sangat-sangat pada pelawat yang sudi picit-picit BE Nuffnang.

Minggu lepas punya pemerhatian, sangkut beberapa BE antaranya UMobile, Magic Kinder App, Colgate Total Charcoal & latest is Cicakman 3 Premier. Hmm rasa pelik tu makin menjadi-jadi bila tengok iklan Magic Kinder App tu sampai 6 dalam senarai. Tarikh semuanya sama. Betul ke tidak nih??




Magic Kinder App merupakan aplikasi berunsurkan pendidikan buat kanak-kanak. Ia juga turut boleh dimainkan bersama seisi keluarga. Jadi ianya bererti ibubapa tiada lagi alasan untuk membiarkan anak-anak mereka bermain sendirian bersama permainan mereka sahaja. Dengan Magic Kinder App ni para ibubapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak dalam membantu proses pembelajaran mereka. So sekarang juga para ibubapa pergilah ke Google Playstore @ Apple Playstore untuk install Magic Kinder App ni ye.


Magic Kinder App

Rupa di blog Nurul

Umobile-Banner Ads. Minggu lepas masa tonton berita kat tv, ada keluar berita pasal Umobile nak bagi gajet kegilaan ramai tu dalam harga yang sangat-sangat mampu milik. Lepastu bila buka blog feed, dah ramai blogger post pasal Umobile ni berserta gajet mahal tu. Wuwuwu sape taknak woiii?? Even aku sendiri pun terasa seperti mahu memiliki juga sebijik. Tapi rasanya baru je pun tukar Smartphone awal tahun ni. Jadi tak sanggup nak "curang" cepat-cepat dengan Smartphone sekarang.


Umobile Banner Ads untuk harini

Umobile Banner Ads berada atas header buruk kite tempohari.

Tak percaya? Betul ... ini bukan cobaan tapi #confirmsure dan kenyataan. Jika tak mahu terlepas peluang hebat lagi menarik seumur hidup ni, korang boleh terus ke kiosk berdekatan atau pergi www.u.com.my dulu untuk lebih faham tawaran istimewa dari Umobile ni. Rata-rata mengatakan Umobile best digunakan. Agak-agak kat kampung Nurul ni coverage untuk Umobile ni thorbaik tak??





Cicakman 3 Premiere. Seingat Nurul tayangan Cicakman 3 ni dah pun lama ditayangkan, betul tak? Korang yang dah layan movie ni, apa pandangan ye? Nurul dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang, rasa rindu jugak nak buat aktiviti lama.




Terima kasih tak terhingga pada Nuffnang untuk semua BE yang diberikan ni. Harapnya boleh kumpul banyak sepanjang tahun ni. Semoga tahun 2015 ni lebih baik berbanding tahun sebelum-sebelumnya, amiin!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura