Pages

Saturday, July 5, 2014

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Assalammualaikum wbt ...

Jam laptop aku sekarang menunjukkan pukul 02:23pagi. Tapi mata aku masih celik tatkala orang lain dah lena diulit pelbagai mimpi, juga lagi beberapa jam dah nak bangun untuk siap2 bersahur pulak. Alahaiiiiiii~

Aku sungguh tak tahu nak buat apa sebenarnya. Aku godek sana, godek sini - sekali terjumpa berita tentang pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini awal pagi ini. Aku sebenarnya takut jugak nak buat entri ni ... huhuhu ... kalau tak betul, nanti aku cepat2 padam entri ni ye.

Aku rasa ramai dah maklum bahawa Allahyarhamah tempoh hari berulang-alik keluar masuk hospital kerana jangkitan paru-paru. Baru-baru ni pulak telah dimasukkan ke ICU, dan terkini dilaporkan telah kembali ke rahmatullah.

Apa-apa pun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan doakan baik2 saja buat arwah.


Setiap kali Syawal menjelma, memang lagu-lagu raya alunan arwah yang menjadi pilihan aku. Sangat sebak dan menusuk jiwa. Kini segalanya tinggal kenangan. Al-Fatihah buat arwah.




No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+