Terima kasih Nuffnang kerana sekali lagi berikan peluang ini. Tak sangka dah lama, hampir seminggu CPUV ni melekat kat blog DSG tapi baru malam ni aku perasan. Mungkin rezeki kerja baru kerana sama tarikh dengan hari aku lapor diri masuk keje baru .. 070714 .. syukur sangat .. Walaupun ini baru CPUV yang ke-5 tapi cukup buat aku gembira kerana menunjukkan Nuffnang tak lupa kat aku dan blog kecil ni.
TESCO DELIVERY LAB. Aku pun tak berapa pasti iklan nye macam mana. Macam biasa la bila setiap kali aku dapat CPUV dari Nuffnang, aku akan Google dulu nak tengok apa kata orang lain mengenai iklan tersebut. Sambil-sambil tu aku usha gak, caner rupa iklan ni. Tapi takde pula nampak batang hidung iklan Tesco Delivery Lab ni.
Tapi korang mesti ada dengar mengenai Tesco Online dimana mampu memudahkan kerja-kerja terutamanya para surirumah untuk membeli keperluan dapur hanya dari hujung jari sahaja. Aku dah daftar tapi belum berkesempatan untuk mencuba servis tersebut. Jadi aku sarankan pada mereka-mereka yang rasa selalu tak sempat nak pergi beli barang-barang dapur tu, cuba-cubalah servis Tesco Online ni. Dengarnya bagus! Antara pengalaman dari blogger kita - Sis Maria
Terima kasih Nuffnang kerana masih memberi kepercayaan untuk beriklan di blog DSG ni (^__^)
No comments:
Post a Comment