Lemon. Sejenis buah sitrus yang menjadi kegemaran aku selain limau nipis mahupun limau kasturi. Sama ada perahan lemon yang dicampur bersama 2 sudu madu asli segar dari Cameron Highlands, ataupun secawan jus lemon yang dicampur dengan sedikit air suam - keduanya menjadi kegemaran aku untuk memulakan hari. Jus lemon membuatkan aku berasa cukup segar untuk memulakan hari.
Rata-rata kita rakyat Malaysia tak sah kalau mengambil sarapan pagi dengan menu-menu yang agak berat. Dengan alasan, sarapan itu wajib diambil setiap pagi untuk kesihatan. Namun, masing-masing terlupa ayat seterusnya yang mungkin mengatakan bahawa - sarapan adalah wajib diambil tetapi kuantiti pengambilan setiap menu harus diawasi kandungan lemak, karbohidrat dan gula.
Cuba kita tukar rutin harian menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi kita dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut. Di bawah terdapat beberapa kebaikan pengambilan lemon dalam kehidupan seharian kita untuk kesihatan diri kita.
Menambahkan tahap ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan vitamin C dan juga Potassium yang amat diperlukan oleh badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Potassium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan beralkali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisma kita meningkat). Jika korang nak tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan kerana lemon mempunyai khasiat serat pektin yang tinggi dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tips ini kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik). Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum minuman begitu, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita dedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Pe-nyah-dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan menyah-hidrasi. Apabila badan anda mengalami hidrasi, anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
Dulu pernah lah jugak buat, setiap pagi mesti buat secawan jus lemon campur dengan 2 sudu madu - sebelah pagi sebelum pergi kerja. Then buat jus lemon ais secawan - sebelah malamnya. Memang menyegarkan diri. Mula-mula nak amalkan pengambilan lemon dalam rutin harian sebab nak turunkan berat, tapi lama-lama rasa macam dah addicted pun ada. Apa-apa pun lemon ni memang best! Mari amalkan sama-sama ya.
SUMBER INFO : YAHOO
SUMBER GAMBAR : GOOGLE
No comments:
Post a Comment