Pages

Thursday, March 13, 2014

Semak Status Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

Assalammualaikum

 


 

Jerebu yang melanda negara kita sekarang semakin teruk. Apa yang aku perasan, tahap penglihatan di beberapa negeri mula menunjukkan tahap membimbangkan. Tengahari tadi aku dengar/tengok berita tentang IPU yg dicatatkan harini, buat aku agak risau jugakla terutama sekali anak2 yang berada kat rumah aku ni.



Sebelum ni aku memang tak ambil pusing sangat tentang IPU negara, tapi semakin hari aku rasa macam tahap penglihatan kat Cheras ni macam semakin kabur. Suhu yang dirasakan dari celik bangun pagi hinggalah nak lelap tido malam, sangat2 la terasa. Bayangkan baju yang elok terlipat di rak baju, bila pakai pun masih terasa bahang panasnya siang. Baju tu terasa macam baru je lepas digosok seterika.

Bermula dari 2:30pm aku check IPU Cheras dah cecah 123 (tidak sihat). Aku godek sana sini, buat kerja itu ini sekejap. Dalam tempoh yang singkat tu saje, lebih kurang jam 4:30pm aku refresh IPU Cheras .. dah capai 170 (tahap bahaya). Korang boleh semak status IPU kat tempat korang kat SINI.


Bacaan IPU terkini yang aku dapat dari laman web Jabatan Alam Sekitar :

Pelabuhan Klang 218
Banting, Selangor 172
Cheras, Kuala Lumpur 170
Nilai, Negeri Sembilan 165
Putrajaya, WPKL 151
Batu Muda, WPKL 141
Petaling Jaya, Selangor 140
Shah Alam, Selangor 139


Aku harap kerajaan dapat menyambung semula proses pembenihan awan dengan segera, sekaligus tetap berdoa semoga pesawat MH370 dijumpai segera. Sama-sama kita doakan usaha pencarian MH370 berjalan dengan lancar. Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui segala apa yg tersembunyi di Bumi ini.

  





Psst! Semua gambar dalam entri ni adalah sumber dari Google. Harap maklum.





1 comment:

  1. Pembakaran terbuka harus di elakkan untuk mengurangkan pencemaran udara. ;)

    ReplyDelete

Sahabat Sakura