Pages

Friday, January 24, 2014

Setelah Sebulan

Assalammualaikum wbt ..

Apalah nak jadi dengan aku ni? Apa nak jadi dengan blog ni? Keghairahan berblog tak lagi seperti dulu, terlalu sibuk dengan kerja dan masalah-masalah yg tak sepatutnya aku fikir pun. Masih ada lagi ke yg sudi jenguk blog kosong ni?

Hampir sebulan baru ter-update, dari awal tahun asyik tercongak-congak untuk publish kan beberapa entri .. tapi sampai sudah begitu juga. Aduhai, semakin nazak "virus M" ni. Memang susah bila tiada internet di rumah ni, apatah lagi smartphone mcm orang lain kan. Malam sibuk menjaga anak-anak, jadi memang tak berkesempatan dah nak buka laptop buat draft banyak-banyak. Huh! Banyak pulak alasan kau ni .. ah lantak!

Jadi aku mulakan tahun 2014 dengan entri ucapan Selamat Hari Lahir Buat Bonda , agar semakin hari jalan-jalan yang aku lalui lebih bermakna dan segala punce kesedihan dan kesakitan nyah pergi langsung dari hidup aku ni. Juga berharap manusia-manusia yang bajet bagus di muka Bumi Allah swt ni, sentiasa ingat di mana kaki tu berpijak. Jangan terlalu gah dengan cinta yang tak kemana kalau cinta Allah swt kita masih gagal miliki. Ingat tu manusia!


Thank you for judging me (^_^)


Aku bukan ahli nujum ataupun tok bomoh yang boleh tahu segala apa yang terlintas di fikiran orang lain. Aku juga takkan terhegeh-hegeh untuk buat sesapa percayakan aku andai hati tu dah set utuk labelkan aku dengan segala macam yang buruk-buruk belaka. Baiknya aku, buruknya aku ... Allah Yang Maha Mengetahui. Mulut manusia bisa menuturkan apa sahaja yang disuka, spt aku sekarang. Mulut manusia bisa menuduh apa yang hanya mata melihat tanpa mengguna akal yang waras untuk berfikir terlebih dahulu.





No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+