Pages

Friday, January 24, 2014

Kerana Nescafe ...



"LOVE THE COFFEE, LOVE THE FOAM"


Sebenarnya aku ni dah disarankan Doktor, kurangkan mengambil kafein dalam pemakanan aku. About last year, berjaya jugakla kurangkan. Aku totally stop, exactly stop ambil Nescafe 3 in 1 tu. Then about end of last year, aku kembali minum semula minuman berkafein ni sebab rindukan seseorang. Hahahaha, giler kan? Well, bagi aku .. dia sangat sinonim dengan Nescafe ni. Bila rindu, aku minum nescafe .. Bila minum nescafe, aku teringat kat dia. Dia jugak yang sarankan sarapan pagi dengan Milo O' atau kalau nak minum nescafe pun buat Nescafe O' je bukan jenis 3 in 1. Itulah salah satu perkara tentang dia yang aku sangat2 hargai bila dia sangat menjaga akan kesihatan aku, pemakanan aku.



"INGAT NESCAFE, INGAT DIA"

Setelah Sebulan

Assalammualaikum wbt ..

Apalah nak jadi dengan aku ni? Apa nak jadi dengan blog ni? Keghairahan berblog tak lagi seperti dulu, terlalu sibuk dengan kerja dan masalah-masalah yg tak sepatutnya aku fikir pun. Masih ada lagi ke yg sudi jenguk blog kosong ni?

Hampir sebulan baru ter-update, dari awal tahun asyik tercongak-congak untuk publish kan beberapa entri .. tapi sampai sudah begitu juga. Aduhai, semakin nazak "virus M" ni. Memang susah bila tiada internet di rumah ni, apatah lagi smartphone mcm orang lain kan. Malam sibuk menjaga anak-anak, jadi memang tak berkesempatan dah nak buka laptop buat draft banyak-banyak. Huh! Banyak pulak alasan kau ni .. ah lantak!

Jadi aku mulakan tahun 2014 dengan entri ucapan Selamat Hari Lahir Buat Bonda , agar semakin hari jalan-jalan yang aku lalui lebih bermakna dan segala punce kesedihan dan kesakitan nyah pergi langsung dari hidup aku ni. Juga berharap manusia-manusia yang bajet bagus di muka Bumi Allah swt ni, sentiasa ingat di mana kaki tu berpijak. Jangan terlalu gah dengan cinta yang tak kemana kalau cinta Allah swt kita masih gagal miliki. Ingat tu manusia!


Thank you for judging me (^_^)


Aku bukan ahli nujum ataupun tok bomoh yang boleh tahu segala apa yang terlintas di fikiran orang lain. Aku juga takkan terhegeh-hegeh untuk buat sesapa percayakan aku andai hati tu dah set utuk labelkan aku dengan segala macam yang buruk-buruk belaka. Baiknya aku, buruknya aku ... Allah Yang Maha Mengetahui. Mulut manusia bisa menuturkan apa sahaja yang disuka, spt aku sekarang. Mulut manusia bisa menuduh apa yang hanya mata melihat tanpa mengguna akal yang waras untuk berfikir terlebih dahulu.





Selamat UlangTahun Kelahiran Buat Bonda Tercinta


23 Januari 1951 - 23 Januari 2014

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi Bonda masih dipanjangkan usia walaupun kesihatan tak berapa memberangsangkan. Insyaa Allah, minggu depan balik Pahang boleh belanja Bonda makan-makan sikit. Kami adik-beradik takde nak sambut meriah sangat, cukup sekadar keluar makan diluar bersama-sama habiskan masa bersama. Itu dah cukup berharga.

Mak,
Selamat Hari Lahir .. 
Semoga Mak sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa ..
Semoga Mak sentiasa ceria dan sihat semula ..
Mak adalah NYAWA saya selamanya ..





Sahabat Sakura

They're G+