Salam 1 blogger..hehehehe
Ha amik ko,ak curi tulang lg..korang2 jgn lak follow tabiat ini k..hehehe..Ak post entri ni time coz ak ngah serius giler2 ngantok2..kipas penghawa dingin(skema la plak) straight kt ak sorang..jd ak paling beku kat opis skrg ni..tambahan pulak ak dah takde keje nk buat.
Tapi ni entri bkn sesaja entri..krn ak akn pstikan entri ni memberi pengetahuan pd sesapa yg membacanya. Pasti ramai yg tak terfikir akn hal ni,tp bila dah tahu dn dpt pengetahuan ini..sila2 lah amalkan..
Sila lihat gambar di bawah ni:
comel kan?? |
ada sape2 menguap besar mcm ni?? |
Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahawa otak dan tubuh seseorang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi, dan kerana organ pernafasan kurang mendapat oksigen untuk sampai ke otak dan tubuh badan kita. Menguap adalah aktiviti menghirup udara dalam-dalam melalui mulut. Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai jenis mikroba dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh. Oleh kerana itu, ketika menguap kita hendaklah menutup mulut kita dengan tangan kanan atau belakang tangan kiri kita.
Lihat gambar di bawah ni pulak:
X senonoh nye~ |
Bersin merupakan hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.
Ok,pengetahuan yg asasnye semua dah tahu kan??Menguap apa?Bersin apa?Itu pengetahuan secara sainsnya. Sekarang ak nk berkongsi pengetahuan dari segi Islamnya,kerana ak pun baru je tahu baru2 ni masa ak Google search tempohari..hehehe
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim,Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
p/s : aftr this,nk menguap sila tutup mulut anda ye~

No comments:
Post a Comment