Lawaknyer...sekadar hiburan saja...
aku : Kasihku, ketumpatancintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuatsebarang anggapan??
Kau : aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untukmenjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi. Aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
aku : Tapi. Aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong. Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang
mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.
aku : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
aku. Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkanrintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Kau: Tapi. Aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.Masihkah kau tidak percaye?
aku: Ya. Aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.
aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
aku: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Aku telah mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........
|
Alahai..tomey ye dy tahan gelak.....kui3~ |
p/s : lu pikirlah sendiri!!