Pages

Sunday, September 18, 2016

Esok Belum Tentu Masih Ada.

Assalammualaikum wbt ...

Last menaip sekitar bulan Mac tahun ni. Konon-konon nak kembali menulis. Akibat kekangan masa dan hidup yang haru-biru, Ain tinggalkan semula blogging ni. Now kembali menulis tapi mungkin suam-suam kuku sebab sekadar mencuri masa yang terluang. Idea untuk menulis tu dah kurang. Semakin takut untuk menulis kerana risau ada tersalah bicara, mungkin ada sesetengah pihak yang berkecil hati @ terasa hati di dalam diam terhadap Ain. 

Kita cuma insan biasa yang setiap nya punya hati dan perasaan. Kita tak mampu nak menjaga hati semua orang tapi sebolehnya kita tetap mencuba menjaga walau hati sendiri dah semakin hancur kerana diri sendiri lupa menjaga.



Image result for mati itu pasti

"Andai kita tahu harini kita akan mati, pasti kita menghargai harini malah lebih menghargai semalam. "


Namun Ain sedar sesetengah perkara, sejauh mana pun kita telah mencuba untuk menjaga hati-hati tersebut. Kelak hasilnya, belum tentu kita dihargai juga. Kadang Ain bukanlah nak minta banyak, cukup sekadar sama-sama kita saling menjaga hati dan perasaan orang sama.

Dalam hidup jangan suka-suka @ sengaja kita nak menyakitkan hati orang lain. Kelak, kita tak tahu macam mana. Sempat tak kita minta maaf dari orang kita dah sakitkan hati tu. Memaafkan itu mungkin mudah tapi melupakan itu mampu mengambil masa seumur hidup usahanya.


#pen-off







No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+