Pages

Sunday, September 18, 2016

Esok Belum Tentu Masih Ada.

Assalammualaikum wbt ...

Last menaip sekitar bulan Mac tahun ni. Konon-konon nak kembali menulis. Akibat kekangan masa dan hidup yang haru-biru, Ain tinggalkan semula blogging ni. Now kembali menulis tapi mungkin suam-suam kuku sebab sekadar mencuri masa yang terluang. Idea untuk menulis tu dah kurang. Semakin takut untuk menulis kerana risau ada tersalah bicara, mungkin ada sesetengah pihak yang berkecil hati @ terasa hati di dalam diam terhadap Ain. 

Kita cuma insan biasa yang setiap nya punya hati dan perasaan. Kita tak mampu nak menjaga hati semua orang tapi sebolehnya kita tetap mencuba menjaga walau hati sendiri dah semakin hancur kerana diri sendiri lupa menjaga.



Image result for mati itu pasti

"Andai kita tahu harini kita akan mati, pasti kita menghargai harini malah lebih menghargai semalam. "


Namun Ain sedar sesetengah perkara, sejauh mana pun kita telah mencuba untuk menjaga hati-hati tersebut. Kelak hasilnya, belum tentu kita dihargai juga. Kadang Ain bukanlah nak minta banyak, cukup sekadar sama-sama kita saling menjaga hati dan perasaan orang sama.

Dalam hidup jangan suka-suka @ sengaja kita nak menyakitkan hati orang lain. Kelak, kita tak tahu macam mana. Sempat tak kita minta maaf dari orang kita dah sakitkan hati tu. Memaafkan itu mungkin mudah tapi melupakan itu mampu mengambil masa seumur hidup usahanya.


#pen-off







Monday, March 28, 2016

Bila Manusia Bodoh Bertingkek-Tingkek

Hidup ni memang pelik. Dunia semakin akhir zaman. Bilamana kita yang membantu kemudiannya dibalas dengan 1001 "kebaikan". Tak cukup dengan itu, kita dituduh tak pernah ikhlas membantu. Bila sel-sel otak mula putus, manusia memang akan fikir begitu. Keikhlasan tu dah hilang bila mana orang yg dibantu tu membalas dengan 1001 kesusahan. Tak cukup dengan itu, terus melibatkan ahli keluarga yg membantu tersebut.

Alhamdulillah & terima kasih kerana anda bijak dalam membalas jasa manusia.

Sama-sama kita menunggu balasan di akhirat & karma hidup.








Berlagak bijak tapi sebenarnya terlebih bodoh.

Sahabat Sakura

They're G+