Pages

Sunday, May 24, 2015

I Couldn't sleep Because of You

Assalammualaikum

Crying Baby and Mother Kicked Off Bus For Being Distracting

Nurul tak boleh tidur ni. Bukan sehari dua, tapi dah berminggu jadi macam ni. Pukul 6 petang, menguap bagai nak gila. Jadi mula pasang hajat, oh siap solat Isyak ni nak terus tidur la. Pastu duk khusyuk layan tv, 10 malam baru masuk bilik. Siap solat, cuci muka, gosok gigi semua terus naik katil. Hmmm golek kiri kanan, entah apa yang tak selesa, entah apa lagi kepala otak ni sibuk fikirkan dunia. Mata taknak lelap sudahnya. Mungkin juga terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran sejak kebelakangan ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih ada hati diluar sana yang sedang menangis.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih ada bahu diluar sana yang sedang menanggung beban.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih punya salah dan silap, hutang dan janji yang masih belum tertunai.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kadang-kadang terfikir, kita ni boleh jadi gila bila terlalu fikirkan sikap manusia terhadap kita. Hukum alam yang semakin banyak berlawanan.
.
.
.
.
.
Seorang insan sentiasa mahu dihormati oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak tahu untuk menghormati orang sekeliling.

Seorang insan sentiasa mahu kejujuran dari orang sekeliling, tapi diri sendiri tak jujur pada orang sekeliling.

Seorang insan sentiasa mahu dipercayai oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak menunjukkan sikap-sikap yang boleh dipercayai.

Seorang insan sentiasa mahu disayangi oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak pandai untuk menyayangi orang sekeliling.
.
.
.
.
.
.

Tamat









No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+