assalammualaikum wbt ...
pertama sekali, arul mohon maaf kerana terlalu lama tak post entri baru .. mungkin tiada siapa yg nk jengah blog arul ni .. arul juga sedia maklum, blog ni tiada loyalty readers .. hehehe .. tp tak mengapalah ..
rasanya masih belum terlambat utk arul ucapkan pada semua readers/bloggers .. "SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"
kebanyakan dari kita dah pun tahu perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa .. tapi perkara-perkara yg blh memakruhkan puasa kita?aware tak?hehehehe .. bkn apa , nanti kurang pahala puasa tu .. ok lah harini nak berkongsi sikit maklumat ye ..
antara PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH SEMASA PUASA :
1) berbekam
2) mandi terlalu kerap & lama
3) tidur sepanjang hari
4) berkumur berlebihan
5) merasakan makanan dgn lidah
6) menggosok gigi selepas gelincir matahari (slps wktu ZOHOR)
ha mana antara senarai di atas, yg korang selalu buat?? hehehehe .. ok la, itu saje yg arul tahu .. selamat beramal semua kawan2~
Friday, July 27, 2012
Saturday, July 7, 2012
Majlis Berinai Ratu Rock Ella
Assalammualaikum wbt ..
Biar gambar yg menceritakan segalanya .. hehehehe .. arul terjumpa di salah 1 blog yg arul follow .. so let's share !!
hehehe .. arul amik gambar yg best je .. korang nk tengok banyak lagi gambar sekitar majlis berinai Ella ni .. korang boleh p terjah kat blog Bro HasrulHassan ..
Friday, July 6, 2012
Tazkirah Jumaat [#6] - 10 jenis solat yg tidak diterima Allah swt
Assalammualaikum wbt ..
arul terjumpa notes ni dalam simpanan lama arul .. jadi arul rasa patut dan wajib bg arul untuk berkongsi bersama readers sekalian .. lgpun arul dah lama tak buat entri tazkirah kan?
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Thursday, July 5, 2012
Spontaneous Thursday #5
(◠‿◠) saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)
(◠‿◠) saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)
(◠‿◠) saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)
(◠‿◠) saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)
(◠‿◠) saya pernah JUJUR,
tapi DITIPU..(╯︵╰,)
(◠‿◠) saya pernah BERHARAP,
tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)
::Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah ツ ::
Labels:
spontaneous