Assalammualaikum
Lama sungguh rasanya blog ni terbiar, sehingga kawan2 di alam maya pun dah takde yang singgah. Maaf sangat2, bukan berniat untuk meninggalkan dunia blogging tapi terlalu banyak kekangan juga komitmen yang lebih perlu diutamakan.
Bermula dari talian internet yang diputuskan, aku mengambil keputusan untuk terminate maxis broadband sebab semakin rasa tak berbaloi aku terus melangganinya. Broadband tu dah lama aku guna sejak 2009 lagi, tujuan aku langgan broadband tu sebab keperluan belajar. Now dah 2tahun aku habis belajar, kuota internet dah habis dan laptop pn da berat. Terlalu banyak masalah betul. Jadi dari bayar2 bil tapi tak boleh nak guna, terminate je la.
Kemudian sibuk kejar dateline kerja sebab company trip. Trip 6hari 4malam, jadi banyak kerja kena setel dulu sebelum terbang luar Malaysia. Clearkan meja sebab nanti masuk kerja semula, dah pasti dokumen akan bertimbun semula. Kerja aku takde orang nak tolong buat.
Seminggu trip cadangnye nak update blog dari sana, tapi ada masalah lagi. Adoiii rindunya nak berblog. Wifi yang terhad, charger gajet yang rosak..
Beberapa hari selepas balik trip, sibuk dengan kerja. Dan baru2 ni, aku kehilangan insan yang paling aku sayang. Arwah sangat2 rapat dengan aku, sayang aku pada arwah bukan saja seperti abg dan adik. Tapi juga seperti ayah dan anak. Aku dan kakak2 lain sangat2 terasa kehilangan arwah. Arwah je rajin kerenah aku sejak dari kecil lagi. Sehingga harini aku masih rasa seperti bermimpi.
Aku akan cuba perjelaskan satu persatu kisah yang terjadi dalam perjalanan hidup aku sekarang ni. Harap kawan2 masih sudi blogwalking di blog aku.
Al-fatihah buat abg ku.
Published with Blogger-droid v2.0.10