Pages

Showing posts with label kekuasaan ALLAH. Show all posts
Showing posts with label kekuasaan ALLAH. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Kelahiran Generasi Baru [sambungan]

Assalammualaikum

Esok, genaplah usia baby kakak Arul tu 2 minggu..kak teh dan baby dah selamat berada di kampung pun..baby tak sabar nak sambut Raya Haji jugak kot..macam yang Arul pernah cerita kat entri sebelum ni..kat SINI..budak yang lahir hari Jumaat tu..tp dah tersalah tarikh pulak..sowi dear!

Buat masa ni (yang aq tahu la,lum finalize nama lagi tuk baby) baby lum ada nama..tapi Arul cadangkan nama "Nur Aisyah Amani" ada lebih kurang sikit macam kakaknya, "Nur Aisyah Insyirah"..Arul gak yang cadangkan nama kakaknye tu..hehehehe. Jom tengok jap wajah si comel Arul ni..


Hehehe inilah budaknya si comel itu..rindu sangat..tak sabar rasa nak balik kampung tengok perkembangan dy..Yang kat bawah ni pulak kakak nya..tak pasti la ada persamaan ke tidak..hehehehehe..budak tembun kat bawah ni buah hati pengarang jantung yang Arul sedang rindu sangat2..ala,budak yang Arul bagitahu semalam kat entri ni --> klik SINI

sehari tak jumpa da rindu sangat..ini kan pulak sebulan

rindu sangat kat mak dy
Gambar kat atas ni, masa dalam kereta..dalam perjalanan nak balik kampung..baru lepas jemput kakak dari hospital..Aisyah ni berebut..merengek nak tdo kat riba mak dy..jadi terpaksa la Arul yang tolong pangku kan baby..dah la baby tengah tido lena diulit mimpi..tak sedar2 dari masuk kereta..tu gambar baby yang seedang Arul pangku lah tu..sebab tu dapt snap depan2..hehehehe..jenuh dok kacau baby tido,sebab kakak nak susukan dy..tapi tak gak celik2..ish3 budak nih..

Ha sudahnya,Aisyah ni tak jadi tido pun kat ribaan mak dy..tapi tido kat seat depan sebelah ayah dy..jadi bos jap la kan duduk depan sorang2..makan kopok sorang2..ble dy da mengantok sangat..kami dengar lah dy nyanyi sorang2 smpai la dy tertidor..hehehehehe...comel sangat dak nih !

Sunday, October 30, 2011

Oww..i am begging u guys/girls

Assalammmualaikum dan selamat petang..
 
Hai..hehehe..harini mood aq dah elok sikit..tapi..sedih sikit..[aiyark,caner tuh??hihihi]
Sumber : Google
Ha korang cer try tengok pic kat atas nih...comel kan all these kittens??Sape sudi bagi aq sekor dua??Please..i am really begging kat korang...huhuhu..aq rindu ar nak ada pets macam zaman aq kanak2 dulu..sape anak2 kucing yang comel macam ni..bagilah kat aq...

Friday, October 28, 2011

Tazkirah Jumaat [#3] - Kelebihan Hari Jumaat


Selamat pagi semua..

Alhamdulillah..aq celik mata..aq masih lagi di bumi Allah yang fana ini..aq masih lagi bernyawa dan diberi kesempatan untuk meneruskan hidup..diam tak diam dah sampai hari jumaat lagi..seperti cepat pulak masa berlalu kan??Kita pun dah nak sampai penghujung bulan Oktober..aduii~

Harini terlintas di fikiran nak berkongsi sedikit info..aq tahu mungkin benda ni dah lama orang len kongsikan..tapi kita manusia nih memang cepat sangat terlupa bila perkara2 macam nih..mari kita sama2 saling mengingati k..

Seperti yang korang sedia maklum,hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari..di bawah ni aq senaraikan kelebihan hari Jumaat..dimana berlakunya 5 peristiwa yang penting :

1- Allah swt ciptakan Adam
2- Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3- Allah swt mematikan Nabi Adam
4- Pada hari itu juga ada satu taat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram
5- Pada hari itu juga akan terjadinya hari Kiamat. Tidak ada satu pun malaikat, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah swt langit, bumi, angin, gunung, juga lautan melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut (Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari yang disaksikan ialah hari di Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana2 hari yang lebih mulia dan afdal dari Hari Jumaat. " (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ok lah korang...aq nk mandi, buat sarapan dan bersiap pergi kerja..nanti aq wat entri lain lg keh..
Anyway,thanx pada yang sudi follow tak 'semenggah' aq nih..dan sudi2 lah baca entri aq sekali k..


p/s : Selamat beramal dan renung2 kan..

Thursday, October 27, 2011

Love Donkey..Having Sex With Donkey

Assalammualaikum dan selamat petang!
Whoaaaa!Terkejut tapir jap aq baca 1 artikel ni kat MyMetro baru jap tadi..

Walawei..
 

Cer korang tengok gambar keldai tuh..korang selera tak??Ish3..ni kat negara asing..agak2 korang la kan..kat Malaysia ni ada tak yang kelakuan pelik gini??

Opsss!Terlupa plak aq nak story sikit sal entri aq tuh..hehehe sori ye para 'readers'..macam nih.."Seorang lelaki 'bercinta' dengan keldai" Ha tu ar tajuk artikel yang sebenar..Mamat nih sebenarnya melanggan pelacur..ada la kena bayaran sekian2 kan..tapi dy kata..pelacur yang dilanggan tu tiba2 bertukar jadi keldai..selepas dy tinggalkan bar tu..dy rasa dy memang benar2 dah jatuh cinta pada keldai tu..yarkss!!

Hahahaha pelik bin ajaib betul perkara2 yang berlaku di dunia asing nih..ini lah kekuasaan Allah s.w.t. pencipta kita Yang Esa..

p/s : Korang2 janganlah buat perangai pelik gini weh..  =p

Monday, October 24, 2011

10 amalan yang TERBALIK [part #2]

 
 
 Selamat pagi semua..

Memandangkan pagi ni aq masih belum ada kerja..so biarlah aq sambung 10 amalan yang terbalik yang aq janji nak kongsi bersama korang tuh..kalau belum baca yang 5 sebelum nih..korang boleh klik kat sini je..PART #1


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah tertinggi dalan setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan tersebut??

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
 
 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau2 anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun kos nye tinggi. Tapi kalau anak tak boleh mengaji Al-Quran atau solat, tak pulak bimbang bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Quran atau kelas khas bagi membimbing melakukan solat yang betul.Bukankah kita sepatutnya lebih bimbang jika anak2 kita tidak dapat mengaji Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa??

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang dan malam, pagi ataupun petang..mesti pergi kerja..Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak ikut peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah(Masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.  Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada bersama suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya Allah..sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya bukan untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
 
p/s : Selamat beramal dan renung2 kan  =)

Anak Pungut...kasihan sangat2


Herm...siapalah yang sanggup buang anak nih...Eh,silap..dy ni bukan dibuang..tapi..entah lah..anak buah aq yang menjumpai dy..aq plak dah memang senang jatuh sayang...so aq pun amik keputusan untuk menjaganya sendiri..

Tadaaa!! Haish...maaflah lau suspen sangat entri nih..bukan apa..aq tetiba teringat..tentang haiwan peliharaan aq nih..dy bukan dibuang k..tapi tu la..macam aq bgtahu kat atas tadi..dijumpai oleh anak buah aq..mungkin dy terlepas dari sangkarnye..then dijumpai oleh seekor kucing..tu yang ank buah aq selamatkan dy dan bagi pada aq..kebetulan plak aq memang dah lama nk bela binatang comel nih..huhuhu..dapat seekor pun jadilah..sangat2 comel okie!!

Yang aq peliknye..tuan dy takde plak mencari-cari semula haiwan yang hilang nih..takpelah..aq akan jaga dy sebaik mungkin..walaupun dy kecik..dy sentiasa menggembirakan aq..ha ni lah dy 'budak' tuh..hehehe


Hehehe..ni gambor pagi semalam..baru perasan air minuman dy dah kering..so aq refill kan dan terus bagi dy minum..ish3..kesian dy..sangat2 haus..tapi keje dy nih membuta je..dari aq celik mata nak g keje..sampai lah aq dah balik keje..dy masih membuta..tapi bila aq nk tido je..time tu la dy nk bersenam kat mainan dy tuh..huhuhu...tabiat aq..sebelom dan selepas balik keje je..mesti aq akan tegur dy..hehe..sayang dy sangat2!!

Aq ni memang jenis tak pandai nak bagi2 nama pada binatang nih..dalam hati,kot2 dy tak suke nama kita bagi ke kan..mana kita taw...hahahahahaha...mule2 dulu aq panggil hamster nih "budak busuk" je..kdang2 "budak" je..sampaikan along aq pun naik heran..budak mana yang aq maksudkan..tapi sekarang..hamster aq nih dah de nama..nama tu dapat dari cucu saudara aq..cucu kepada along aq la..aq pn tak taw nape dy panggil hamster aq nih dengan nama "Bon-bon"..melekat sampai sekarang dan 1 family aq panggil gitu..hehehe..kelakar je kan...

p/s : bon-bon dah kuwus semula..macam aq yang sedang susut berat nih..adessss~

Sunday, October 23, 2011

Melampau betul - 18sx!


Hehehehe..melampau ke??Jangan lak terkejut eh dengan tajuk entri aq tuh..lau korang2 rasa tak berapa melampau..baguslah..tapi aq yang rasa macam melampau je bile tengok nih..cer korang sendri tengok lah aksi2 melampau yang sempat aq rakamkan sebelom masuk bilik tadi..ish..ish..ish..


Hahahaha..aq pun tak taw pe hal si jantan kakak aq nih tetiba macam sengal je malam nih..agaknye dy sangat2 menikmati saat2 dy dapat tido dalam umh kot hujung2 minggu macam harini...kekekekeke...

Kakak aq bukan kejam..kakak aq tak bagi dy ni tido dalam umh sebab dy pernah melepaskan 'hajat' dy dalam umh..tu yang kakak aq hangen sangat tuh.

Herm..sekali pandang aq tengok macam comel..manje..dua kali pandang dah macam mengada-ngada pulak si jantan nih..hehehehe..

p/s: sayangilah kucing..beliau sangat2 comel!!

Saturday, October 22, 2011

Realiti 7 orang kerdil #WUJUD!!

Assalammualaikum dan selamat petang..

Aq mulakan dengan bahan pencuci mata buat korang..lihat gambar di bawah..ia bukan hiasan blog nih semata ye..hehehehe

Johnston Family by Yahoo!
Ha kita memang dah biasa dan pernah tengok kan orang2 kerdil seperti ini??Ingat lagi tak cerita "Snow White & 7 Dwarfs"?Dulu kecik2 aq selalu tengok cerita kartun tuh..minat tengok orang2 kerdil yang sangat2 lah comei tuh..Tapi aq rasa, in reality kita jarang dapat jumpa/tengok 1 family..1 keluarga yang semuanya terdiri daripada orang2 kerdil juga..yela,jarang kita jumpa kalau mak/ayah nye yang buta sejak lahir..kemudian si ibu melahirkan anak yang kemudiannya cukup sifat..tapi tak pulak mengikut genetik si bapa kan??Tapi kisah ini berlainan..

Amber(ibu) dan Trent(ayah) merupakan pasangan suami isteri yang memiliki 2 orang anak kandung yang turut menghidap penyakit orang kerdil seperti mereka yang dinamakan secara saintifik "achondroplasia dwarfs"..Mereka kemudian mengambil 3 lagi orang anak angkat yang juga kerdil seperti mereka..maka..terciptalah "Family of 7 Dwarfs"..

Hehehe..giler skema betul ayat2 aq kat atas tuh..kikiki..aq terpandang je tajuk artikel tu aq terus tertarik nak baca..korang ley tengok vids anak2 kerdil ni punye pendapat mengenai dunia sekeliling mereka dengan klik je gambar kat atas tadi tuh..

p/s: comel2 kan mereka??   =)

Wednesday, October 12, 2011

Perempuan atau Wanita atau Gadis kah ANDA???

Assalammualaikum dan selamat petang..

Wahai para KAUM HAWA,marilah kita renung2 kan bersama mengenai ini --->

PEREMPUAN

Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
"am yashluh an yura minha”(tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya)
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupuntersembunyi tetap bergemerincing & menarik perhatian orang lain,lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
Dia tahu sekiranya dia memakainya juga diatelah melanggar larangan Allah.

Allah Taala berfirman :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)

PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu.

Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian,adalah seperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)

PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji,
kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik & buruk dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran.

Allah Taala berfirman :
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup”
(Ibrahim : 24-26)


PEREMPUAN
Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya.
Allah Taala berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujurat : 12)

PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi yang pendek,
apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk tubuhnya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung,dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya & tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasulullah seperti yang disuruh oleh Allah.

Allah Taala berfirman :
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Ahzab : 59)
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri & anak-anaknya

PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya)


Allah Taala berfirman :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al-Ahzab : 32)
Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.


PEREMPUAN
Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana kecantikannya

Allah Taala berfirman :
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(An Nur : 60)

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid & berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi.
Allah Taala berfirman :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
(Al-Ahzab : 33)

Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian & perhiasannya kepada lelaki asing; & memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya & kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak.

Credit to -- [allahseeker.blogspot]

Tuesday, September 6, 2011

YA ALLAH,bapak besau!!


Hello everybody..


Haish long time no see kan??Cewah,tetiba nk sepiking broken english la pulak..hehehehehe..Aq tak tau la apa nk jd dgn blog aq ni dah..sekali aq stop..ha hamek kau,beminggu-minggu terus aq stop..takde masa dah..ni luangkan sejenak..

Harini just nk share sket news je yg terpandang kt Yahoo!harini..


Ha ckup besar tak???Terkejut tak??1st aq tgok pg tadi..haaaa ternganga sesaat..betapa besar nye menatang tuh..tinggi aq pun tak sampai 6kaki kot..(kekekekee coz aq ni mmg ketot pun)..

Nak taw citer lanjut berkenaan gambar ni..blh la kalian klik di SINI..


p/s: segalanya kekuasaan Yang Maha Esa

Sahabat Sakura

They're G+