Pages

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

7 Sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt ...

Malam ni takde buat ape sangat pun. Sambil2 layan Hindustan - Dhoom 2 dan tunggu baju siap dikeringkan untuk dijemur. Nurul jalan2 kat Facebook dan terjumpa sesuatu. Meh Nurul copy kan di bawah untuk perkongsian bersama.


* * * * * * * * * * * * * * *


Very nicely written 
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.


Sumber : Facebook

Friday, April 25, 2014

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini

Assalammualaikum wbt..
Perkongsian harini aku dapat sumber dari Facebook. Harap memberi manfaat pada korang yang sudi lawat blog aku ni ye.


Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.


* * * * * * * *

Bantuan anda amat bermakna buat mereka. Bekalan akhirat buat anda. Hulurkan bantuan, ringankan beban, sama-sama kita berkongsi kegembiraan bersama mereka yang memerlukan. Mari hulurkan bantuan dalam Projek Shopping Raya 2014 untuk mereka.


Friday, February 21, 2014

Tazkirah Jumaat #22 - Doa Supaya Tidak Berputus Asa


Assalammualaikum wbt..


Bismillahirrahmanirrahim

http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/a24f42002ace924d482566cd003259af/$FILE/k194.jpg



Ia merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.




Friday, December 20, 2013

Tazkirah Jumaat #21 - Adab Bercakap

Assalammualaikum wbt ...

Apa yang saya cuba kongsikan di sini, semuanya saya dapat dari dalam simpanan saya sejak zaman belajar lagi. Jadi maafkan saya kerana tidak sertakan sekali dari mana sumber saya dapat, nak cari semula memang tak jumpa dah. 





Adab Bercakap

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.

Jangan bercakap secara berkumam mulut.

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Wallahualam, sama-samalah kita perbaiki khilaf diri.

Tazkirah Jumaat #20 - 4 Perkara Sebelum Masuk Tidur


4 Perkara Sebelum Tidur....
  

"Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum seseorang itu lena diulit mimpi yang indah-indah. Maka wajarlah kiranya sunnah Rasulullah s.a.w itu sendiri dijadikan sebagai amalan seseorang pada setiap malam. Ia adalah lebih afdhal.

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah......

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 

  1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 
  2. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Friday, November 22, 2013

Tazkirah Jumaat #19 - Hikmah dan Kehebatan Surah Al-Kahf

Assalammualaikum wbt ...





Surah Al-Kahf (Kahfi)

Surah ini mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiaannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Khidir, kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj & Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "Inshaa' Allah". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah Al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam ditanya oelh orang-orang Musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi s.a.w. tidak menyebut "inshaa' Allah" tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi s.a.w. menyebut "inshaa' Allah" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari Allah tentang 3 persoalan tersebut.


Kelebihan Surah Al-Kahf

* Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat.
* Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1- Abu Sa'id al-Khudri radhiAllahu 'anhu beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat." (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2- Daripada Ali yang meriwayatkan drpd Rasulullah saw, bagina bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, drpd segala fitnah yang melanda dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya." (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3- Daripada Abu al-Darda' bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat drpd awal surah al-Kahfi, pasti terlindung drpd Dajjal." (HR Muslim 809)




Sumber diambil :





Friday, October 4, 2013

Tazkirah Jumaat #18 - 30 orang yang pertama dalam Islam



Assalammualaikum wbt ..

Dah lama jugak saya tak berkongsi Tazkirah di sini kan? Kebetulan jalan-jalan di 'mukabuku', terjumpa pulak mengenai mereka-mereka yang sangat bertuah di Bumi Allah swt ni. Sungguh terasa kerdil dan kurangnya ilmu pengetahuan yang ada ni. Sebab rasanya memang saya tak tahu langsung mengenai maklumat yang bakal saya kongsikan ini. Jadi harini, saya tergerak hati jugak untuk berkongsi dengan kawan-kawan alam maya jugaklah. Harap bermanfaat jugak buat kalian ye.




Biasa kat sekolah, cikgu-cikgu ada tanya "Siapa orang pertama yang mencipta telefon?" kan?? Tapi ada tak ustaz/ustazah yang bertanya pada anak-anak kita, siapa orang pertama yang menulis Bismillah? Mari saya kongsikan 30 orang pertama dalam Islam.




1. Orang yang pertama menulis Bismillah - Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam - Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan - Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat - Nabi Ibrahim AS
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat - Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa & Marwah - Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat - Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam - Abu Bakar As Siddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah - Umar Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam - Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW - Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita - Sumayyah binti Khabbat RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki - Al-Harith bin Abi Halah RA
14. Orang yang pertama menulis hadis dalam kitab/lembaran - Abdulllah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah - Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan - Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW - Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW - Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah - Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW - Ibban bin Othman bin Affan RA




21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW - Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh - Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam - Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi Raja dalam Islam - Muawiyah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam - Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal - Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW - Ali bin Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama digelar Al-Muqry - Mus'ab bin Umair RA
29. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah - Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga - Nabi Muhammad SAW.


Friday, May 10, 2013

Tazkirah Jumaat #17 - Rahsia dalam Solat

Assalammualaikum wbt ..

Kalini arul nak berkongsi rahsia dalam solat 5 waktu yang kita tunaikan dalam seharian. Info ni bukan sahaja dicari untuk diri sendiri tapi juga untuk rakan-rakan yang terlupa akan rahsia yang tersembunyi dalam solat yang kita lakukan.



Lihat, setiap satu rukun itu memiliki faedah tersendiri yang kita tak tahu. Oleh itu, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita dan rajinkan lah diri mendirikan solat.



Friday, April 26, 2013

Tazkirah Jumaat #16 - Doa Untuk Ibu


Assalammualaikum wbt ..

Rasanya macam dah lama pulak arul tak berkongsi tazkirah dengan kawan-kawan. Last arul post Tazkirah Bila Al-Quran Berbicara , wah cukup sebulan arul terlepas berkongsi perkara baik dengan korang. Rugi nya rasa. Maafkan diri ini ye ..

Ok, tempohari arul jumpa gambar ni kat facebook. Jika ia berguna pada arul, maka pasti berguna juga buat korang sama kan? Jom kita amalkan bersama-sama .. Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Darjat seorang ibu 3x lebih tinggi dari seorang bapa. Betulkan saya jika saya salah ye ...


Bismillah ...


Friday, March 29, 2013

Tazkirah Jumaat #15 - Bila Al-Quran Mula Berbicara


Assalammualaikum wbt ..

Maaf, harini arul terlambat sedikit berkongsi tazkirah Jumaat bersama rakan-rakan di alam maya ni. Hati bunga-bunga patut lebih pantas dan tuntas kan? Hehehehe ... Alhamdulillah, minggu lepas terlalu banyak perkara difikirkan hingga mcm2 sakit nk dtg 'melawat' diri arul ni. Tapi syukur sangat2, arul dapat bertahan dengan segala ujian Allah tu .. dan minggu ni, dari sehari ke sehari Allah dah gantikan dengan "Pelangi" yg cukup indah dan buat arul tersenyum je harini. Terima kasih Ya Allah. Ok, jom kita terus pada topik yg ingin arul kongsikan harini.

Benda ni arul jumpa dalam folder lama arul, so bila arul dah baca semuanya .. rasa memang patut berkongsi dengan kawan-kawan lain kot. Dunia semakin moden, masyarakat semakin maju. Muda-mudi pulak semakin lupa pada 1 amanah Allah yg paling penting ini..yakni Al-Quran ..


************************************************************************

Apabila Al-Quran Mula Berbicara ,

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambahpengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depanTV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.              
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri...
Dalam bisu dan sepi....



**************************************************************************

Maha Suci Allah, Yang Maha Berkuasa Lagi Bijaksana
Semoga ia memberi manfaat pada rakan-rakan semua.


**************************************************************************

Kalau kita dapat dengar sendiri Al-Quran tu berbicara, pasti ramai yg ketakutan (termasuk arul) kan? Jangan pernah sekali-kali kita mengabaikan kewujudan ia .. Al-Quran sangat suci .. dampingi lah ia selalu ..

# Ada sesiapa tak yg dah lama tak mengaji Al-Quran apatah lagi menyentuh nya ? Mari kita sama-sama berusaha mendekatkan diri kepada Sang Pencipta ye ...

# Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu semestinya datang dari diri ini sendiri .. (^_^)





Friday, March 15, 2013

Tazkirah Jumaat #14 - 30 Keajaiban Berselawat


Assalammualaikum wbt ..


Salam Jumaat yg mulia para sahabat di alam maya .. Harini godek2 folder lama dalam pendrive, hasil koleksi yg dikumpul semasa menuntut ilmu dulu2 .. maka terjumpa la beberapa tajuk yg menarik utk dikongsi disini bersama para sahabat. Harap sama2 dapat manfaat dari apa yg arul cuba kongsikan.

Harini arul nak kongsikan 27 keajaiban berselawat .. yg mungkin sesetengah dari kita mengetahui tentangnya .. dan mungkin juga ada yg tidak tahu ..




  1. Sabda Rasulullah SAW, "Brgsiapa yg berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10x ganda.
  2. Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan mengamalkan berselawat sebanyak 11x setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
  3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Maka amalkan selawat 100x sehari, Inshaa Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ perempuan.
  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7x pada air dan minum. Inshaa Allah, perut yg sakit @ memulas akan sembuh.
  5. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3x setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000x sehari, Inshaa Allah akan dikurniakan kebijaksaaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  7. Sesiapa mengamalkn selawat 11x setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai orang lain.
  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yg berselawat walau sekali pd malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yg dihadapi oleh para Nabi.
  9. Sesiapa yg berselawat 41x sehari, Inshaa Allah akan dihindarkan drpd sifat tercela spt hasad dengki dn sebagainya dalam dirinya.
  10. Sesiapa yg mengamalkan selawat 1000x pd malam Jumaat, Inshaa Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
  11. Amalkn selawat 11x tiap kali selesai solat fardhu krn Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  12. Berselawat 33x sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yg diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  13. Sesiapa yg berselawat tak kiralah bnyk mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dlm apa jua dgn syarat ia berusaha mencari keredhaanNYA.
  14. Amalan berselawat sbyk yg mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih2 lg pd saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3x setiap kali selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya drpd sbrg bencana.
  16. Sesiapa yg amalkan selawat sbnyk 1000x stiap hari, Allah akan memeliharanya drpn sbrg ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  17. Amalan selawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  18. Menurut As-Shawi, sesiapa yg membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya drpd gangguan serta tipu daya syaitan yg melalaikan.
  19. Membaca selawat 10x pd setiap pgi dn petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri drpd mendapat kemurkaan Allah.
  20. Sesiapa yg membaca selawat sbnyk 7x selamat 7 mlm berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) drpn Baginda SAW.
  21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70x kali sehari.
  22. Ada riwayat, yg menyatakan bhwa amalan berselawat 80x tiap selepas solat Asar pd hari Jumaat , Inshaa Allah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
  23. Sesiapa yg sering mengamalkan selawat pd setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yg tidak disangka-sangka baginya.
  24. Jiwa yg resah gelisah dapat ditenangkan dgn zikir, termasuklah berselawat sekerap yg mungkin krn Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  25. Ulamat berpendapat, sesiapa yg mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, Inshaa Allah dihindarkan drpn taun dan wabak penyakit berbahaya yg lain.
  26. Membaca selawat 1000x slps solat sunat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  27. Menurut para ulama, sesiapa yg inginkan saat kematiannya dlm kesudahan yg baik, maka berselawatlah sebanyak 10x setiap kali selesai solat Maghrib.
  28. Para ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yg baik dgn sntiasa berselawat 40x - 100x setiap hari, diikuti dgn usaha yg berterusan.
  29. Sabda Nabi SAW, "Brgsiapa yg berselawat kepadaku sbyk 1000x pd hari Jumaat, maka ia akan datang pd hari Kiamat dgn keadaan bercahaya - hari Abu Naim
  30. Sabda Nabi SAW, "Brgsiapa berselawat kepadaku sbyk 10x pd waktu pagi dan 10x pd waktu petang setiap hari, ia akan beroleh syafaatku pd hari Kiamat - hari Thabrani

Ha banyakkan keajaiban tersembunyi hanya dalam 1 ayat yg mudah dan ringkas yg memang setiap hari kita pasti lafazkan. Arul pun mengakui, baru tahu sedikit dari semua yg arul dah senaraikan kat atas tu. Fuhh!! pertama kali taip panjang2 gini .. maka para sahabat, mari kita sama2 amalkan agar sama2 beroleh syafaat.

Selamat beramal~

Friday, February 22, 2013

Tazkirah Jumaat #13 - Kejahatan dan Kebaikan


Assalammualaikum wbt ..


Maaflah, terlambat pulak harini nak berkongsi tazkirah dengan kawan-kawan. Terlupa pun ada, dah tak pasal2 harini terbuat, ter-publish entri yg tak sepatutnya. Hehehehe~

Seperti ayat-ayat di dalam gambar di atas tu, janganlah kita amalkan ye. Apa yg kita dapat bila kejahatan dibalas dgn kejahatan? Dosa dapat, sakit dapat, penat dapat .. takde yg menguntungkan langsung pada diri kita sendiri. Kita juga janganlah membalas kebaikan seseorang tu dengan sebarang kejahatan jugak. Memang bagi arul itu sangat2 lah tak mengenang budi namanya dan 1 sifat hina dan keji. Maka, biarlah kita membalas kebaikan itu dengan kebaikan dan walau kejahatan juga dibalas dengan kebaikan. Biarlah apa pun  orang nk buat pada kita, jgn kita blsnye dgn kejahatan...kerana andai kita membalasnya dengan kejahatan juga, kita ni tak lebih tak kurang hampir sama je mcm org tersebut. 

Bila seseorang melakukan kejahatan ke ats kita, mustahil tak timbul rasa marah dalam diri kita. Tapi segeralah beristighfar dan selawat serta ingat Allah swt banyak2. Segera ambil wudhu' agar sejuk kembali hati tu dan berdoa pada Allah swt .. minta supaya dijauhkan dari segala sifat2 mazmumah yg wujud itu dan doa lah yg baik2 sahaja utk orang yg telah melakukan kejahatan ke atas diri kita tu. Inshaa Allah, hati kita akan tenang sedikit demi sedikit. Kita jangan biarkan syaitan terus menghasut dn menguasai minda serta diri kita.

Jangan kita sibuk menghitung kejahatan orang terhadap diri kita .. tapi marilah kita sibukkan mencari kesilapan dan kesalahan diri sendiri lalu berusaha perbaiki diri ke arah yg lebih baik. Bila kita sibuk mencari silap orang, semua itu akan buat kita terleka dgn kesilapan diri sendiri. Jangan lupa, tiada manusia yg sempurna di dunia ini.

Maafkan arul andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara. Yang baik itu datangnya dari ALLAH swt semata, yang buruk itu datang dari diri arul sendiri. Wassalam~


Friday, February 15, 2013

Tazkirah Jumaat #12 - Kemahuan vs Keperluan


Assalammualaikum wbt ..



Semalam mungkin, atau 2 hari lepas .. arul ada berkongsi gambar di atas di dinding mukabuku arul .. bukan untuk tunjuk baik tetapi peringatan buat diri sendiri sambil berkongsi sesuatu yg bermakna kepada rakan2 di alam maya .. Cuba mengingatkan diri dan menyedarkan diri, bahawa setiap yg terjadi di muka bumi ini, yg terjadi ke atas diri sendiri .. semuanya adalah ketetapan dari ALLAH SWT .. Segala ketetapan itu punya hikmah yg tersendiri .. Makanya, janganlah kita terlalu bersedih andai kejadian itu menyakitkan hati, mengguris hati dan memilukan jiwa .. mahupun jika apa yg terjadi itu tidak seperti yg kita mahukan .. Sedarlah rakan2 sekalian, betulkan arul jika arul salah .. ALLAH SWT mungkin tidak memberi apa yg hambaNYA mahukan, inginkan tetapi sedarlah DIA lebih tahu dari kita semua .. maka DIA akan berikan kita apa yg kita perlukan sebenarnya .. 

Apa yg tercatat di dalam gambar di atas, ada beberapa yg sedang terjadi dalam diri arul. Maka, benarlah .. ALLAH SWT takkan menguji hamba-hambaNYA dgn sesuatu yg tidak termampu ditanggung oleh hambaNYA itu.


* * * * *
Wahai HATI, usahlah bersedih lagi ya .. 


Sahabat Sakura

They're G+