Pages

Monday, September 18, 2017

Tips Jimat & Simpan Duit RM1,000 Sebulan

Assalammualaikum wbt




Semakin kita menginjak tahun, semakin banyak cabaran yang kita kena hadapi dan lalui. Secara rela atau pun paksa, kita harus juga terima. Bila lihat harga minyak naik! Harga tol naik! Harga gula naik! Harga minyak masak pun naik! Jangan anda, saya sendiri pun terasa marah dan sangat bengang.

Dengan kos sara hidup yang tinggi, ditambah pula dengan kos tol, parking serta harga minyak yang berubah-ubah setiap minggu. Ianya memerlukan kita betul-betul mengatur kewangan dengan sebaik mungkin.

Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM2,000-RM3,000 masih dibawah paras miskin bandar. Saya masih bujang tapi itu tidak menjelaskan bahawa beban kewangan saya sudah stabil. Saya masih punya komitmen yang banyak hingga meninggalkan baki gaji cukup-cukup makan sahaja bila tiba tengah bulan.


Setiap Bulan, Duit Asyik Tak Cukup!

Walaupun saya telah sedaya upaya mengatur kewangan saya dengan sebaik mungkin, namun boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti ada sahaja perkara-perkara yang diluar jangkaan terjadi.

Kereta rosak, kena saman, PTPTN tertunggak, bil telefon tertunggak, keperluan kucing tidak cukup, hal-hal kecemasan seperti terpaksa pulang ke kampung.

Perkara-perkara seperti di atas inilah yang biasanya menyebabkan peruntukan belanjawan bulanan saya sering terganggu walaupun setiap bulan saya merekod setiap simpanan dan perbelanjaan. Duit yang disimpan hanya dapat disimpan sebulan dua sahaja, bulan berikutnya terpaksa diguna untuk cover hal kecemasan.


Lama Saya Termenung ...

Saya kena cari alternatif lain. Saya kena juga kawal perbelanjaan bulanan dengan penuh disiplin. Saya kena betul-betul menyimpan demi masa depan saya dan keluarga saya.

Saya tak boleh selamanya berharap pada adik-beradik untuk tolong saya. Jika mereka pula ditimpa musibah, takkan saya hanya berdiam diri.

Begitu juga dengan anda! Anda juga perlu berubah dan betul-betul menyimpan demi masa depan dan untuk kegunaan dikala tak terduga. Jika tidak, anda juga akan melalui fasa yang sama seperti saya setiap bulan seumur hidup.

Bukan saya sahaja, anda juga patut dapatkan Ebook ini bagi membantu dan mengubah kedudukan kewangan kita. 



123 Tips Mudah Berjimat-Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!





E-book "123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT" ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna. Ebook ini ditulis dengan ayat-ayat yang mudah supaya korang boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran.

Antara strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini adalah:
  1. Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
  2. Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
  3. Strategi Berjimat-Cermat Makanan Harian
  4. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hal Pendidikan
  5. Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
  6. Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru
  7. Strategi Berjimat-Cermat Untuk Kesihatan


Kenapa anda mesti mendapatkan Ebook ini?

Ebook ini merangkumi 14 strategi utama yang menyentuh setiap aspek keadaan seluruh kehidupan dan aktiviti kita. Diatas saya cuma kongsikan separuh dari keseluruhan strategi. Jika anda nak tahu strategi selebihnya, anda boleh klik imej diatas dan terus dapatkannya tanpa was-was lagi.

Ebook ini sarat dengan info, tips dan strategi dirangka daripada pengalaman, perkongsian dan kajian holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

Ebook ini wajib dimiliki bagi anda yang mahu hidup lebih tenang, bebas hutang, mengelakkan pembaziran dan mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat mental dan fizikal, tidak kira sama ada anda masih bujang mahupun sudah berkeluarga.

Tip-tip dalam Ebook ini adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong anda agar lebih menghargai setiap masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjakan serta lebih kreatif untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan teratur.


Klik sini ----> Tips Jimat 





Sunday, September 18, 2016

Esok Belum Tentu Masih Ada.

Assalammualaikum wbt ...

Last menaip sekitar bulan Mac tahun ni. Konon-konon nak kembali menulis. Akibat kekangan masa dan hidup yang haru-biru, Ain tinggalkan semula blogging ni. Now kembali menulis tapi mungkin suam-suam kuku sebab sekadar mencuri masa yang terluang. Idea untuk menulis tu dah kurang. Semakin takut untuk menulis kerana risau ada tersalah bicara, mungkin ada sesetengah pihak yang berkecil hati @ terasa hati di dalam diam terhadap Ain. 

Kita cuma insan biasa yang setiap nya punya hati dan perasaan. Kita tak mampu nak menjaga hati semua orang tapi sebolehnya kita tetap mencuba menjaga walau hati sendiri dah semakin hancur kerana diri sendiri lupa menjaga.



Image result for mati itu pasti

"Andai kita tahu harini kita akan mati, pasti kita menghargai harini malah lebih menghargai semalam. "


Namun Ain sedar sesetengah perkara, sejauh mana pun kita telah mencuba untuk menjaga hati-hati tersebut. Kelak hasilnya, belum tentu kita dihargai juga. Kadang Ain bukanlah nak minta banyak, cukup sekadar sama-sama kita saling menjaga hati dan perasaan orang sama.

Dalam hidup jangan suka-suka @ sengaja kita nak menyakitkan hati orang lain. Kelak, kita tak tahu macam mana. Sempat tak kita minta maaf dari orang kita dah sakitkan hati tu. Memaafkan itu mungkin mudah tapi melupakan itu mampu mengambil masa seumur hidup usahanya.


#pen-off







Monday, March 28, 2016

Bila Manusia Bodoh Bertingkek-Tingkek

Hidup ni memang pelik. Dunia semakin akhir zaman. Bilamana kita yang membantu kemudiannya dibalas dengan 1001 "kebaikan". Tak cukup dengan itu, kita dituduh tak pernah ikhlas membantu. Bila sel-sel otak mula putus, manusia memang akan fikir begitu. Keikhlasan tu dah hilang bila mana orang yg dibantu tu membalas dengan 1001 kesusahan. Tak cukup dengan itu, terus melibatkan ahli keluarga yg membantu tersebut.

Alhamdulillah & terima kasih kerana anda bijak dalam membalas jasa manusia.

Sama-sama kita menunggu balasan di akhirat & karma hidup.








Berlagak bijak tapi sebenarnya terlebih bodoh.

Thursday, November 19, 2015

Kosong

Assalammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim ...


Berkurun Nurul abaikan blog ni. Masih ada pembaca ke? Takpelah, Nurul menulis selama ni pun sekadar suka-suka. Berkongsi apa yang patut dan disini jugalah tempat Nurul meluahkan segala rasa. Cuma sampai satu tahap, dengan menulis pun tak mampu diluah. Nurul bertindak untuk berdiam diri. Bukan di alam maya sahaja berdiam, di luar pun Nurul tak lagi berkongsi masalah dengan sesiapa. Hingga seseorang pernah berkata pada Nurul, Nurul sekarang dah jadi perahsia sebab terlalu lama memendam rasa.

In shaa Allah, Nurul akan kembali menulis. Mungkin ini atas permintaan seseorang.

Banyak draft yang tersimpan. In shaa Allah akan cuba lengkapkan. Mana yang tak perlu diteruskan, akan dipadam saje.

Nurul rindukan juga blog yang lagi satu. Rindu segala tentang dia.


Sunday, August 9, 2015

Andai semudah itu...

Andai setiap apa yg terjadi
Adalah sesuatu yg mudah
Mudah dilupakan
Mudah dimaafkan
Mudah diulang
Mudah diterima hati dan akal
Mudah bertukar menjadi 1 kebahagiaan
....................
Saya berdoa, kita boleh merasa setiap "rasa" ini bersama-sama
Hingga hujung nafasku...
Amiin!

Sunday, May 24, 2015

I Couldn't sleep Because of You

Assalammualaikum

Crying Baby and Mother Kicked Off Bus For Being Distracting

Nurul tak boleh tidur ni. Bukan sehari dua, tapi dah berminggu jadi macam ni. Pukul 6 petang, menguap bagai nak gila. Jadi mula pasang hajat, oh siap solat Isyak ni nak terus tidur la. Pastu duk khusyuk layan tv, 10 malam baru masuk bilik. Siap solat, cuci muka, gosok gigi semua terus naik katil. Hmmm golek kiri kanan, entah apa yang tak selesa, entah apa lagi kepala otak ni sibuk fikirkan dunia. Mata taknak lelap sudahnya. Mungkin juga terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran sejak kebelakangan ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih ada hati diluar sana yang sedang menangis.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih ada bahu diluar sana yang sedang menanggung beban.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih punya salah dan silap, hutang dan janji yang masih belum tertunai.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kadang-kadang terfikir, kita ni boleh jadi gila bila terlalu fikirkan sikap manusia terhadap kita. Hukum alam yang semakin banyak berlawanan.
.
.
.
.
.
Seorang insan sentiasa mahu dihormati oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak tahu untuk menghormati orang sekeliling.

Seorang insan sentiasa mahu kejujuran dari orang sekeliling, tapi diri sendiri tak jujur pada orang sekeliling.

Seorang insan sentiasa mahu dipercayai oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak menunjukkan sikap-sikap yang boleh dipercayai.

Seorang insan sentiasa mahu disayangi oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak pandai untuk menyayangi orang sekeliling.
.
.
.
.
.
.

Tamat









Thursday, May 21, 2015

Kata Hati ... 210515

Kadangkala hati ini terlalu memberontak.


Kadangkala hati ini sayu dan hiba.



Kadangkala hati ini ingin terus berdiam sepi.



Tapi ... Allah swt hanya berikan apa yg kita perlukan, bukan apa yg kita mahukan.



Ya Allah, redhakan hati hambaMu ini atas setiap rencanaMu di muka bumi Mu ini. Sabar kan jiwa dan kuatkan hati hambaMu dalam setiap langkah yg dibuat..amin 

Monday, March 30, 2015

Panduan Memulakan Bisnes Burger Dengan Jayanya

Assalammualaikum wbt ...

Apa khabar semua rakyat Malaysia sekarang ni ye? 

Dah cukup bersedia kah kita dengan kedatangan 1 April 2015? Mental? Fizikal? Poket? Dompet?

Nampaknya bersama-samalah kita mencari alternatif lain untuk menampung kos sara hidup yang semakin menekan jiwa dan raga kita.


Siapa mahukan panduan yang betul dan mudah dalam memulakan Bisnes Burger korang?

Siapa mahu menjadi salah seorang usahawan makanan seperti 15,000 dari mereka-mereka yang telah pun berjaya hasil latihan dari jurulatih hebat ini?

Dan siapa mahu tahu cara-cara membuat burger paling lazat sehingga pelanggan datang kembali mencari korang hingga mampu memberikan pendapatan sampingan/sepenuh masa yang cukup lumayan hingga melebihih pendapatan sebelum ini hanya dalam tempoh sebulan?

Jadi, nak tahu tak apakah RAHSIA BISNES BURGER yang boleh membantu korang menjadi lebih berjaya?


Image result for burger
Panduan yg Betul Memulakan Bisnes Burger Berjaya

Afiq Dato' Rusly.

Nama sebenar beliau adalah Md Fadzirul Afiq bin Dato' Rusly. Beliau merupakan jurulatih masakan yang telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li.

So berbalik pada topik utama, Afiq Dato' Rusly ini telah menghasilkan 1 panduan langkah demi langkah dalam memulakan Bisnes Burger yang berpotensi menjana pendapatan lumayan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan.


Antara langkah-langkah yang perlu korang tahu:


PANDUAN BETUL MEMULAKAN BISNES BURGER


Belum cukup menarik tawaran latihan yang disediakan oleh beliau?

Dapatkan dan baca panduan tersebut disini ---- > Panduan Memulakan Bisnes Burger Yang Betul.

....

....

Kenapa beria sangat Nurul cadangkan para bakal usahawan untuk dapatkan dan baca sepuasnya panduan ni??

1) Dihasilkan oleh jurulatih yang terbukti hebat hingga berjaya melahirkan 15 ribu orang usawahan makanan. Bukan sikit tuh.

2) Panduan yang ditulis adalah sangat mudah, langkah demi langkah agar mudah difahami.

3) Panduan yang cukup lengkap even bermula dari zero.


Dengan berbesar hati Afiq Dato' Rusly ni turut bermurah hati untuk beri 2 Bonus kepada korang yang sangat berminat untuk dapatkan Panduan Memulakan Bisnes Burger Berjaya ni. Bonus yang jarang-jarang sekali dapat dikongsi bersama bakal usahawan makanan di luar sana.

#1 : Manuskrip Panduan Membina Stall Burger
#2 : Manuskrip Rahsia Patty Burger Power




Dapatkan tips dan rahsia dari Afiq disini ---> Rahsia Memulakan Bisnes Burger Dengan Jayanya.



Nuffnang buat lagi ......

Assalammualaikum wbt ...

Syukur Alhamdulillah BE masih banyak berjoget-joget kat blog ni. Hairan tu memang hairan. Bukan hairan apa, awal-awal dulu selalu dapat 1 BE untuk 1 iklan. Tapi sejak (tak ingat bile) 1 iklan yang sama pasti akan dapat 3,4 BE. Mujurlah semuanya ada kumpul kutipan tersendiri. He he he, meh ler pakat-pakat tolong tekan dan tengok jap iklan-iklan yang ada dalam blog Nurul ye. Terima kasih sangat-sangat pada pelawat yang sudi picit-picit BE Nuffnang.

Minggu lepas punya pemerhatian, sangkut beberapa BE antaranya UMobile, Magic Kinder App, Colgate Total Charcoal & latest is Cicakman 3 Premier. Hmm rasa pelik tu makin menjadi-jadi bila tengok iklan Magic Kinder App tu sampai 6 dalam senarai. Tarikh semuanya sama. Betul ke tidak nih??




Magic Kinder App merupakan aplikasi berunsurkan pendidikan buat kanak-kanak. Ia juga turut boleh dimainkan bersama seisi keluarga. Jadi ianya bererti ibubapa tiada lagi alasan untuk membiarkan anak-anak mereka bermain sendirian bersama permainan mereka sahaja. Dengan Magic Kinder App ni para ibubapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak dalam membantu proses pembelajaran mereka. So sekarang juga para ibubapa pergilah ke Google Playstore @ Apple Playstore untuk install Magic Kinder App ni ye.


Magic Kinder App

Rupa di blog Nurul

Umobile-Banner Ads. Minggu lepas masa tonton berita kat tv, ada keluar berita pasal Umobile nak bagi gajet kegilaan ramai tu dalam harga yang sangat-sangat mampu milik. Lepastu bila buka blog feed, dah ramai blogger post pasal Umobile ni berserta gajet mahal tu. Wuwuwu sape taknak woiii?? Even aku sendiri pun terasa seperti mahu memiliki juga sebijik. Tapi rasanya baru je pun tukar Smartphone awal tahun ni. Jadi tak sanggup nak "curang" cepat-cepat dengan Smartphone sekarang.


Umobile Banner Ads untuk harini

Umobile Banner Ads berada atas header buruk kite tempohari.

Tak percaya? Betul ... ini bukan cobaan tapi #confirmsure dan kenyataan. Jika tak mahu terlepas peluang hebat lagi menarik seumur hidup ni, korang boleh terus ke kiosk berdekatan atau pergi www.u.com.my dulu untuk lebih faham tawaran istimewa dari Umobile ni. Rata-rata mengatakan Umobile best digunakan. Agak-agak kat kampung Nurul ni coverage untuk Umobile ni thorbaik tak??





Cicakman 3 Premiere. Seingat Nurul tayangan Cicakman 3 ni dah pun lama ditayangkan, betul tak? Korang yang dah layan movie ni, apa pandangan ye? Nurul dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang, rasa rindu jugak nak buat aktiviti lama.




Terima kasih tak terhingga pada Nuffnang untuk semua BE yang diberikan ni. Harapnya boleh kumpul banyak sepanjang tahun ni. Semoga tahun 2015 ni lebih baik berbanding tahun sebelum-sebelumnya, amiin!

Nuffnang oh Nuffnang

Assalammualaikum wbt  ...


Lagi beberapa hari sahaja lagi Mac pula bakal meninggalkan kita dan diganti dengan April. Agak-agak sudah berapa banyak aktiviti/kerja yang bermanfaat yang telah kita lakukan ye sepanjang tempoh yang singkat ni? Bagi Nurul, secara jujurnya memang tak berapa banyak. Walaupun Nurul juga mendapat 24/7 sama seperti kalian, tapi Nurul masih tak berkesempatan untuk ligat di alam maya seperti orang lain.

Semakin kurang bermesra dengan blog kesayangan ni, semakin kurang jugalah bertegur sapa dengan My Nuffnang. Owh!! Teruknya saya (nangis2 lari masuk bilik, nyorok bawah bantal sbb malu dan rasa bersalah). Tapi sangat-sangat terharu dengan Nuffnang sebab tersangatlah baik hati. Mereka masih sudi bagi BE kat blog ni walaupun dah berhabuk beberapa bulan akibat banyak kekangan yang tak dapat dibendung diri sendiri lagi.

Mengikut rekod dalam My Nuffnang, kali terakhir dapat BE adalah pada Okt 2014. Kemudian Nov, Dec hingga Jan '15 sunyi sepi sampai status Glitterati pun ditarik balik oleh pihak Nuffnang. Masa tu sangat-sangat luluh hati ni tengok status dah ditarik akibat kecuaian diri sendiri. Alhamdulillah, pada bulan bertuah Nurul .. Nuffnang mula semula derma BE sedikit demi sedikit pada Nurul hingga ada jugaklah sedikit penambahan pada jumlah kutipan derma kan. Cuma untuk cash out tu masih lagi berjanggut kena tunggu sebab nya tak kencang macam blogger2 femes tu. Hu hu hu~






2 gambar kat atas ni antara BE yang beratur dalam sedar tak sedar Nurul. Yang mana sedar, ada la gambarnya di bawah. Yang tak sedar tu, berlalu gitu je la dan sudah pun selamat "Credited" tidak lagi "On Going" mengutip derma kat blog. Teruk betul Nurul ni kan? Macam2 dikejar hingga blog kesayangan terabai.


Contoh iklan di blog DSG sebelum ni.

Contoh iklan di blog DSG sebelum ni.

Apa-apa pun rasa berterima kasih dan bersyukur sangat-sangat dengan Nuffnang sebab masih memberi kepercayaan untuk bagi BE kat blog ni. In shaa Allah, dari semasa ke semasa Nurul akan memperbaiki diri.

Terima kasih Nuffnang!!


Kerana Drama "Asam Pedas Untuk Dia"






Ramai pula yang tetiba mencari SHUKRI YAHYA ni. Suatu ketika dahulu pernah Nurul terbitkan entri tentang beliau. Tapi biasa2 punya coretan je. Tapi tak sangka kalini sampai begini sekali penangan pakwe kacak segak bergaya ni.






Saturday, March 28, 2015

1 Perasaan yg Sangat Bangsat!

assalammualaikum wbt ..

tutur kata ku tak se-indah dia
tingkah laku ku tak se-sopan dia
pemikiran ku tak se-matang dia

perasaan begini yg buat diri rasa teramat bangsat!





Tuesday, March 10, 2015

Resume - Panduan Menulis Resume Pensyarah 2015

Bismillah .. Assalammualaikum wbt ..


Mencari panduan menulis serta tips dan template resume kerja? Jika anda merupakan seorang graduan, atau lepasan siswazah yang sangat berminat dalam bidang pendidikan serta bercita-cita untuk menjadi seorang PENSYARAH, Nurul sangat-sangat mengesyorkan anda untuk mendapatkan tips, panduan dan contoh resume menerusi Template Resume Pensyarah.


Template Resume Pensyarah merupakan satu panduan yang disediakan khas untuk para lepasan Universiti dan juga mereka yang masih gagal mendapat panggilan temuduga pensyarah sama ada dari Universiti Awam mahupun Swasta. Template Resume Pensyarah ini direka khas untuk memenuhi keperluan jawatan pensyarah di Universiti Awam/Swasta pada masa kini.





  • Tugasan PENSYARAH adalah MULIA kerana berpeluang mendidik anak bangsa untuk terus berdaya saing dan maju mengorak langkah ke hadapan.

  • Berpeluang luas untuk melakukan penyelidikan dan inovasi untuk peningkatan kualiti hidup, teknologi dan nilai dalam masyarakat.

  • Menjadi PAKAR RUJUK masyarakat dan industri dalam menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu semasa.

  • Selain itu, tawaran imbuhan LUMAYAN yang disediakan.

Template resume ini mahu diberikan secara PERCUMA, cukup memberikan impak resume yang LEBIH BERKUALITI, KEMAS SUSUN ATURNYA dan MANTAP PERSEMBAHANNYA walaupun hanya versi asas (basic version).





Template Resume Pensyarah adalah panduan yang sangat-sangat berguna dan patut dimanfaatkan oleh anda yang masih belum berjaya mendapatkan panggilan temuduga sebagai Pensyarah.


Kandungan Template Resume Pensyarah

Anda tidak akan merasa menyesal mahupun rugi sama sekali kerana dalam 1 template resume ini diberikan 6 bonus yang sangat menarik buat anda. Antaranya ialah :

# Bonus 1 - Template Cover Letter Pensyarah
# Bonus 2 - "Power Key-Words" For Resume & Cover Letter
# Bonus 3 - Rahsia Hantar Resume Tepat Pada Sasaran
# Bonus 4 - Direktori Kerjaya Pensyarah di IPTA
# Bonus 5 - Ebook Persediaan Temuduga Pensyarah
# Bonus 6 - Rahsia  (^_^) .... anda perlu segera dapatkan!!

Adakah anda berminat untuk mendapatkan semua bonus yang diberikan?

Adakah anda berminat nak tahu setiap isi kandungan dalam template tersebut?


Jika ya, anda perlu klik sahaja gambar di bawah dan dapatkan template resume anda sekarang. Template ini dikeluarkan oleh Team KerjayaPensyarah.com & Arawi Production. Sila dapatkan segera kerana ianya terhad untuk 5 yang terawal! Harga sangat-sangat mampu milik.







Wednesday, January 14, 2015

2015 : Kisah Hati (Part 2)

Assalammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Selepas beberapa hari transfer dari HKL ke HPD, keadaan arwah seolah bertambah baik tapi dia masih punya komplikasi pernafasan. Kalini makin teruk, sehingga pada 21/12/2014 arwah wassap Nurul nak bagitahu yang dia sekarang dah ditempatkan di ICU pula. Allahuakbar! Luluh nye hati, kerisauan makin bertambah. Ingin saje ikut hati pergi tengok keadaan dia disana. Tapi ...

Hari demi hari Nurul hitung di kalendar, menanti 25/12/2014. Nurul dah rindu sangat pada arwah, gurauan dan usikan dia, senyuman dia, setiap bait nasihat dan pesanan dia. Ya Allah, dia hambaMu yang baik pada semua orang.

Jam 04:45pagi, abang ipar Nurul tolong hantarkan sampai Senawang. Disana sahabat paling rapat dengan arwah datang jemput Nurul dan kami sama2 pergi ke hospital. Dia yang paling awal nak gerak kesana, jadi Nurul ikut. Nurul taknak terlepas setiap saat pun kalini. Semakin dekat dengan HPD, hati semakin sebak dan rasa gundah. Seolah diri belum berapa bersedia untuk melihatnya dan rasa seperti masih bermimpi akan kenyataan yang diterima pagi tadi.

7pagi, selamat sampai di HPD..terus jumpa ayah arwah yang setia menjaga arwah dari awal sakit hingga akhir nafas arwah, dari pagi ke malam tetap meneman anak bongsunya di wad setiap hari. Nurul sampai-sampai mencari ibu jugak, tapi rupanya ibu dan saudara-mara perempuan yang lain menunggu di rumah. Lagipun keadaan kesihatan ibu pun tak berapa bagus.

Hmmm...di hospital, terus jumpa ayah. Ayah bawa Nurul melihat arwah. Nurul tatap setiap inci wajah kesayangan Nurul, setiap senyuman yang pernah terukir di wajah tersebut demi nak melihat Nurul pun turut tersenyum ceria seperti dia. Sayu, luluh, segala rasa ada tapi Nurul cuba bertahan. Sehingga ke saat ini, setiap wajah arwah dari awal kenal hingga hujung hayatnye..Nurul masih ingat dan terbayang.

Ayah memulakan bicara sedikit demi sedikit bagaimana arwah pergi. Hmm maaf, Nurul tak tahu nak ceritakan bagaimana tapi diringkaskan punce perginya bukanlah sakit yang selama ini dia tanggung. Pemergian arwah satu kejutan kerana semua lihat arwah seolah semakin pulih dalam beberapa hari sebelum Allah menjemputnya.

Arwah dimandikan terus di HPD, di kafankan dan sekali disolatkan di sana. Selesai segala urusan di HPD, jenazah di bawa pulang ke rumah untuk memberi peluang kepada saudara-mara dan ibu pulak melihat wajah kesayangan mereka sebelum jenazah di kebumikan. Sebaik sampai di rumah, mata Nurul dah meliar mencari Ibu. Sedikit rasa risau akan keadaan Ibu. Ramai sepupu dan saudara arwah, tapi seorang pun Nurul tak sempat kenal. Masuk rumah, bersalaman dengan semua isi rumah. Sehingga saat ingin bersalaman dengan Ibu, air mata ni sekali lagi berderai bila mendengar ibu merintih. Ku peluk ibu erat..baru ku tahu ibu juga turut terkejut seolah tak percaya apa yang terjadi. Kasihan ibu....anak yang sering dirisaukan keadaan nya, kini telah pergi dulu.

Nurul mengambil tempat berhampiran dengan arwah, iaitu dekat dengan kepalanya. Agar mudah untuk Nurul terus melihat wajah arwah.  Nurul sedekahkan lagi surah Yaasin buat insan tercinta. Sekejap2 Nurul akan menangis lagi bila teringat dan terkenangkan segalanya tentang arwah.

Dalam whatsapp arwah ketika diberitahu perlu ditahan wad selama 6 minggu, Nurul mula sedih dan risau. Arwah pernah kata, nanti arwah sihat dia akan bawa Nurul jalan. Sebab masa tu Nurul mengadu bosan dengan dia dan rindu sangat kat dia. Sebelum tu sebulan tak jumpa sebab arwah sibuk kerja, katanya nak cari duit lebih. Nak kahwin kan .. huhuhu

... bersambung ...


Friday, January 2, 2015

2015 : Kisah Hati (Part 1)

Assalammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah entri pertama Nurul untuk permulaan tahun baru 2015. Diharapnya masih ada yang sudi singgah blog picisan ini.

Pertamanya sebelum Nurul meneruskan lagi ayat-ayat berikutnya, rasanya masih belum terlambat untuk Nurul ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua. Semoga azam yang dicipta, terus terlaksana. Semoga hidup kita lebih diberkati Allah swt dan iman kita semakin bertambah.

Entri terakhir Nurul bertarikh 23/10/2014, segalanya biasa2 je yang ditulis. Mood berblogging sangat kelaut, setelah bertukar kerja. Harini 02/01/2015, Nurul kembali menulis..hanya kerana jiwa dan rasa yang diuji oleh Maha Pencipta.

2014 : tahun yang sangat menguji Nurul, ujian jiwa dan raga. Ada pahit, ada masam, ada manisnya. Nurul dan dia hanya mampu merancang, tapi Allah swt jugak pemutus pada segala rancangan.

24/12/2014 : sekitar jam 3:30pagi Nurul dikejutkan dengan berita kematian insan tercinta. Terasa hendak pecah jantung ni sebaik baca kiriman whatsapp bff tika itu. Tak tahu nak kata, bakal tunang @ bakal suami. Kami tak pernah merancang untuk bertunang, kami cuba percepatkan apa yang baik tapi Allah swt lebih mengetahui penghujung cerita kami. Dalam sedar tak sedar, Nurul nampak banyak perkara seperti ditangguh.

Bermula dengan pertengahan Nov, Nurul demam selama seminggu dan selepas tu baru disahkan kena denggi. Pada hari Nurul confirm kena denggi, arwah pula demam. Esoknye arwah diam..seminggu lamanya kami x contact, arwah hilang macam tu saje. Sehingga terpaksa Nurul minta tolong sahabat2 lain cari dirumah arwah @ keluarganya. Finally jumpa dirumah keluarganya. Rupanya arwah kena demam panas yang teruk sehingga tak mampu bangun.

Beberapa hari selepas tahu tentang tu, ibu ayah bawa arwah pergi check up kat hospital. Terus kena tahan selama 6 minggu kerana didapati buah pinggang arwah bernanah. 2 minggu stay HPD, arwah disuruh operate kt HKL untuk buang nanah tu. Seminggu kat HKL, arwah dipindah semula ke HPD.

Dari awal arwah ditahan wad, arwah mengalami masalah pernafasan. Nurul mahupun sahabat2 lain hairan kerana arwah walaupun begitu, dia takde sakit asma selama ni. Masa 1st time datang melawat dia, dah ada kawan2 pesan pada saya agar bersedia dan sabar setelah tengok keadaan dia nanti. Ya Allah, memang sebak sangat rasanya. Terlihat wajah menahan sakit teramat yang ditanggungnye.

Lawatan pertama, seminggu selepas tahu arwah admit wad. Lawatan kedua, 2 minggu di wad. Lawatan ketiga, hari dimana dia kena gerak hospital seremban utk x-ray. Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan arwah even dikala sedang sakit begitu. Lawatan keempat, rasanya time tu dia nampak sihat sikit. Seharian temankan dia, berborak, bergurau seperti selalu. Siap kena tumbuk dengan arwah. Adeh! Haritu arwah tenung Nurul lama..tak sangka itu renungan terakhir darinya. Sebaik dia pulang dari HKL, Nurul belum berkesempatan datang melawat lagi. Plan nye 25/12, tapi Allah punya rahsia sendiri. Arwah dah dijemput sehari sebelum tu.

...bersambung...

Thursday, October 23, 2014

7 Sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum wbt ...

Malam ni takde buat ape sangat pun. Sambil2 layan Hindustan - Dhoom 2 dan tunggu baju siap dikeringkan untuk dijemur. Nurul jalan2 kat Facebook dan terjumpa sesuatu. Meh Nurul copy kan di bawah untuk perkongsian bersama.


* * * * * * * * * * * * * * *


Very nicely written 
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.


Sumber : Facebook

Sahabat Sakura

They're G+