Pages

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Sunday, May 24, 2015

I Couldn't sleep Because of You

Assalammualaikum

Crying Baby and Mother Kicked Off Bus For Being Distracting

Nurul tak boleh tidur ni. Bukan sehari dua, tapi dah berminggu jadi macam ni. Pukul 6 petang, menguap bagai nak gila. Jadi mula pasang hajat, oh siap solat Isyak ni nak terus tidur la. Pastu duk khusyuk layan tv, 10 malam baru masuk bilik. Siap solat, cuci muka, gosok gigi semua terus naik katil. Hmmm golek kiri kanan, entah apa yang tak selesa, entah apa lagi kepala otak ni sibuk fikirkan dunia. Mata taknak lelap sudahnya. Mungkin juga terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran sejak kebelakangan ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih ada hati diluar sana yang sedang menangis.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih ada bahu diluar sana yang sedang menanggung beban.
.
.
.
Untung pada mereka yang masih boleh tidur lena,
Sedangkan masih punya salah dan silap, hutang dan janji yang masih belum tertunai.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kadang-kadang terfikir, kita ni boleh jadi gila bila terlalu fikirkan sikap manusia terhadap kita. Hukum alam yang semakin banyak berlawanan.
.
.
.
.
.
Seorang insan sentiasa mahu dihormati oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak tahu untuk menghormati orang sekeliling.

Seorang insan sentiasa mahu kejujuran dari orang sekeliling, tapi diri sendiri tak jujur pada orang sekeliling.

Seorang insan sentiasa mahu dipercayai oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak menunjukkan sikap-sikap yang boleh dipercayai.

Seorang insan sentiasa mahu disayangi oleh orang sekeliling, tapi diri sendiri tak pandai untuk menyayangi orang sekeliling.
.
.
.
.
.
.

Tamat









Saturday, March 28, 2015

1 Perasaan yg Sangat Bangsat!

assalammualaikum wbt ..

tutur kata ku tak se-indah dia
tingkah laku ku tak se-sopan dia
pemikiran ku tak se-matang dia

perasaan begini yg buat diri rasa teramat bangsat!





Monday, September 8, 2014

New Journey Begin

assalammualaikum wbt ..

lama tak update blog kan? berbulan-bulan asyik update tentang Nuffnang je. tu je yg sempat dan senang aku nak taip. yg lain-lain asyik blurrr je tiap kali aku buka Blogger Dashboard ni. walaupun hakikatnya aku sangat2 rindu nak ber-blogging macam dulu. berkongsi segala cerita yg ada.

ini entri pertama untuk September 2014 ni. gara-gara tak dapat lelap mata, aku gagahkan diri untuk bangun dan menaip. punca utama tak boleh tido sebab tetiba tekak rasa nak minum Nescafe Ais, sedangkan dah tahu itulah satu2 nye minuman yg aku wajib elak setiap malam. punca yg lain adalah, sepanjang hari Ahad ni aku tido dan rehat je dalam rumah dalam bilik sebab aku tak sihat. since pagi Sabtu kepala aku dah buat hal, entah kenapa.

070914 - cukup 2 bulan aku memulakan kerja baru aku. dalam kepayahan, kepenatan dan tekanan, tak sangka dah 2 bulan aku bertahan bekerja di tempat baru. namun sampai sekarang masih aku ingat, cukup 2 minggu aku bekerja di tempat baru kesihatan aku dah mula terganggu. 2 minggu pertama bekerja, dah sakit2 kepala terus p klinik dan bila doktor habaq kat aku yang tekanan darah aku turun. rasa mcm nak gelak terbahak-bahak pun ada.

Low Blood Pressure - sakit yang dah lama tak menyerang aku. doktor cakap aku penat sangat2, tak cukup rehat, tak cukup tido, tak cukup kasih sayang. eh? ahahahaha yang last tu AUTA je ye. dalam diam aku memang admit aku cukup penat kena travel jauh setiap hari nak p keje tu, tapi takkan aku nak layan je penat tu kan? have to la be strong enough to face all the tough journey and challenges. selama 3 tahun aku berada dalam comfort zone, now aku cabar diri aku untuk harungi segala ni. 


when life become super-busy, takde lagi anasir2 jahat menghantui perjalanan hidup aku. busy makes me no time to think non-benefit problem at all. 

ok la dah lewat sangat ni, have to push myself to get a sleep jugak. if not, this morning will get mata panda. ho ho ho ... gudnite peeps!



Sahabat Sakura

They're G+