Pages

Showing posts with label CPUV Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label CPUV Nuffnang. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Nuffnang buat lagi ......

Assalammualaikum wbt ...

Syukur Alhamdulillah BE masih banyak berjoget-joget kat blog ni. Hairan tu memang hairan. Bukan hairan apa, awal-awal dulu selalu dapat 1 BE untuk 1 iklan. Tapi sejak (tak ingat bile) 1 iklan yang sama pasti akan dapat 3,4 BE. Mujurlah semuanya ada kumpul kutipan tersendiri. He he he, meh ler pakat-pakat tolong tekan dan tengok jap iklan-iklan yang ada dalam blog Nurul ye. Terima kasih sangat-sangat pada pelawat yang sudi picit-picit BE Nuffnang.

Minggu lepas punya pemerhatian, sangkut beberapa BE antaranya UMobile, Magic Kinder App, Colgate Total Charcoal & latest is Cicakman 3 Premier. Hmm rasa pelik tu makin menjadi-jadi bila tengok iklan Magic Kinder App tu sampai 6 dalam senarai. Tarikh semuanya sama. Betul ke tidak nih??




Magic Kinder App merupakan aplikasi berunsurkan pendidikan buat kanak-kanak. Ia juga turut boleh dimainkan bersama seisi keluarga. Jadi ianya bererti ibubapa tiada lagi alasan untuk membiarkan anak-anak mereka bermain sendirian bersama permainan mereka sahaja. Dengan Magic Kinder App ni para ibubapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak dalam membantu proses pembelajaran mereka. So sekarang juga para ibubapa pergilah ke Google Playstore @ Apple Playstore untuk install Magic Kinder App ni ye.


Magic Kinder App

Rupa di blog Nurul

Umobile-Banner Ads. Minggu lepas masa tonton berita kat tv, ada keluar berita pasal Umobile nak bagi gajet kegilaan ramai tu dalam harga yang sangat-sangat mampu milik. Lepastu bila buka blog feed, dah ramai blogger post pasal Umobile ni berserta gajet mahal tu. Wuwuwu sape taknak woiii?? Even aku sendiri pun terasa seperti mahu memiliki juga sebijik. Tapi rasanya baru je pun tukar Smartphone awal tahun ni. Jadi tak sanggup nak "curang" cepat-cepat dengan Smartphone sekarang.


Umobile Banner Ads untuk harini

Umobile Banner Ads berada atas header buruk kite tempohari.

Tak percaya? Betul ... ini bukan cobaan tapi #confirmsure dan kenyataan. Jika tak mahu terlepas peluang hebat lagi menarik seumur hidup ni, korang boleh terus ke kiosk berdekatan atau pergi www.u.com.my dulu untuk lebih faham tawaran istimewa dari Umobile ni. Rata-rata mengatakan Umobile best digunakan. Agak-agak kat kampung Nurul ni coverage untuk Umobile ni thorbaik tak??





Cicakman 3 Premiere. Seingat Nurul tayangan Cicakman 3 ni dah pun lama ditayangkan, betul tak? Korang yang dah layan movie ni, apa pandangan ye? Nurul dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang, rasa rindu jugak nak buat aktiviti lama.




Terima kasih tak terhingga pada Nuffnang untuk semua BE yang diberikan ni. Harapnya boleh kumpul banyak sepanjang tahun ni. Semoga tahun 2015 ni lebih baik berbanding tahun sebelum-sebelumnya, amiin!

Nuffnang oh Nuffnang

Assalammualaikum wbt  ...


Lagi beberapa hari sahaja lagi Mac pula bakal meninggalkan kita dan diganti dengan April. Agak-agak sudah berapa banyak aktiviti/kerja yang bermanfaat yang telah kita lakukan ye sepanjang tempoh yang singkat ni? Bagi Nurul, secara jujurnya memang tak berapa banyak. Walaupun Nurul juga mendapat 24/7 sama seperti kalian, tapi Nurul masih tak berkesempatan untuk ligat di alam maya seperti orang lain.

Semakin kurang bermesra dengan blog kesayangan ni, semakin kurang jugalah bertegur sapa dengan My Nuffnang. Owh!! Teruknya saya (nangis2 lari masuk bilik, nyorok bawah bantal sbb malu dan rasa bersalah). Tapi sangat-sangat terharu dengan Nuffnang sebab tersangatlah baik hati. Mereka masih sudi bagi BE kat blog ni walaupun dah berhabuk beberapa bulan akibat banyak kekangan yang tak dapat dibendung diri sendiri lagi.

Mengikut rekod dalam My Nuffnang, kali terakhir dapat BE adalah pada Okt 2014. Kemudian Nov, Dec hingga Jan '15 sunyi sepi sampai status Glitterati pun ditarik balik oleh pihak Nuffnang. Masa tu sangat-sangat luluh hati ni tengok status dah ditarik akibat kecuaian diri sendiri. Alhamdulillah, pada bulan bertuah Nurul .. Nuffnang mula semula derma BE sedikit demi sedikit pada Nurul hingga ada jugaklah sedikit penambahan pada jumlah kutipan derma kan. Cuma untuk cash out tu masih lagi berjanggut kena tunggu sebab nya tak kencang macam blogger2 femes tu. Hu hu hu~






2 gambar kat atas ni antara BE yang beratur dalam sedar tak sedar Nurul. Yang mana sedar, ada la gambarnya di bawah. Yang tak sedar tu, berlalu gitu je la dan sudah pun selamat "Credited" tidak lagi "On Going" mengutip derma kat blog. Teruk betul Nurul ni kan? Macam2 dikejar hingga blog kesayangan terabai.


Contoh iklan di blog DSG sebelum ni.

Contoh iklan di blog DSG sebelum ni.

Apa-apa pun rasa berterima kasih dan bersyukur sangat-sangat dengan Nuffnang sebab masih memberi kepercayaan untuk bagi BE kat blog ni. In shaa Allah, dari semasa ke semasa Nurul akan memperbaiki diri.

Terima kasih Nuffnang!!


Monday, September 15, 2014

CPUV Nuffnang #16 - Sanofi Lactacyd : Phase 2

Assalammualaikum wbt ...

Sanofi Lactacyd - salah satu jenama pembersih bahagian sulit wanita masa kini.






Sanofi Lactacyd ni terdapat pelbagai jenis produk. Gambar kat bawah ni antaranya.


Korang jugak boleh request a sample dari diorang..juga test personality korang.


Terima kasih Nuffnang untuk CPUV berikutnya ini - Sanofi Lactacyd.



CPUV Nuffnang #15 - HP PC Demand Gen Digital

Balik2 post pasal CPUV, betul tak? Tolonglah, jangan kata korang, empunya blog pun sebenarnya dah boring asyik up tentang benda yang sama. Ha3! Infiniti kemaafan weh, sejak mula keje baru ni stress level aku pun meningkat. Jadi bile hujung minggu, memang aku berehat dan paling koman pun aku balas dendam untuk blogwalking. Kat office memang totally 300% hadap keje je. Hu3!

Iklan ni macam dah lama kat blog ni, tapi earning tak memberangsangkan pulak. Hp one of IT product that in my fav list to have. Suka design nye yang modern & memenuhi keperluan dunia masa kini. Harga pun bagi aku berbaloi la dengan apa yang ditawarkan kan?

Thank you Nuffnang coz terus mempercayai blog ini untuk beri iklan bergolek-golek dalam blog ni. Miahahaha..



Sunday, August 17, 2014

CPUV Nuffnang #12, #13, #14

Assalammualaikum wbt ...

Ini adalah 3 CPUV terawal untuk bulan Ogos tahun ni. Alhamdulillah Nuffnang masih sudi beriklan di DSG aku ni. Terharu sangat2 seh! Tapi rasanya dah lama jugak tak dapat tiket wayang FREE dari Nuffnang. Bilakah Mr Nuffnang nak bagi lagi ek peluang kat hamba ni? Huhuhu




B.liv Brand Visibility
Rupanya salah satu online shop jugak..tapi lebih pada penjagaan wajah. Aku belum sempat tengok keseluruhan website ni. Sempat tengok sekali imbas je, mana yang penting untuk aku rumuskan disini.





Above, salah satu contoh senarai produk yang b.liv ni jual untuk segala masalah penjagaan muka korang. Macam gambar yang pertama aku tepek tu, ada juga dorang jual Mask dan b.Seen Eye Care. Korang nanti usha la b.liv website tu ye.


Air Asia Go - Korea Sale
Next CPUV yang sangkut adalah Air Asia Go-Korea Sale. Tapi sayangnya CPUV ni tak lekat lama pun. Aku pun tak sempat nak jenguk2 promo apa yang diberikan tu. BTW, apa yang aku perasan since last year nye Merdeka masa aku fly ke Seoul, Korea. After aku balik dari trip ke Korea, aku tengok macam2 promo timbul. Promosi kaw2 ke Korea. Pastu, sorang2 aku tengok g Korea. Pergh!! Sampai sekarang aku masih merindui suasana Korea. Tak rugi korang g sana rasanya, tapi sediakan makanan sendiri lagi best kot. Hahahahaha. Trip ke Seoul, Korea ni memang aku hutang korang dah setahun. Sampai sekarang aku tak up kat DSG ni. Aku rasa aku mampu berkongsi gambar je kot, sebab kalau aku nak bercerita dari A-Z mungkin dah tunggang langgang. Huhuhu ampunkan aku ye geng!


iH Media Liese
Latest CPUV yang ado kat DSG ni. Tapi aku search sana sini, ramai blogger pun tak tahu iklan pasal apa tu. So korang kalau ada ternampak iklan ni, cer cuba klik2 sikit ye. Tengok kan iklan apakah iH Media Liese ni ye.


Last but not least, sangat2 bersyukur sejak Ramadhan bermula till Syawal ni .. Nuffnang sangat2 bermurah hati berikan lots of CPUV to DSG ni. Sayang Nuffnang ketat2 ah!



CPUV Nuffnang #10 & #11

Assalammualaikum wbt ...

Semakin lama semakin terbengkalai blog ni sejak dah mula kerja baru. Niat hati nak berkongsi kisah perjalanan hidup yang baru pun tergendala. Dan lately ni rasanya aku asyik update pasal CPUV iklan dari Nuffnang je kan? Huhuhu sori sangat-sangat. Aku tak punya banyak masa dah untuk 'hapdet' di mana-mana.

So kalini pun aku masih nak berkongsi kegembiraan dengan korang yang sudi visit blog aku ni. Thanks jugak kat Nuffnang kerana terus berikan CPUV kat blog DSG ni. Tapi iklan ni tak bertahan lama, sekejap sangat2. Ni iklan bulan lepas. Tapi nak gak tepek kat sini sebagai kenangan aku. HEhehhee...


Tengok! tak banyak pun kan yang terkumpul? tapi aku tak kisah pun pasal tu. Buat masa sekarang ni, sekurang-kurangnya Nuffnang dah nampak blog aku ni wujud. Untuk aku collect ratus-ratus macam blog orang lain tu, mustahil. Even dah bertahun aku ber-blogging, tapi passion pada penulisan aku ni memang ada pasang-surutnya. Jadi tak mustahillah blog aku ni tak kemana-mana. Hehehehe.

Ohya, iklan Mayfair Bodyline tu korang tahu la kan iklan pasal apa? So tak perlu lah aku nak tulis panjang lebar lagi. Huhuhu! Tapi iklan Rakuten tu, aku keliru sikit. Aku sempat la Google jap masa iklan tu baru2 lekat kat DSG ni. Aku confuse bukan apa. Rakuten tu pasal online shopping website atau travel website sebenarnye ek?

Rakuten Online Shop - 1 lagi tempat dimana para shopaholics boleh lepaskan addiction korang. Aku dah usha Rakuten ni. Barang-barang yang dijual memang dengan harga yang sangat best. Aku dah aimed apa yang aku nak beli. Tunggu masyuk je. Hehehehehe! Jom terjah Rakuten bulan ini. Dorang ada buat MEGA SALE hingga hujung bulan ni. Wowww!!!





CPUV Nuffnang #9 - Fashion Pitch/Writers Unleashed

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah! CPUV ke-9 sangkut kat DSG. Kalini iklan Fashion Pitch/Writers Unleashed. Tapi CPUV ni tak lekat lama kat blog, dah credited pun aku tengok. Huhuhu. Ape benda "Fashion Pitch/Writers Unleashed" ni ek?





Oh itu rupanya.... Ha korang kalau nak tahu ape benda iklan ni, korang klik je 2 link yang aku dah bagi kat gambar-gambar di atas tu. Hehehehe..

Thanks Nuffnang bagi iklan banyak2 kat blog DSG ni. Terharu sangat2. Love you lah Nuffnang!!



CPUV Nuffnang #6 , #7 , #8

Assalammualaikum wbt ..

Alhamdulillah. Ramadhan ni semakin murah pula rezeki dengan Nuffnang. Semalam sekali 3 CPUV sangkut kat blog DSG tapi 2 nye adalah iklan yang sama. Syukur sangat-sangat, alhamdulillah.



CPUV #6 & #7 - Waku Doki Campaign


Apa Waku Doki Campaign ni ye??

Waku Doki Campaign anjuran Toyota. Tarian Waku Doki ni berasal dari Jepun. Tarian ni simple je tapi menarik. Korang boleh cuba belajar dan rekodkan tarian tersebut untuk menangi tiket ke Jepun.


Alhamdulillah, iklan ni masih berjoget-joget kat blog DSG. 14/7 iklan yang sama masuk dua sekali dalam blog. Terima kasih Nuffnang untuk iklan tersebut.


CPUV #8 - uMobile Prepaid Free Meal

Next CPUV yang sangkut kat DSG adalah seperti di atas. Aku dah lama nampak kat blog2 blogger lain, tapi kalini sangkut pulak kat blog ni. Alhamdulillah. Iklan ni pun masih berjoget-joget kat blog ni walaupun dah berminggu berlalu. Terima kasih pada pelawat/pembaca DSG.

uMobile Prepaid Free Meal - bertuah sungguh pengguna line uMobile ni kan? topup prepaid RM50 je, korang akan dapat sebotol air isotonik Revive 500ml + secawan mamee segera secara PERCUMA!

Terima kasih Nuffnang kerana terus mempercayai blog DSG ni. Harap terus mendapat sokongan dari Nuffnang!


* * * * *

Entry patut dah lama di publish, tapi tersimpan dalam draft berminggu lamanya sebab tak berkesempatan untuk siapkan dan publish. So harini nak try pulun setelkan mana yang tertangguh. Mohon maaf ye. Terima kasih pada yang sudi klik iklan2 di blog DSG ni  dan tak lupa juga pada pengiklan utama - NUFFNANG.


Sunday, July 13, 2014

CPUV Nuffnang #5 : Tesco Delivery Lab

ALHAMDULILLAH ...

Terima kasih Nuffnang kerana sekali lagi berikan peluang ini. Tak sangka dah lama, hampir seminggu CPUV ni melekat kat blog DSG tapi baru malam ni aku perasan. Mungkin rezeki kerja baru kerana sama tarikh dengan hari aku lapor diri masuk keje baru .. 070714 .. syukur sangat .. Walaupun ini baru CPUV yang ke-5 tapi cukup buat aku gembira kerana menunjukkan Nuffnang tak lupa kat aku dan blog kecil ni. 



TESCO DELIVERY LAB. Aku pun tak berapa pasti iklan nye macam mana. Macam biasa la bila setiap kali aku dapat CPUV dari Nuffnang, aku akan Google dulu nak tengok apa kata orang lain mengenai iklan tersebut. Sambil-sambil tu aku usha gak, caner rupa iklan ni. Tapi takde pula nampak batang hidung iklan Tesco Delivery Lab ni.

Tapi korang mesti ada dengar mengenai Tesco Online dimana mampu memudahkan kerja-kerja terutamanya para surirumah untuk membeli keperluan dapur hanya dari hujung jari sahaja. Aku dah daftar tapi belum berkesempatan untuk mencuba servis tersebut. Jadi aku sarankan pada mereka-mereka yang rasa selalu tak sempat nak pergi beli barang-barang dapur tu, cuba-cubalah servis Tesco Online ni. Dengarnya bagus! Antara pengalaman dari blogger kita - Sis Maria

Terima kasih Nuffnang kerana masih memberi kepercayaan untuk beriklan di blog DSG ni (^__^)






Sunday, July 6, 2014

CPUV Nuffnang #4 : S&P Food - Coconut Milk Powder

Assalammualaikum wbt



Alhamdulillah! Iklan seterusnya yang diterima dari Nuffnang. Terima kasih sangat-sangat Nuffnang. Bila menjelang raya, santan memang salah satu bahan yang mendapat sambutan tinggi kerana ia juga merupakan salah satu bahan yang melengkapkan masakan/hidangan raya setiap orang.


S&P Coconut Milk Powder - santan serbuk yang boleh dijadikan sebagai bahan pengganti jika santan kelapa ori tak cukup stok. Kakak aku salah seorang pengguna produk ni. Bagi dia, santan segera ni lebih senang didapati dan senang disediakan juga digunakan. Jadi bersiap sedia la stok buat para suri rumah semua ya menjelang Aidilfitri bakal tiba.

Terima kasih Nuffnang. Harap boleh terima lebih banyak iklan dari awak lagi (^_^)



CPUV Nuffnang #3 : IKEA - June Sale Campaign

assalammualaikum wbt ..

ALHAMDULILLAH.

kali ke-3 dapat ni. kalini sangkut pasal IKEA pulak. mentang-mentang raya dah dekat kan. jadi berjoget-joget la iklan IKEA tu. dah hampir seminggu berlari-lari comel kat blog kecil aku ni. tapi aku tak berkesempatan nak update. malam ni aku cuba curi sedikit masa untuk update blog kecil aku ni. kebetulan harini last plak kempen jualan IKEA ni. huhuhu lambatnya aku kan .. maafkan sy NUFFNANG.





tak sangka masih boleh ada yang sangkut kat blog ni. kebetulan masa check Nuffnang, tersangkut pasal iklan IKEA ni .. minggu sebelum tu aku baru je pergi IKEA dengan kakak2 dan abang aku. itu kiranya kali kedua aku masuk IKEA. masa tu pergi sana sebab nak cari kelengkapan rumah untuk along aku. kami plan nak renovate rumah along aku yang padat tu jadi lebih kemas dan nampak lebih luas. along aku duduk flat je. flat yang kecik jadi haruslah di ubah suai jadi nampak luas.

jadi kepada korang yang bercadang nak ubahsuai rumah sempena syawal yang bakal tiba, IKEA lah tempat yang sesuai untuk korang cari segala kelengkapan tu. cepat2 pergi IKEA ye. terima kasih Nuffnang kerana masih sudi iklankan di blog kecil aku (^_^)












Thursday, May 8, 2014

CPUV Nuffnang #2 : Whisper Mesh & Cotton

assalammualaikum wbt ..

sejak dapat BE 1 & BE 2, aku jadi rajin sikit lah nak tengok Nuffnang akaun aku. tapi lately ni memang dah tak dapat tapi aku faham lah kenapa kan. aku pun dah makin kurang update blog ni. blog ni pun takde yang menarik sangat, tu pasal takde loyal readers. sobss..sobss..sobss..



by early of May, of course on the Labour Day right? saje sambil2 cuti tengok Nuffnang lagi..eh ada sangkut 1 BE setelah 4 bulan berlalu 2013. sebak rasa hati mak jemah taw. pastu tanya pakcik Google pasal BE tu. rupanya dah ramai dah heboh sana sini. nak tahu pasaii pa Whisper ni ada kat blog, korang boleh klik kat gambar bawah ni. tu ada gambar blogger comel - Yuyu Zulaikha, dia ada story sket pasaii pa..hehehe



Rupanya Whisper Mesh & Cotton nye BE, ramai blogger dapat dah pun. Aku je yang masih terkial-kial nak publish segala ni lah. Whisper ni aku pernah guna dulu, memang salah satu jenama yang elok la. Pad Whisper ni memang menampung 'benda' tu dari tersasar dari lorongnye. tapi sebab aku ni keluarnye sikit2 je, jadi rasa mcm membazir pulak pakai yg tebal2 ni. whatever it is pon, Whisper memang best!




thank you Nuffnang for the BE!!


pssstt! korang, kalau nampak iklan Whisper ni masih berjoget-joget kat blog ni..tolonglah ek..hehehe


Monday, February 17, 2014

Berjaya !!

Assalammualaikum wbt ..

Sekadar mencuri sedikit ruang masa untuk update. Terlalu lama dah tinggalkan minat menulis dan meluah di sini. Terlalu banyak kekangan. Alhamdulillah .. harini sekadar ingin menyatakan rasa gembira sebab akhirnya berjaya jugak edit semula susun atur iklan Nuffnang tu. Kalau ada yang perasan, tahun ni aku mula tukar layout yang lebih simple dan kosong. Dalam tiada kesemptan untuk aku update sebarang cerita kat blog ni, aku intai2 Nuffnang. Aku pelik kenapa rasa macam kurang sesuatu, belek nye belek rupanya 2 iklan hilang kerana aku tukar template blog aku ni. Adoiii...aku dah pening sebab "Edit HTML" dah tak macam dulu lagi.


#DoveGirlSearch




Duk google sana sini aku tak jumpa pun tutorial yang terkini. Haish hentam je la kan .. dari 3 jenis ads yang ada tu, cuma tinggal jenis Skyscraper tu je. So yang Leaderboard & Large Rectangle tu "try & error" je la buat sebentar tadi. Alhamdulillah, berjaya!! Hahahahahaha tu je nak cerita petang ni, terima kasih pada yang sudi baca dan masih jalan-jalan kat blog ni. Peace!






Thursday, November 14, 2013

CPUV Nuffnang #1 : INTI Cycle 1 Degree Campaign


Assalammualaikum wbt ...


Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah ..
Bersyukur dengan apa yang dapat sekarang ni .. Walaupun semakin jarang update blog, tapi Nuffnang yang baik hati masih lagi bagi ads kat blog ni. Sebenarnya nak post dari hari pertama dapat tahu ada iklan yang lekat kat blog ni, tapi tak sempat. So harini, cuba jugak lah berkongsi kegembiraan yang tak seberapa ni. Yelah, blog ni faham-faham je la bagaimana penulisan dan isinya kan? Jadi bila dah dapat tu, sangat gembira taw dan hari-hari sekarang ni mesti akan buka laman web Nuffnang. Harini genap 2 minggu iklan tu berlari berkejaran dalam blog ni. Hehehehe, and still on going. 



Takdelah banyak sangat dapat dikumpul lagi sekarang ni, tapi harap sangat-sangat visitors blog ni rajin-rajin la klik iklan-iklan dalam blog ni ye. Insyaa Allah, empunya blog ni akan lebih rajin untuk update blog kelak kerana sesuatu bakal terjadi menjelang tahun hadapan, 2014. Huhuhuhu .. korang jangan segan-segan ye menderma ..

Terima kasih Nuffnang!!


Wednesday, October 16, 2013

Rezeki dari Nuffnang


Assalammualaikum wbt ..

Sebenarnya dah lama nak post tentang CPUV ciput aku ni sebab tetiba muncul dalam Nuffnang akaun aku ni. Biasalah orang tak pernah-pernah dapat, tambah pulak semakin jarang update blog kan. Mahu lah terkejut kucing jap, acaner boleh dapat CPUV ni. Selalu tengok-tengok akaun ada CPC je, sekali jenguk intai sikit eh, eh, eh ada CPUV pulak kalini. Walau pun tak banyak macam blogger lain. Alhamdulillah, ada jugaklah rezeki sikit kan. Terima kasih pada yang sudi klik iklan Nuffnang aku tuh. 



Tengok tu, 9 Sept 2013 pulak tu. Sama tarikh pulak dengan hari lahir abah aku. Boleh la dapat ciput sikit, hehehehe rezeki birthday abah kot. Tapi ... juga sama tarikh dengan pemergian arwah abang ipar aku. Selalu begini taw, untuk bulan lepas mesti aku akan perasan bulan berikutnya.

Eh, korang perasan tak iklan Nuffnang kebelakangan ni semakin menarik je kan? Korang ikhlas-ikhlaskan la untuk rajin klik iklan nuffnang bila singgah masuk blog aku ye. Terima kasih pada yang membantu aku  (^_^)

Terima kasih Nuffnang! Silalah bagi lagi iklan yang menarik-menarik.


Sahabat Sakura

They're G+