Pages

Showing posts with label CPC Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label CPC Nuffnang. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

CPUV Nuffnang #2 : Whisper Mesh & Cotton

assalammualaikum wbt ..

sejak dapat BE 1 & BE 2, aku jadi rajin sikit lah nak tengok Nuffnang akaun aku. tapi lately ni memang dah tak dapat tapi aku faham lah kenapa kan. aku pun dah makin kurang update blog ni. blog ni pun takde yang menarik sangat, tu pasal takde loyal readers. sobss..sobss..sobss..



by early of May, of course on the Labour Day right? saje sambil2 cuti tengok Nuffnang lagi..eh ada sangkut 1 BE setelah 4 bulan berlalu 2013. sebak rasa hati mak jemah taw. pastu tanya pakcik Google pasal BE tu. rupanya dah ramai dah heboh sana sini. nak tahu pasaii pa Whisper ni ada kat blog, korang boleh klik kat gambar bawah ni. tu ada gambar blogger comel - Yuyu Zulaikha, dia ada story sket pasaii pa..hehehe



Rupanya Whisper Mesh & Cotton nye BE, ramai blogger dapat dah pun. Aku je yang masih terkial-kial nak publish segala ni lah. Whisper ni aku pernah guna dulu, memang salah satu jenama yang elok la. Pad Whisper ni memang menampung 'benda' tu dari tersasar dari lorongnye. tapi sebab aku ni keluarnye sikit2 je, jadi rasa mcm membazir pulak pakai yg tebal2 ni. whatever it is pon, Whisper memang best!




thank you Nuffnang for the BE!!


pssstt! korang, kalau nampak iklan Whisper ni masih berjoget-joget kat blog ni..tolonglah ek..hehehe


Monday, February 17, 2014

Berjaya !!

Assalammualaikum wbt ..

Sekadar mencuri sedikit ruang masa untuk update. Terlalu lama dah tinggalkan minat menulis dan meluah di sini. Terlalu banyak kekangan. Alhamdulillah .. harini sekadar ingin menyatakan rasa gembira sebab akhirnya berjaya jugak edit semula susun atur iklan Nuffnang tu. Kalau ada yang perasan, tahun ni aku mula tukar layout yang lebih simple dan kosong. Dalam tiada kesemptan untuk aku update sebarang cerita kat blog ni, aku intai2 Nuffnang. Aku pelik kenapa rasa macam kurang sesuatu, belek nye belek rupanya 2 iklan hilang kerana aku tukar template blog aku ni. Adoiii...aku dah pening sebab "Edit HTML" dah tak macam dulu lagi.


#DoveGirlSearch




Duk google sana sini aku tak jumpa pun tutorial yang terkini. Haish hentam je la kan .. dari 3 jenis ads yang ada tu, cuma tinggal jenis Skyscraper tu je. So yang Leaderboard & Large Rectangle tu "try & error" je la buat sebentar tadi. Alhamdulillah, berjaya!! Hahahahahaha tu je nak cerita petang ni, terima kasih pada yang sudi baca dan masih jalan-jalan kat blog ni. Peace!






Thursday, November 14, 2013

CPUV Nuffnang #1 : INTI Cycle 1 Degree Campaign


Assalammualaikum wbt ...


Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah ..
Bersyukur dengan apa yang dapat sekarang ni .. Walaupun semakin jarang update blog, tapi Nuffnang yang baik hati masih lagi bagi ads kat blog ni. Sebenarnya nak post dari hari pertama dapat tahu ada iklan yang lekat kat blog ni, tapi tak sempat. So harini, cuba jugak lah berkongsi kegembiraan yang tak seberapa ni. Yelah, blog ni faham-faham je la bagaimana penulisan dan isinya kan? Jadi bila dah dapat tu, sangat gembira taw dan hari-hari sekarang ni mesti akan buka laman web Nuffnang. Harini genap 2 minggu iklan tu berlari berkejaran dalam blog ni. Hehehehe, and still on going. 



Takdelah banyak sangat dapat dikumpul lagi sekarang ni, tapi harap sangat-sangat visitors blog ni rajin-rajin la klik iklan-iklan dalam blog ni ye. Insyaa Allah, empunya blog ni akan lebih rajin untuk update blog kelak kerana sesuatu bakal terjadi menjelang tahun hadapan, 2014. Huhuhuhu .. korang jangan segan-segan ye menderma ..

Terima kasih Nuffnang!!


Wednesday, October 16, 2013

Rezeki dari Nuffnang


Assalammualaikum wbt ..

Sebenarnya dah lama nak post tentang CPUV ciput aku ni sebab tetiba muncul dalam Nuffnang akaun aku ni. Biasalah orang tak pernah-pernah dapat, tambah pulak semakin jarang update blog kan. Mahu lah terkejut kucing jap, acaner boleh dapat CPUV ni. Selalu tengok-tengok akaun ada CPC je, sekali jenguk intai sikit eh, eh, eh ada CPUV pulak kalini. Walau pun tak banyak macam blogger lain. Alhamdulillah, ada jugaklah rezeki sikit kan. Terima kasih pada yang sudi klik iklan Nuffnang aku tuh. 



Tengok tu, 9 Sept 2013 pulak tu. Sama tarikh pulak dengan hari lahir abah aku. Boleh la dapat ciput sikit, hehehehe rezeki birthday abah kot. Tapi ... juga sama tarikh dengan pemergian arwah abang ipar aku. Selalu begini taw, untuk bulan lepas mesti aku akan perasan bulan berikutnya.

Eh, korang perasan tak iklan Nuffnang kebelakangan ni semakin menarik je kan? Korang ikhlas-ikhlaskan la untuk rajin klik iklan nuffnang bila singgah masuk blog aku ye. Terima kasih pada yang membantu aku  (^_^)

Terima kasih Nuffnang! Silalah bagi lagi iklan yang menarik-menarik.


Sahabat Sakura

They're G+