Pages

Thursday, May 8, 2014

Tip : Untuk Menjadikan Telefon Android Anda Menjadi Lebih Laju

Assalammualaikum wbt ..

Terpandang di muka utama Yahoo! jadi saje lah nak berkongsi kat sini, kot kelak bermanfaat buat diri sendiri. Sekarang ni guna henpon biasa2 je kan.



Mana-mana telefon Android mempunyai banyak ciri menarik namun pada sama ia juga mengakibatkan gajet anda semua menjadi perlahan. Antara tip yang boleh diambil kira bagi menjadikan telefon Android anda lebih laju seperti berikut:

  • Tutup 'animation' pada app yang menggunakan kelajuan telefon. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi Settings > Display > Animation dan kemudiannya anda klik pada No Animations
  • Tutup plug-in untuk pelayar atau browser anda. Caranya adalah buka browser internet, Settings > enable plug-ins kemudian klik Off
  • Sila muat turun Launcher pihak ketiga – Launcher Pro yang melajukan operasi skrin terutama ketika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain.
  • Tutup Wallpaper iaitu animasi pada background telefon anda yang sentiasa beroperasi ketika telefon berada dalam mod aktif. Caranya termasuk klik pada butang utama dan cari Live Wallpapers, kemudian anda klik butang tersebut dan gantikannya pada wallpaper yang statik saja.
  • Hadkan wijet yang ada pada Homescreen anda. Keluarkan wijet seperti Facebook atau Twitter atau Instagram dan pastikan hanya keperluan komunikasi saja kerana setiap kali telefon dibuka, ia akan membaca semua data dalam wijet yang dipaparkan di Homescreen. Daripada biarkan satu aplikasi pada skrin utama, masukkan semua aplikasi dalam satu folder.
  • Hadkan aplikasi yang dimuat turun. Untuk melakukannya anda perlu klik pada Settings > Application dan kemudian padam aplikasi yang jarang kita guna.
  • Kurangkan update atau kemaskini data pada telefon. Caranya, masuk ke Account & Sync kemudian nyahaktif sync aplikasi seperti Twitter dan Facebook yang banyak menggunakan data untuk kemaskini yang memperlahankan telefon anda. Jangan terlalu sync banyak aplikasi dan amalkan kaedah sync ketika anda membukanya saja. 


Amacam ok x? Korang try la ye..sambil2 melihat iklan2 telefon kat bawah ni.


CPUV Nuffnang #2 : Whisper Mesh & Cotton

assalammualaikum wbt ..

sejak dapat BE 1 & BE 2, aku jadi rajin sikit lah nak tengok Nuffnang akaun aku. tapi lately ni memang dah tak dapat tapi aku faham lah kenapa kan. aku pun dah makin kurang update blog ni. blog ni pun takde yang menarik sangat, tu pasal takde loyal readers. sobss..sobss..sobss..



by early of May, of course on the Labour Day right? saje sambil2 cuti tengok Nuffnang lagi..eh ada sangkut 1 BE setelah 4 bulan berlalu 2013. sebak rasa hati mak jemah taw. pastu tanya pakcik Google pasal BE tu. rupanya dah ramai dah heboh sana sini. nak tahu pasaii pa Whisper ni ada kat blog, korang boleh klik kat gambar bawah ni. tu ada gambar blogger comel - Yuyu Zulaikha, dia ada story sket pasaii pa..hehehe



Rupanya Whisper Mesh & Cotton nye BE, ramai blogger dapat dah pun. Aku je yang masih terkial-kial nak publish segala ni lah. Whisper ni aku pernah guna dulu, memang salah satu jenama yang elok la. Pad Whisper ni memang menampung 'benda' tu dari tersasar dari lorongnye. tapi sebab aku ni keluarnye sikit2 je, jadi rasa mcm membazir pulak pakai yg tebal2 ni. whatever it is pon, Whisper memang best!




thank you Nuffnang for the BE!!


pssstt! korang, kalau nampak iklan Whisper ni masih berjoget-joget kat blog ni..tolonglah ek..hehehe


Sahabat Sakura

They're G+