Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Tip : Untuk Menjadikan Telefon Android Anda Menjadi Lebih Laju

Assalammualaikum wbt ..

Terpandang di muka utama Yahoo! jadi saje lah nak berkongsi kat sini, kot kelak bermanfaat buat diri sendiri. Sekarang ni guna henpon biasa2 je kan.



Mana-mana telefon Android mempunyai banyak ciri menarik namun pada sama ia juga mengakibatkan gajet anda semua menjadi perlahan. Antara tip yang boleh diambil kira bagi menjadikan telefon Android anda lebih laju seperti berikut:

  • Tutup 'animation' pada app yang menggunakan kelajuan telefon. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi Settings > Display > Animation dan kemudiannya anda klik pada No Animations
  • Tutup plug-in untuk pelayar atau browser anda. Caranya adalah buka browser internet, Settings > enable plug-ins kemudian klik Off
  • Sila muat turun Launcher pihak ketiga – Launcher Pro yang melajukan operasi skrin terutama ketika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain.
  • Tutup Wallpaper iaitu animasi pada background telefon anda yang sentiasa beroperasi ketika telefon berada dalam mod aktif. Caranya termasuk klik pada butang utama dan cari Live Wallpapers, kemudian anda klik butang tersebut dan gantikannya pada wallpaper yang statik saja.
  • Hadkan wijet yang ada pada Homescreen anda. Keluarkan wijet seperti Facebook atau Twitter atau Instagram dan pastikan hanya keperluan komunikasi saja kerana setiap kali telefon dibuka, ia akan membaca semua data dalam wijet yang dipaparkan di Homescreen. Daripada biarkan satu aplikasi pada skrin utama, masukkan semua aplikasi dalam satu folder.
  • Hadkan aplikasi yang dimuat turun. Untuk melakukannya anda perlu klik pada Settings > Application dan kemudian padam aplikasi yang jarang kita guna.
  • Kurangkan update atau kemaskini data pada telefon. Caranya, masuk ke Account & Sync kemudian nyahaktif sync aplikasi seperti Twitter dan Facebook yang banyak menggunakan data untuk kemaskini yang memperlahankan telefon anda. Jangan terlalu sync banyak aplikasi dan amalkan kaedah sync ketika anda membukanya saja. 


Amacam ok x? Korang try la ye..sambil2 melihat iklan2 telefon kat bawah ni.


Friday, November 18, 2011

Tips untuk tidak menjadi PELUPA

Assalammualaikum dan selamat petang..

Korang pernah tak alami situasi di mana, korang dah ambil kunci rumah then simpan dalam poket seluar/baju..lepas tu korang pergilah buat pape kerja sikit..selepas beberapa ketika,korang teringat tentang kunci rumah tu tetapi korang dah tak ingat mana korang letak...pernah tak?pernah tak?Rasa macam bodoh sangat je kan..pelupa betul..ish,Arul selalu marah diri sendiri bila terjadi perkara macam ni..huhuhu

Time study dulu gini lah..main tampal2 notes kecik2 kat board kan..konon nak ingat sangat takot lupa pape tarikh penting (exam,test,dateline asgment..etc)..tapi paling tak boleh blah,kad matrik dah tergantung kat leher pun boleh tak perasan..lagi mau menggelabah cari !

Ok lah,Arul terjumpa notes lama2 Arul..sekarang pulak tengah musim peperiksaan penting student2 SM dan IPTA/IPTS kan..so tergerak hati la nak berkongsi sedikit tips..maaf jika agak terlambat..
 
 

Let's check it out !

*      Elakkan makan kepala ikan
*      Elakkan makan “bahan dalaman
*      Elakkan minum semasa makan
*      Elakkan minum atau makan makanan yang tercemar dengan semut
*      Elakkan makan sehingga menjadi terlalu kenyang
*      Elakkan kencing berdiri
*      Elakkan melihat kemaluan
*      Elakkan membaca nama di batu nisan
*      Elakkan dari sering melihat buih
*      Banyakkan makan makanan yang mengandungi kacang soya seperti tempe, tauhu, taufu fah, air tauhu, dll
*      Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
*      Banyakkan makan buah badam dan juga kacang yang lain
*      Memakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

 Oklah, tu saja yang dapat Arul kongsikan..harap2 boleh lah dijadikan amalan yang berguna sepanjang masa..

Sahabat Sakura

They're G+