Pages

Showing posts with label susu HL. Show all posts
Showing posts with label susu HL. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Marigold HL Milk - The Perfect Balance of Highs & Lows


Assalammualaikum wbt ..

2 bulan lalu arul ada buat entri minuman kesihatan arul .. bila arul hilang selera makan ..


*****************************************



*****************************************

Dengan minuman ni saje, dah dapat cover lapar arul untuk sehari suntuk .. huhuhu .. mana la tak turun berat arul dan susut badan nih .. tapi arul tak boleh lebih dari seminggu tak makan nasi .. nanti tangan akan shaking macam orang sakit Parkinson .. hehehehe .. tak pun, arul akan gantikan dengan makan mihun ke .. roti Butterscotch ke .. nyum3 .. sedapnye~


***************************************

Susu Marigold HL mempunyai nutrien seimbang yang sempurna bagi setiap ahli keluarga.  Tinggi dengan kalsium dan protein, rendah lemak dan laktosa dan juga diperkaya dengan 9 vitamin (A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan Asid Folik), Marigold HL menyediakan protein 56% lebih daripasa susu penuh krim biasa.  Ini merupakan imbangan yang sempurna tinggi dan rendah nutrien dalam membuat pilihan yang ideal untuk menjadikan gaya hidup anda sihat.

****************************************




****************************************

Korang pun tahu kan susu ni mengandungi kalsium yang elok untuk tulang-temulang kita dan juga kekuatan gigi-gigi kita .. so arul tak perlu la nak cakap banyak tentang kalsium nih .. tapi kalau nak tahu lebih sikit .. klik je kat LEMBU atas tuh .. pose comel punya macam LEMBU CISDEL ..


Pelik ke bila arul buat entri tentang ni eh? Sebenarnya takde sebab nak promosi atau apa pun .. cuma tetiba tergerak hati nak berkongsi khasiat dan kebaikan susu ni pada korang .. Lagipun, arul tengok semakin kurang dah budak2 atau pun orang dewasa nak minum susu ni .. tak tahu lah kenapa ..

Sebenarnya, berhari jugak arul ambil masa nak siapkan entri ni .. hehehhehehe .. jenuh fikir ayat dan perah idea .. dah lama tak minum susu ni .. rindu nyeeeeeeeeeee ....... terima kasih Marigold HL yang menyediakan keperluan kesihatan yang seimbang pada saya .. hehehehehe.





*** HARAP MAKLUM, INI BUKAN ENTRI BERBAYAR TAPI SEKADAR BERKONGSI***





sumber : Marigold HL

Wednesday, March 7, 2012

Susu HL yang penuh dengan KHASIAT


Assalammualaikum wbt (^_^)

Kalini arul cuma nak ingatkan kawan2 kat luar sana...SUSU tu baik untuk kesihatan, menguatkan tulang dan menguatkan gigi..hehehehe..

Harini arul berniat nak setelkan kerja2 yang bertangguh semalam gara2 arul ambil cuti sehari..huhuhu..cuti menenangkan fikiran dan badan..Semangat giler kot..bangun awal, datang kerja awal sikit dari selalu (ngeh3)..


Haaaa !! Inilah menu makan tengahari arul siang tadi..huhuhu..tetiba je arul hilang selera selepas texting dengan My Prince jam 1pm tadi..kepala pun buat hal sikit..hmm terus cancel nak keluar lunch dengan adik ofis tu..sian dy..tapi takpe..pakwe dy kan ada untuk teman sentiasa..hehehehe..Dari jam 2pm hinggalah 6pm, arul minum susu ni je..disebabkan banyak sangat kerja so arul sempat minum separuh kotak je lah..selebihnya arul bawa balik rumah dan sambung minum kat rumah pulak..hmm serasanya..memang ini lah yang akan jadi rutin pada arul kot selepas ni..

Kenapakah entah lah..(maaf,ayat tunggang langgang..weeee~)..harini terasa rindu sangat2 pada My Prince..rasa nak menangis tadi..niat dihati tak nak dy tahu..yela,sape lah diri ini kan nak merindui dirinya yang sudah berpunya..apatah lagi mengalirkan air mata kerana dy..tapi lagi arul tahan, lagi arul sakit..jadi arul pun texting bagitahu dy jugak..biarlah apa pun tanggapan dy pada arul..perasaan ini ikhlas..lebih ikhlas dari dulu..dan lebih ikhlas dari sape2 pun dy kenal..(insya'allah)


" Ya ALLAH, aku hambaMu yang tersangat hina ini bermohon perlindungan dariMu..ku mohon dirinya sentiasa di bawah lindungan Mu Ya Allah..semoga dy berjaya mencapai cita-citanya " amiin~

Sahabat Sakura

They're G+