Pages

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

KESIHATAN : Kebaikan Mandi Malam

Assalammualaikum wbt

Harini nak kongsi info kesihatan mengenai MANDI MALAM. Rata-rata kita rasanya dah lama dimomokkan mengenai - kalau mandi malam, kemungkinan terdedah pada risiko penyakit paru-paru berair. Seorang teman lama, selalu pulang kerja sampai malam dan wajib bagi dia untuk mandi dulu bersihkan badan. Kadang yang buat saya risau, dia ni kalau mandi memang tak sah kalau tak mandi sampai sejam. Arwah abang long pulak, selalu keluar pergi kerja awal pagi (sebelum aku bangun mandi lagi) dan pulang dari kerja lewat malam (biasanya masa tu aku dah siap2 nak masuk tido pun). Jadi sebelum tido, arwah akan mandi dulu. Jadi momokan yang mengatakan mandi malam boleh memberi risiko untuk mendapat paru-paru berair tu adalah benar bila 2 orang yang aku sayang ni pernah kena paru-paru berair.




Walau bagaimanapun, bila aku terlihat kan artikel kesihatan mengenai manfaat mandi malam ni tiba-tiba aku jadi bingung. Eh, ada manfaat pulak mandi malam ni ye? Jom baca sampai habis ye artikel mengenai "Manfaat Mandi Malam" ni.

Tahukah korang bahawa tiada lagi bidang perubatan yang membuktikan bahawa dengan mandi malam boleh menyebabkan masalah paru-paru berair. Sebaliknya terdapat kebaikan yang anda peroleh sekiranya mandi malam. Oleh itu, harini aku nak berkongsi dengan korang tentang kelebihan mandi malam yang akan korang dapat.


FIKIRAN MENJADI LEBIH TENANG


Biasanya, mandi pada waktu pagi akan membuatkan kita tertekan kerana mengejar masa untuk ke pejabat/kelas. Tetapi kita tak perlu memikirkannya apabila mandi pada waktu malam. Malahan, kita boleh mandi dengan lebih tenang.


TURUNKAN TEKANAN DARAH

Mandi pada waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah anda. Apatah lagi dengan mandi menggunakan air suam. Selain itu, mandi malam juga dapat mengelakkan kita daripada tekanan kerja-kerja rutin seharian.


MEREGANGKAN OTOT


Sesetengah otot agak tengang kerana seharian melakukan aktiviti. Maka, mandi selepas pulang dari pejabat dapat membantu mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.


SEGAR DAN SANTAI


Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk. Jadi, mandi selepas pulang dari pejabat akan membuatkan diri lebih santai dan badan bertambah segar. Malah badan yang bersih serta segar akan membuatkan tidur kita lebih nyenyak.


MASA LEBIH LAMA


Ketika mandi malam, kita mempunyai masa yang lebih lama berbanding mandi pada waktu pagi. Pada waktu ini kita mungkin boleh melakukan lulur atau masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan. Secara ringkasnya kita dapat membersihakan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu, badan kita lebih bersih dan sihat.



Jadi rasanya memang tak salah pun untuk mandi malam cuma dinasihatkan jangan ambil masa yang terlalu lama berendam dalam air kot. Hehehe~ Aku pun kadang mandi malam jugak, tapi kalau dah panas sangat2.



SUMBER INFO : YAHOO
SUMBER GAMBAR : GOOGLE

KESIHATAN : Manfaat Lemon Pada Tubuh Badan

Assalammualaikum wbt ..


Lemon. Sejenis buah sitrus yang menjadi kegemaran aku selain limau nipis mahupun limau kasturi. Sama ada perahan lemon yang dicampur bersama 2 sudu madu asli segar dari Cameron Highlands, ataupun secawan jus lemon yang dicampur dengan sedikit air suam - keduanya menjadi kegemaran aku untuk memulakan hari. Jus lemon membuatkan aku berasa cukup segar untuk memulakan hari.

Rata-rata kita rakyat Malaysia tak sah kalau mengambil sarapan pagi dengan menu-menu yang agak berat. Dengan alasan, sarapan itu wajib diambil setiap pagi untuk kesihatan. Namun, masing-masing terlupa ayat seterusnya yang mungkin mengatakan bahawa - sarapan adalah wajib diambil tetapi kuantiti pengambilan setiap menu harus diawasi kandungan lemak, karbohidrat dan gula.

Cuba kita tukar rutin harian menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi kita dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut. Di bawah terdapat beberapa kebaikan pengambilan lemon dalam kehidupan seharian kita untuk kesihatan diri kita.


Menambahkan tahap ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan vitamin C dan juga Potassium yang amat diperlukan oleh badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Potassium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat  baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan beralkali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisma kita meningkat). Jika korang nak tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan kerana lemon mempunyai khasiat serat pektin yang tinggi dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.


Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tips ini kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik). Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum minuman begitu, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita dedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Pe-nyah-dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan menyah-hidrasi. Apabila badan anda mengalami hidrasi, anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.


Dulu pernah lah jugak buat, setiap pagi mesti buat secawan jus lemon campur dengan 2 sudu madu - sebelah pagi sebelum pergi kerja. Then buat jus lemon ais secawan - sebelah malamnya. Memang menyegarkan diri. Mula-mula nak amalkan pengambilan lemon dalam rutin harian sebab nak turunkan berat, tapi lama-lama rasa macam dah addicted pun ada. Apa-apa pun lemon ni memang best! Mari amalkan sama-sama ya.



SUMBER INFO : YAHOO
SUMBER GAMBAR : GOOGLE









Saturday, May 31, 2014

KESIHATAN : 7 Perkara Harus Dielakkan Selepas Makan

bismillah ...
assalammualaikum wbt ...

memandangkan ini adalah blog personal, jd pada aku apa yang aku publishkan kat sini biasanya untuk perkongsian bersama, peringatan bersama, dan juga bagi manfaat bersama. kalini aku nak kongsi INFO KESIHATAN tentang beberapa perkara yang biasa kita lakukan tapi sebenarnya kita perlu elakkan selepas makan. sumber diperolehi dari Yahoo!


Sumber Yahoo!

GAMBAR HIASAN


1) Jangan merokok
Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru. 




GAMBAR HIASAN

2) Jangan makan buah
Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan. 

GAMBAR HIASAN

3) Jangan minum teh
Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan. 


GAMBAR HIASAN

4) Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang. 


GAMBAR HIASAN

5) Jangan mandi
Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah. 


GAMBAR HIASAN

6) Jangan banyak berjalan
Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan. 


GAMBAR HIASAN

7) Jangan tidur 
Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.


SUMBER INFO : YAHOO
SUMBER GAMBAR : GOOGLE


Monday, May 19, 2014

KESIHATAN : 25 Jenis Makanan Bantu Turunkan Berat Badan

assalammualaikum wbt ..

www.themedwire.co.uk

selamat pagi dan selamat memulakan kerja untuk minggu baru. sebenarnya harini nak tulis pasal lain tapi tadi 'bersiar-siar' jap di alam maya, saya terjumpa informasi yang agak berguna untuk dikongsi bersama. lagipun alang-alang saya pun sedang berusaha untuk turunkan berat badan dan kecilkan certain part yang perlu. maka saya rasa perkongsian ni bukan saja bermanfaat untuk korang tapi untuk saya juga.

macam skema sangat je ayat2 kat atas ni kan? ha ha ha..actually i am a bit stress lately ni sebab bukan berat je dah berkilo-kilo naik tapi lemak ternakan pun dah makin mengembang. jadi nampak certain part yang mengembang bak terlebih ibu roti. sebelum ni aku rilex je berat naik setakat sekilo dua, tapi biasalah kan faktor stress ni bukan dari sendiri tapi lebih pada teguran-teguran orang sekeliling. wuwuwuwuwu sedih taw!

www.weddingwod.com

ada la jugak aku ikut sikit2 cara pemakanan yang disarankan tapi masih belum berjaya sebab banyak menipu kan. hehehehe. kakak dah masak, kang tak makan, kecik hati pulok. ramai dah biasa tengok aku .. bukanlah slim pun tapi nampakla certain part yang dah menyusut dengan jayanya tanpa aku sedar pun .. so bila lama tak jumpa pastu tengok aku dah membesar bagaikan juara .. mau tak bertubi-tubi soalan "ha kenapa dah mengembang?" ni .. hanya mampu tersenyum kelat je. sori2 panjang plak intro aku. meh aku kongsi kat korang 25 jenis makanan yang dapat bantu korang turunkan berat ye. artikel ni in english, so aku terjemahkan dalam bahasa supaya mudah dibaca dan diingat. so kalau ada ayat pelik sikit tu, harap maafkan aku ye.



1. Pisang
Mereka mungkin merasa berat, tetapi pisang tidak membuat anda menambah berat badan. Sebaliknya, mereka sarat dengan serat dan kalium , yang membantu melegakan pengekalan air.

2. Tembikai
Tembikai penuh dengan kalium anti- kembung, rendah kalori, dan mempunyai kandungan air yang tinggi, jadi anda boleh makan dengan banyak.

3. Sayur-sayuran berdaun
Sesetengah sayuran , seperti tauge , dipenuhi dengan nutrien penting, tetapi masih membuat anda lapar. Sayur-sayuran hijau , seperti bayam, dan salad tidak buat anda gemuk seperti yang dikata. Mereka semua super - rendah cal , sarat dengan serat, dan membantu mengurangkan pengekalan air.

4. Minyak zaitun
Walaupun ia tidak disahkan secara saintifik, ada beberapa bukti bahawa sejumlah kecil minyak zaitun boleh membantu mengurangkan lemak perut. Ini kerana ia mengandungi bahan kimia yang dipanggil asid oleik , yang membantu memecahkan lemak di dalam badan.

5. Roti kasar
Anda sudah tahu untuk menjauhkan diri dari roti putih diproses - semua gula yang menyebabkan tahap gula darah anda untuk kenaikan dan kemudian menjunam , menjadikan anda lapar lagi cepat. Tetapi roti gandum penuh dengan serat, yang menstabilkan tahap gula dalam darah untuk memastikan anda penuh.

6. Artichokes (yg ni aku x berapa pasti apa dia)
Ia bersaiz sederhana mempunyai 7 gram serat - hampir 30 peratus daripada elaun harian yang disyorkan - untuk membantu bunyi letusan kecil sistem penghadaman anda bersama-sama dengan baik.

7. Avokado
Buah ini dipenuhi dengan sihat , mengisi lemak monotaktepu . Merebak pada roti gandum untuk alpukat roti bakar, atau keping sehingga separuh alpukat dan campuran ke dalam mana-mana salad.

8. Beras perang
Ia karbohidrat kompleks, beras perang mengambil masa yang lama untuk dihadam , membantu untuk membuat anda penuh. Masak ia dan tukar dengan beras putih dalam sushi.

9. Lentil
Pertimbangkan lentil perut - pemangkasan trifecta muktamad - ia penuh dengan protein , serat, dan karbohidrat kompleks, semua yang membantu anda langsing .

10. Kimchi
Ini makanan ruji rakyat Korea dimana makanan ini diperam - lain-lain termasuk sauerkraut , jeruk, dan tempe - bermakna ia penuh dengan probiotik untuk membantu meningkatkan baik, penghadaman - saluran penyembuhan- bakteria usus .

11. Bijirin Oat
Bahan rahsia? Serat, yang membantu menjaga anda penuh tanpa engahan anda. Taburkan pada kayu manis dan sarapan pagi dihidangkan.

12. Yogurt Probiotik
Ia dipenuhi dengan bakteria baik yang membantu menggalakkan kesihatan usus dan membuat saluran penghadaman anda berjalan dengan lebih lancar. Hasilnya, anda akan kurang terdedah kepada gas dan kembung perut.

13. Ikan lemak
Mereka seperti salmon dan ikan kembung dipenuhi dengan sihat , mengisi omega -3 asid lemak, yang adalah lemak struktur, tidak lemak simpanan , jadi mereka kurang cenderung untuk disimpan di dalam lapisan perut.

14. Epal
Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa noshing pada epal sebelum makan boleh membantu anda makan kurang kemudian, terima kasih kepada serat pengisian itu.

15. Timun
Ini sayuran rangup mempunyai sedikit kalori dan diuretik semulajadi , bermakna ia membantu mengusir berat air yang berlebihan.




16. Tomato
Buah-buahan ini super - rendah cal kaya dengan kalium , yang membantu mengelakkan badan anda daripada perut kembung kerana natrium. Tambahan , mereka telah didapati untuk menterbalikkan rintangan leptin . Sejak leptin membantu mengawal selera anda , adalah penting untuk garis pinggang anda bahawa badan anda menghasilkan jumlah yang cukup.

17. Beri
Hello, musim panas! Beri adalah penuh dengan serat dan antioksidan , ditambah mereka rendah cal. Makan mereka solo atau menggunakannya sebagai topping untuk yogurt atau bijirin.

18. Saderi
Sejak ia dipenuhi dengan air, saderi membantu badan anda mengusir cecair tambahan , yang membuat perut anda kelihatan mendatar.

19. Asparagus
Sayur ini mengandungi kalium , yang membantu mengeluarkan cecair yang berlebihan dari badan anda. Makan mentah atau taburkan dengan garam , lada hitam dan minyak zaitun dan melemparkan mereka di panggangan.

20. Terung
Sayuran ini adalah sangat rendah dalam natrium dan tinggi di dalam air.

21. Tembikai
Ini buah-buahan merah penuh dengan air , jadi anda boleh makan banyak daripadanya.

22. Badam
Badam sarat dengan protein, membuat ia merupakan makanan ringan petang yang hebat. Hanya pastikan anda melekat dengan jenis semula jadi dan membataskan diri anda dengan hidangan satu auns (kira-kira bernilai pukulan - kaca) .

23. Telur
Semua sains terkini menunjukkan bahawa mempunyai dua telur untuk sarapan pagi boleh membantu anda makan kurang sepanjang hari. Ini kerana mereka dipenuhi dengan protein.

24. Udang
Seperti telur , udang dipenuhi dengan protein. Kerang ini juga super - rendah cal , jadi anda boleh makan sehingga anda berpuas hati .

25. Air Lemon
Ia kedengaran hampir terlalu jelas, tetapi serius, kerja-kerja air . Penghidratan menyingkirkan natrium berlebihan dari badan anda untuk meleperkan perut dan lemon anda melegakan sistem pencernaan anda , yang membantu anda mengusir kelaparan selama-lamanya.


Sumber Yahoo!







Wednesday, March 7, 2012

Susu HL yang penuh dengan KHASIAT


Assalammualaikum wbt (^_^)

Kalini arul cuma nak ingatkan kawan2 kat luar sana...SUSU tu baik untuk kesihatan, menguatkan tulang dan menguatkan gigi..hehehehe..

Harini arul berniat nak setelkan kerja2 yang bertangguh semalam gara2 arul ambil cuti sehari..huhuhu..cuti menenangkan fikiran dan badan..Semangat giler kot..bangun awal, datang kerja awal sikit dari selalu (ngeh3)..


Haaaa !! Inilah menu makan tengahari arul siang tadi..huhuhu..tetiba je arul hilang selera selepas texting dengan My Prince jam 1pm tadi..kepala pun buat hal sikit..hmm terus cancel nak keluar lunch dengan adik ofis tu..sian dy..tapi takpe..pakwe dy kan ada untuk teman sentiasa..hehehehe..Dari jam 2pm hinggalah 6pm, arul minum susu ni je..disebabkan banyak sangat kerja so arul sempat minum separuh kotak je lah..selebihnya arul bawa balik rumah dan sambung minum kat rumah pulak..hmm serasanya..memang ini lah yang akan jadi rutin pada arul kot selepas ni..

Kenapakah entah lah..(maaf,ayat tunggang langgang..weeee~)..harini terasa rindu sangat2 pada My Prince..rasa nak menangis tadi..niat dihati tak nak dy tahu..yela,sape lah diri ini kan nak merindui dirinya yang sudah berpunya..apatah lagi mengalirkan air mata kerana dy..tapi lagi arul tahan, lagi arul sakit..jadi arul pun texting bagitahu dy jugak..biarlah apa pun tanggapan dy pada arul..perasaan ini ikhlas..lebih ikhlas dari dulu..dan lebih ikhlas dari sape2 pun dy kenal..(insya'allah)


" Ya ALLAH, aku hambaMu yang tersangat hina ini bermohon perlindungan dariMu..ku mohon dirinya sentiasa di bawah lindungan Mu Ya Allah..semoga dy berjaya mencapai cita-citanya " amiin~

Friday, December 9, 2011

Tekanan Darah Rendah (Hypotension)

Assalammualaikum..

Harini tiba-tiba Arul tergerak hati nak berkongsi info kesihatan ni..sebab Arul sendiri pernah alami dulu-dulu..sekarang pun ada masalah kesihatan jugak..tapi jarang-jarang dah..migrin je yang selalu dapat. Harini Arul cuma nak berkongsi info tentang Tekanan Darah Rendah atau Low Blood Pressure atau pun Hypotension. Kebiasaan yang kita dengar adalah Hypertension atau High Blood Pressure kan??

Sebelum tu, cuba korang tolong KLIK sini dan KLIK kat sana sampai lebam k..maceh~

~entri kesihatan ini mungkin sedikit panjang lebar dari kebiasaan~

Tekanan darah rendah atau hypotension akan terjadi apabila tekanan darah semasa dan selepas setiap degupan jantung kita menjadi lebih rendah dari biasa. Ini bermaksud hati, otak dan bahagian anggota badan yang lain tidak mendapat darah yang cukup.

Antra simptom-simptom yang terlibat :

  1. Penglihatan kabur
  2. Kekeliruan
  3. Pening
  4. Pengsan
  5. Sakit kepala kerana silau
  6. Kerap rasa mengantuk
  7. Kerap rasa lemah

Kebanyakan tekanan darah normal berada dalam lingkungan 90/60 mm Hg hingga 130/80 mm Hg. Tetapi penurunan ketara, walaupun sebanyak 20 mm Hg, ia dah boleh memberi masalah kepada sesetengah orang.

Punca-punca tekanan darah rendah ni antaranya :
  1. Alcohol
  2. Ubat-ubat anti-kebimbangan
  3. Sesetengah ubatan anti-kemurungan
  4. Diuretics
  5. Ubat-ubatan untuk hati, termasuk yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari
  6. Ubat-ubatan yang digunakan untuk pembedahan
  7. Ubat tahan sakit (Painkillers)

Langkah-langkah pencegahan :
  1. Elakkan diri dari mengambil alkohol
  2. Elakkan diri dari berdiri terlalu lama
  3. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak (mengikut keperluan yang disaran doktor)
  4. Bangun perlahan-lahan selepas duduk atau baring
  5. Gunakan stokin pemampatan untuk meningkatkan tekanan darah dalam kaki (yg ni tak pasti stokin yg macam mana)



p/s : masa arul sakit dlu,doc dan kawan2 just nasihatkan banyakkan makan kerang,hati..

Sahabat Sakura

They're G+