Pages

Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Tazkirah Jumaat [#4] - Allah s.w.t. Maha +ve !

Assalammualaikum dan selamat pagi..
 
ALHAMDULILLAH kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup Oxygen di muka bumi yang fana ciptaan Allah s.w.t. ini..
Kita bertemu lagi ya di hari Jumaat yang mulia..penghulu segala hari..

Harini Arul nak berkongsi 1 cerita menarik buat pengajaran kita bersama..


Pernah seorang lelaki mempunyai jiwa super didatangi sahabat yang kuat minum arak.Kawan yang ketagih arak ini langsung tidak ingin berubah.Amat sukar jika sudah ketagih arak.Lelaki jiwa super cuba untuk merubahnya.

“Kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak”, kata lelaki jiwa super tersebut.   Sahabatnya terkejut kerana kenapa dy perlu minta izin pada Allah sedang dy ingin minum arak.  Tetapi akur untuk mencubanya.  Sejak hari itu dy sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.
“Ya Allah, aq meminta izin untuk minum arak ini”, lalu sahabat itu meminum arak.  Setiap masa apabila minum arak, pasti dy akan minta izin dari Allah.

Sebulan berlalu, sahabat datang berjumpa semula dengan lelaki jiwa super tersebut.  Lalu sahabatnya bertanya,”Saya sudah berubah.  Tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya, bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara baik, namun Allah beri saya kekuatan dan menghilangkan ketagihan minum arak ini”, sahabat ingin tahu.

“Allah itu Maha +ve.  Campaklah apa pun perkara, sama ada +ve /-ve pada Allah, namun Allah tetap +ve.  Dia tetap sayangkan hambaNya. Dia tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya.  Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi minum arak,” lelaki jiwa super menjawab.

Sunday, October 30, 2011

Pencuri paling hebat di abad ini

 

Hai korang..herm..aq nak citer ni tapi takot nanti korang kata aq mengaibkan orang lain pulak..tapi aq tadek sebut nama sape2 pun dalam citer aq ni nanti..takpe kan??Aq sakit hati sangat2..huhuhu

Korang tahu tak?Bagi aq lah kan..pencuri yang paling hebat di kalangan pencuri/penyangak diluar sana adalah "seseorang yang telah meminjam sesuatu dari kita,kemudian bermulut manis dengan menabur janji untuk memulangkan semula kepada kita pada sekian2 hari/tarikh/waktu yang dy sendiri telah tetapkan..namun kemudian harinya tidak menepati janji tersebut" 


Bagi aq itulah pencuri paling hebat..bukan aq sahaja mangsanya..tetapi sebelum aq pun dah ada 2,3 orang terkena dengan helah dan janji2 manis dy nih..dy janji 30hb Oct. ni (maknanya harini lah) nak ganti semula apa yang dy telah pinjam dari aq..tapi takpe..aq sabar lagi..aq akan tunggu sampai 12:00 tengah malam ni..menunggu khabar dari dy menyatakan dy dah ganti semula..if tadek gak,memang dy la pencuri tersohor di kalangan wanita..jauhilah orang2 jenis macam ni wahai kawan2..

Tengoklah gambar pencuri tuh..dah mencuri pun masih boleh tersenyum..hampeh betul!!Orang yang mencuri nih.selalunya hidup dy takkan tenang sampai bila2 selagi dy makan duit haram..betul tak??

Aq sentiasa ingat pesan abah aq,  
"Akad dalam pinjam-meminjam ni,kalau dah namanya meminjam..maka balasnye adalah memulangkan..jadi jika kita telah meminjam sesuatu dari seseorang..kita wajib pulangkan semula."

p/s: abah aq kata,masa aq kecik kwn dy ada pinjam gergaji dari dy..tapi sampai sekarang masih belum pulangkan..huhuhu..moral of da story >org yang bagi pinjam selalunya akan lebih ingat dari orang yang meminjam  =)

Wednesday, October 12, 2011

Jom Buat MAKSIAT,sape nak???


Assalammualaikum dan selamat petang...

Ha ader ke yg pantang dengar ajakan gni??Hish,minta dijauhkan la wei..
Artikel ni aq pernah terbaca dulu...dan tetiba tadi aq terjumpa lagi sekali artikel yg sma..jadi harini aq nk share la sesama dengan kengkawan..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamulayak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak...

Credit to : badrulhisham.net

p/s: Masih ada yang berniat nk teruskn ke niat serta hajat tu???ngeh3~

Tuesday, September 20, 2011

Dasar anak tak sedar diuntung zaman sekarang

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Haish tensen pulak bila terbaca artikel seperti ini..walaupun sudah berkali-kali dahulu keluar artikel yg lebih kurang macam ni..tapi tetap akan sakit hati..

Nak taw tentang apa??Ha ni lah nk habaq sikit..tentang ank2 muda zaman sekarang yg semakin kurang hajaq..dipukul-pukul,disepak terajang je org tua sendiri mcm barang mainan..padahal masa dorang kecil2 dulu..mak bapak dorang ni tatang dorang bagai minyak yang penuh..cuba memenuhi segala kehendak walau pun sukar..Mak ayah kita takde pun nk bantai2 kita masa kecik ble kita ni menangis tak berhenti..ble kita tbe2 nanges ditengah2 malam..tp ank2 sekarang..mak ayah membebel sekejap..dah dush!kna tumbuk la..kna terajang la..kna pukul la..ish!!

Haihh..da tak mampu la nk kata pa lagi..korang bacalah artikel ni pulak..aq saja nk share ja..

p/s : mak dan ayah kandung kita cuma ada 1 dan sekali seumur hidup..hargai dan jagalah mereka..renung2 kan~

Sahabat Sakura

They're G+