Pages

Showing posts with label iphone 5 dari Denaihati. Show all posts
Showing posts with label iphone 5 dari Denaihati. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Casing Iphone 5 Yang Perkasa dan Mantap!

Assalammualaikum wbt ..

Pagi tadi arul tengok kat Blog Serius tentang casing Iphone 5 ni .. pergh! giler teruja arul tengok .. sangat mantap dan keselamatan terjamin kot. Let's me share with you and credited the source from Blog Serius.




Untuk gambar selebihnya, better korang tengok kat BlogSerius ok ....

Amacam?? Mantap tak design dan material casing kalini? Hehehehe .. tapi sayangnya, arul masih menggunakan hp Sony Ericson K530i .. ingat lagi tak rupa hp tu caner? Ah google sendiri la .. hahahaha segan nak tunjukkan wajah terkini hp SE arul ni .. dah tak rupa hp rasanya .. memori kad pun dah taknak lekat .. Please, please .. ada sape2 tak nak bagi arul HANDPHONE SEBIJIK?? hahahahaha ...


Monday, December 24, 2012

iPhone 5 Gadget Impian



Assalammualaikum wbt ..

Jom korang join reramai CONTEST dari Bro Hebat Denaihati ni .. lumayan seyh! sambil2 tambah pengetahuan dan tambah kenalan ..

Tak perlu pun buat entri panjang2 .. cukuplah sekadar kita luahkan ..
Kenapa kita minat sangat kat iPhone 5??



a) aku bukanlah seorang yang gilerkan gajet2 ni sangat tapi sekurangnya aku masih follow up dan mengikuti gak perkembangan gajet2 baru yang kuar seperti cendawan selepas hujan .. aku cuma ada Sony Ericson K530i yang dah hampir 6 tahun kot aku guna .. so macam orang lain yang tak berapa mampu miliki gajet mahal2 ni .. aku pun teringin gak la .. nak plak dapat percuma kan .. lagi ar aku teruja nak dapatkan .. hehehe ..

b) teringin gak nak merasa mcm blogger lain post entri guna gajet 'sanggeh' nih ..

c) pernah tengok dan guna 5mnt je iPhone .. terasa teruja dah .. so kalau dapat ni memang akn jga sebaik mungkin lah .. dan manfaatkan sepenuhnya untuk blog kesayangan ni .. hehehe

d) ok banyak spec iPhone 5 ni yang buat aku sangat2 rasa teruja untuk memiliki nya .. tapi tak pandai nak elaborate kan kata2 .. jadi sesingkat nye rumusan aku .. dengan kelebaran yang cukup memberi kepuasan bile kita ber-blogging .. dan nipis .. memang cukup buat aku jatuh cinta beb!




Antara entri Bro Denaihai mengenai iPhone 5 :

1. iPhone 5 Gadget Impian
2. iPhone 5 dilancarkan
3. iPhone 5 Gambar dan Video
4. iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test
5. iPhone 5 Malaysia Pertama
6. iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA
7. iPhone 5 Countdown
8. iPhone 5 dah sampai Malaysia
9. iPhone 4S baru bukan iPhone 5




Alhamdulillah .. dapat gak setelkan entri ni ..hadoy entah apa yang payah sangat nk complete kan contest ni .. huhuhu .. semoga ada rezeki utk miliki gadget ini .. amiin

 



contest iphone5 300x250 Banner

"Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com,AbangEnsem.com,AriffShah.com,Eizil.com,Sweetkurma.com,Azri.com,Serverfreak.com dan Denai.my"



Saturday, December 8, 2012

Deposit RM200 Jadi Pengguna iPhone 5 Terawal dengan CELCOM



walaweh!! menjadi kegilaan ramai .. kemunculan dinanti-nanti kan .. termasuk aku .. teringin juga nak merasa , memiliki, mengguna iPhone ni .. intai sana sini .. ramai dah bising-bising tentang tawaran syok dari syarikat telco biru ni .. CELCOM ..




menarik kan? tapi tu la aku belum mampu nak miliki .. tapi CELCOM dah bagi offer yang sangat menarik, tertarik lagi da boomm! ni .. dalam kepala masih terfikir-fikir .. mahu ke tidak .. just sediakan deposit RM200 .. terus buat pre-order .. boleh lah jadi pengguna iPhone 5 terawal .. cepatlah korang .. grab as fast as possible .. tengok kat bawah ni .. 64GB je dah out of stock .. giler tak giler la aku rasakan penangan Gadget Impian gini .




sekarang aku guna line maxis dan celcom .. dulu pernah cuba mengguna internet line celcom .. masa itu agak menghampakan kerana lokasi yang tak berapa strategik .. sekarang rata-rata mengatakan line internet celcom ni sudah ada dimana-mana .. hmm interesting! aku rasa seperti mahu bertukar dan mencuba sendiri .. so, what do you think? take it or leave it? hmmm   @_@


jika ada rezeki .. pasti boleh jadi iPhone 5 Gadget Impian kan? 

Wednesday, November 21, 2012

Menang iPhone 5 Dengan Cara Mudah


assalammualaikum wbt ..

minggu lepas dah teruja sebab tersenarai dalam ramai2 peserta bagi Contest iPhone 5 Gadget Impian .. makanya hari demi hari sentiasa intai2 blog Denaihati .. menanti cabaran/tugasan seterusnya .. so 2 hari lepas bro Denaihati dah pun keluarkan tugasan2 yang sepatutnya para peserta lakukan .. aku? dalam excited menanti tugasan tu .. sudahnya bila terbaca .. terus terkedu beb .. 

terkedu + blurr + serabut = nothing to edit

ha achaner tuh? ayoyo .. kepala pusing2 77saat jap .. SEO??? pergh, bukan mudah beb .. blog aku ni dah la blog hmmmmmm .. fhm2 je la ye .. follower pn masih boleh dikira guna jari tangan dan jari kaki lagi .. aku berani potong kuku (kikikikiki) la, blog ni takde sape pun nak jengah .. sedih kan? dah la SEO pun aku tak tahu menatang hape tuh .. even kadang2 aku rajin gak intai blog2 SEO ni nak belajar gak "APA ITU SEO?" .. tapi aku msh kureng memahaminya .. ada nak tolong ajar aku tak??

oklah2, berbalik pada tajuk asal .. huhuhu .. cara mudah?mudah la jika tahu caranya .. tapi bagi aku , memang agak tough la kan .. bro Denaihati dah keluarkan tugasan2 yang perlu para peserta lakukan .. so kat bawah ni aku re-type tugasan-tugasan yang perlu para peserta termasuk aku, lakukan dan jalankan.


Tugasan-tugasan :

1) Tugasan pertama : Cabaran G+1. Peserta perlu mengumpulkan sebanyak mungkin klik G+1 untuk entri penyertaan anda.

2) Tugasan kedua : Cabaran SEO. Tempatkan blog anda antara top 10 di Google.com dengan keywords "iPhone 5 Gadget Impian".

3) Tugasan ketiga : Undian Pembaca. Akan ada entri khas yang lain.

4) Lima Top Blogger Malaysia akan menilai blog top 10 berdasarkan design, kandungan dan kesungguhan.

Tarikh tutup cabaran
Semua tugasan akan ditutup tepat jam 11.59pm 24/12/2012.


so korang , walaupun blog aku ni biasa2 sahaja dengan kekurangan follower .. aku tetap berharap kawan2 diluar sana tu yang rajin intai2 blog aku ni .. tolonglah klik G+1 kat bawah dalam entri "iPhone 5 Gadget Impian" aku ni .. jasa korang memang sangat2 lah aku hargai .. ini adalah pertama kali aku mencabar diri sendiri untuk menyertai contest tough sebegini .. bermain dengan SEO bukan mudah .. tapi tak salah sekiranya aku mencuba sambil belajar teknik blogging yang menarik ni .. 

untung sabut, timbul
untung batu, tenggelam






Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my




Monday, November 12, 2012

iPhone 5 @ Denaihati_Peserta Yang Tersenarai



Assalammualaikum wbt ..

Alhamdulillah .. tak sangka tersenarai pulak dalam puluhan peserta yang menyertai contest dari blogger famous amous ni .. tengok! Blog ni tersenarai di no. ke 70 .. asal ada 7 .. no. kegemaran!



denaihati iphone5 contest gadget impian iPhone 5 Gadget Impian Peserta Terpilih

sekarang para peserta termasuk la arul sendiri .. sedang berdebar-debar menunggu tugasan yang seterusnya .. apakah? tunggu je la ye .. hehehe ..



Sahabat Sakura

They're G+