Pages

Showing posts with label bonda. Show all posts
Showing posts with label bonda. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Rindu

dari 9pm tadi aku masuk bilik .. kemas pape patut .. solat isyak siap .. golek punya golek sampai sejam setengah .. mata ni takmo gak lelap .. maka, ni la hasilnya .. aku bangun gagahkan diri untuk online walau badan dan otak aku dah penat sebenarnya selepas seharian dok ngadap monitor je .. memang lately ni aku jarang nak online bile kat umah .. aku fikir nak balik, bermain dengan kucing2 kesayangan aku dan rehatkan badan serta minda aku .. lately memang keje aku bertimbun, dokumen bertambah .. pandang kiri meja, memang tak rasa langsung dokumen2 yang ada tu menyusut walau aku dah buat keje sepantas mungkin. so marilah update blog picisan ni sambil mendengar hitz.fm @ red.fm.



R.I.N.D.U.



PERTAMA - yes! aku sedang merindukan insan-insan yang aku teramat sayang. Bonda, walau baru je balik kampung minggu lepas bergurau dan borak dengan bonda. aku dah pun terasa rindu pada bonda. sentiasa aku bermohon pada Allah swt agar lindungi bonda dan ayahanda di kampung sana.





KEDUA - aku rindukan kedua sahabat baik aku .. Yana dan Mien .. walau pun jarak antara kami, dekat tak berapa dekat .. dan jauh tak berapa jauh .. tapi kerana kesibukan masing-masing, komitmen pada kerja .. membuatkan kami semakin sukar untuk berjumpa .. demi dorang, aku boleh je adjust masa dan tarikh untuk turun tempat dorang, lepak sma2 mcm dulu .. tpi tu la, dorang yg x berapa boleh adjust masa/tarikh untuk luang masa sedikit dengan aku .. takpelah, pasti akan ada ruang dan peluang untuk berjumpa korang lagi.




Untuk kalian berdua, sahabat yang aku sayang dunia dan akhirat. Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik aku.



Mungkin ada di luar sana yang cuba memutuskan hubungan persahabatan kita, tp cuma kita yang tahu kekurangan/kelebihan, keburukan/kebaikan sesama kita. Aku harap persahabatan kita takkan terputus begitu saja, lebih2 lagi kerana orang lain yang belum tentu kenal hati budi masing-masing. 




well, hidup aku memang rasa kosong dan tak berapa ceria gak lately ni .. bila seolah menjauh dari kawan-kawan. bila dah off facebook, takde lagi dah kawan2 nak diajak bergurau .. well, mgkin akan ada yg berkata kenapa tak texting segala kan ... aku bukan mudah nak agih2 kan no.hp pada kawan2 di alam maya tu .. lagipun sapa la zaman sekarang ni nak layan SMS yg berbayar tu? masing-masing dah pakai smartphone/android so mcm2 apps la ada kan. tapi aku ...... masih lagi dengan hp sony k530i. huhuhu~

ada orang mungkin boleh hidup tanpa seorang kawan .. tapi tidak bagi aku .. bagi aku, kawan itu penting .. kawan yg benar pasti akan ada untuk kita tak kira susah mahupun senang .. suka mahupun duka .. tp kekasih? banyak perkara yang terbatas, citer ttg orang ni nanti jeles .. citer ttg orang tu nanti jeles .. sudahnya, apa yang kita boleh berkongsi kan? sahabat yang baik adalah seseorang yang mampu berkongsi pelbagai cerita dan masalah bersama kita .. seseorang yang bukan membenarkan apa yg salah tp menegur yg salah agar dibetulkan ..

sekian, terima kasih sudi luangkan masa membaca entri ini.

Sunday, May 5, 2013

Dia Syurgaku

Assalammualaikum wbt ..




Tengah malam ni terasa nak bercerita tentang buah hati kesayangan dunia akhirat aku plak. Buah hati? Ha sape lah agaknya kan? Tetiba je ada buah hati kan .. sape lagi kalau bukan my mom, bonda, emak, ibu!




Ini bonda aku, Puan Siti Tesiah Haji Abu Kair. Bonda sihat, tapi sihatnya tak seperti bonda orang lain. Bonda juga sakit, tapi sakitnya mungkin ada sedikit sama dengan segelintir wanita lain diluar sana. Sayang aku pada bonda, tak terjangkau luasnya langit di atas kita. Sayang aku pada bonda, tak terjangkau dalamnya dasar lautan yang ada. Sayang aku pada bonda, tak terungkap dengan kata-kata. Kerana sayang aku pada Bonda, Isnin (29/4/2013) aku keje half day .. petangnya aku terus shoot drive balik Pahang semata nak lihat wajah Bonda yang aku rindu sangat2. Yes, mostly akan kata aku buat kerja giler. Tapi aku tak kesah, sebab kerja giler aku adalah untuk lihat wajah kesayangan aku .. wajah yang mendamaikan hati aku .. wajah yang mampu membuatkan aku lupa segala masalah aku .. bukan buat bukan2. Malam yang sama, selepas Isyak aku shoot gerak balik Cheras semula. Huhuhu, mujur Abah tak bising sebab aku buat kerja giler tu. I know I am a girl ~

Aku tak tahu kesahihan cerita, tapi aku pernah dengar Abah bercerita pada saudara-saudara jauh kami. Bonda mula sakit selepas melahirkan anak ke-5, beberapa lama kemudian bonda dah ok sikit. Tapi bonda kembali sakit, selepas melahirkan aku. Jadi sebaik aku lahir ke dunia ni, Abah yang jaga aku dan uruskan aku. Maka sebab itu juga sejak kecil dan sepanjang proses tumbesaran aku, aku dilihat lebih rapat dengan Abah. Part yang aku paling ingat, kalau dalam majlis kenduri mana-mana .. aku lebih suka pergi kat Abah, dan duduk bersama Abah.




Tapi,sedalam mana pun kasih seorang ayah pada anaknya .. tetap takkan sama dengan sayang seorang ibu. Walaupun sejak bayi lagi aku dijaga oleh Abah, aku jarang dijaga oleh Bonda .. tapi dalam 7 beradik, aku lah yang paling rapat dengan Bonda. Kalau Bonda mengelak taknak makan ubat, Abah akan mengadu pada aku .. maka aku lah yang kena pujuk Bonda untuk terus makan ubat. Sehingga sekarang, masih dalam banyak hal Bonda lebih dengar cakap aku berbanding kakak2 dan abang2 aku. Aku pun tak faham kenapa.

Sumpah aku katakan, aku tak ingat 1 pun kenangan dengan Bonda dalam tempoh tumbesaran aku. Kenangan yang aku bersama Bonda, bermula dari aku Tingkatan 1. Sebenarnya Bonda dah ok sejak aku Darjah 4, rasanya lah. Naik sekolah menengah, aku masuk sekolah berasrama selama 5 tahun. Ohya, aku baru teringat ada 1 kenangan dengan Bonda masa aku sekolah rendah. Kecik2 dulu aku ni degil, bila Bonda tak buat apa yang aku minta .. aku mengamuk .. aku menangis .. kemudian Abah akan menangkan aku .. sian Bonda .. tapi dalam jahat2 aku .. dan dalam 7 beradik aku .. Bonda rajin buatkan aku milo 0' panas, bila aku stay up malam untuk siapkan kerja sekolah .. huhuhu zaman sekolah rendah, aku jarang nak study segala nih .. even masa UPSR pun, aku study sebelum masuk dewan exam .. Alhamdulillah dapat full A tahun tu .. mihmihmih!

Semakin aku membesar, aku semakin rasa tak boleh berenggang dengan Bonda. Bila setiap kali pulang ke kampung, aku tak malu untuk nyatakan kat sini .. aku akan tido dengan Bonda, peluk Bonda .. damai je rasa hati ni .. Sebab tu sekarang ni aku berusaha untuk cari kerja kat Pahang, berdekatan dengan Bonda. Aku mahu jaga Bonda hingga nafasku yang terakhir. Segala jasa Bonda, tak mampu aku balas. 

Bonda sakit apa? Takpelah, aku taknak berkongsi sepenuhnya .. aku taknak ada yang salah tafsir sakit Bonda. Tapi aku hairan, bagaimana anak2 sekarang dengan mudah dan senang hati mengabaikan kedua orang tua mereka. Tak kira la dah berkahwin atau sibuk berkerja, parents still our priority. Please love your mother, more than others. Ok la, sampai sini dahulu kisah mengenai Bonda kecintaan dunia akhirat aku. Now ada kat kampung dah, tadi Bonda terjaga dari tidur .. keluar bilik lihat aku masih tercongok depan tv dan laptop .. Bonda ambil aiskrim dan duduk makan sama2 dengan aku .. hahahahahha ..




Sunday, March 11, 2012

Culik Mak Sendiri


Assalammualaikum wbt


Ish..ish..ish...apa nak jadi la kan...mak sendiri pun sanggup 'culik' demi kepentingan diri sendiri. Itu lah yang terjadi pada seorang ibu kesayangan seorang anak bongsu beliau.


Hehehehe ... jangan la korang tersalah faham pulak ye... Gambar kat atas ni adalah wajah mak tercinta arul.. Dan cerita rekaan kat atas tu pun tipu belaka...ngeh3.. Al-kisah yang sebenar adalah...hehehehehe (*blushing*) semalam arul dan kakak2 selamat sampai ke kampung halaman jam 7malam..saje habiskan hujung minggu di kampung..Then entah la..sejak sebulan yang lalu rasa,teringin sangat nak tidur dengan emak arul ni...Malam semalam tetiba emak tanya kat arul.. "tidur mana?" "tidur sorang ke tidur dengan emak?" .. ah apalagi..dah bagi green light..hahahahaha..abah balik je,arul pun terus bagitahu kat abah yang arul nak tidur dengan emak malam tersebut..hehehehe...abah pun ON je.. "culik" my mom untuk 1 malam aje pun..petang ni nak gerak balik umah cheras dah..

Sahabat Sakura

They're G+