Pages

Showing posts with label Persatuan Single Sedunia. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Single Sedunia. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Gathering @ Port Dickson [Apr2013]


Assalammualaikum wbt 
Kalini bercerita mengenai 2nd Gathering yg aku join .. di Port Dickson. Still same like before, aku sampai petang Sabtu even hari tu aku dah pun apply leave. Hanya kerana aku tak tahu jalan p PD tu sendiri, jadi terpaksa tunggu kawan aku habis kerja dan gerak sama2 dia. Damn! Giler buang masa, kalau tak aku dah boleh mandi-manda pantai pagi Sabtu tu .. hahahahaha. By the way, gathering was held on 4th Apr - 6th Apr 2013.

Gathering kalini aku tak banyak gambar nak kongsi kat sini sebab kebanyakan gambar yg ada ditangkap waktu malam. Pada malam kami buat BBQ tu, hujan dah pun rintik2 ditambah dengan tiupan angin yang tak berapa nak sepoi2 sangat sebab kurang bahasa. Hahahahaha, angin sangat kuat ok. See the pictures below, all guys jadi benteng halang angin dari padamkan api yg dorang cuba nyalakan untuk memulakan acara masak-memasak. Hehehe syukur dorang ni sumer berfikiran kreatif dan kritis. Bijak, Bijak, Bijak! And all ladies plak kureng cket comel bila camwhore tudung masing senget2 ditiup angin bayu pantai malam tu ... Tapi camwhore tetap camwhore, right girls?


 






Ha dah layan gambar2 gathering aku kan? Alhamdulillah, sejak kenal mereka2 ni hidup aku agak terisi jugak la. Kalau boleh, admin-admin ni nak buat every weekend mini gath. Tapi mana boleh kan, masing2 ada komitmen pada keje. So pandai2 la arrange dan setting masa/tarikh untuk gath tempat best2..dan agar ramai ahli boleh join.. berkenalan in real life..baru tahu diri sebenar masing2..

Dah nama group ni Persatuan Single, so sape2 yang memang niat untuk cari jodoh masa gathering .. inshaa Allah ada la jodoh tu .. tapi macam aku still niat yang sama .. cuma nak merapatkan lagi silaturrahim, meramaikan kawan dan enjoy dengan gathering yg dorang organized ni .. sebab dengan join gathering gini la aku dapat release tension aku dan lupakan sekejap masalah hati mahupun masalah kat tempat keje. Then ini lah family baru aku!! Alhamdulillah, ada certain yg memang ada masa aku sedih dan gembira .. sumernya aku dah anggap macam kakak dan abang aku sendiri .. yang muda dari aku, mesti ar anggap adik kan .. yang kawan tetap kawan .. itu saja .. hubungan persahabatan tu lebih manis dari percintaan yang aku masih sangsi.





Ok sekian saje cerita 2nd gathering aku. Aku sedar aku tak pandai bercerita tapi aku masih mencuba. Harap korang enjoy dengan cerita aku la. Nanti aku story next gathering plak k. Tapi next gathering tu only Mini Gath je coz kami overnight kat sana sambil layan BBQ yg Big Boss buat .. pergh! memang best la ... tunggu next entry taw!


Thursday, March 7, 2013

Gathering @ Genting Highlands [Jan2013]



Assalammualaikum wbt …

#First of all, really sorry because entry ni memang sgt2 la dah lama diperap. Tak sempat nk berkongsi cerita.


19 January 2013, arul telah menyertai 1 gathering anjuran 1 persatuan dalam facebook ni..persatuan apa? Ni la dia, PERSATUAN SINGLE-SINGLE SEDUNIA. Macam melampau je kan nama persatuan, tp jgn la fikir negative je. Persatuan2 ni tak semestinya utk yg desperate sgt cri pasangan kan? Macam arul dan BFF arul join group ni sebab kami nak release tension dgn segala kesakitan yg kami perolehi. Kami just nak kenal dengan orang lain dan buat kwn2 baru.

So terjadi lah peristiwa di Genting Highlands ni ha. Gathering pertama yg arul dan BFF arul join. Ok la, dorang memang sumer happening dan agak friendly jugaklah. Well, bak kata abg long .. hidup seperti sebuah keluarga bahagia. Tak gitu? Hehehehe .. supposedly gathering ni starting dari 18hb – 20hb, tp disebabkan arul msh kena keje 19hb tu, termasuklah jugak BFF arul. So kami gerak aftr keje la 19hb tu. Masing2 dah have fun giler2 kt genting, kami plak masih berkerja. Hahahaha, agk jeles sebab bila dah sampai atas, arul dan BFF tak sempat langsung nk main pape game. Sadissss!!!! Sampai la ni BFF arul tu bising2 sebab tak dapat main roller coaster. Hahahahaha, arul plak dipaksa teman dia naik roller coaster. Giler aku dibuatnya dengan BFF kesayangan ni ha.

Ok la, just enjoy all the pics taken ya. Ni je yg dapat arul share.

















 ini lah Abg Long yg di sebut-sebut dan Big Boss PSS .


Maaf kalini banyak plak gambar yg dikongsi. Lagipun, gambar lebih senang menceritakan segalanya kan? Hehehe, nanti arul kongsi lagi cerita jalan2 arul dengan kawan2 arul yg lain.


Sahabat Sakura

They're G+