Pages

Friday, December 28, 2012

Tazkirah Jumaat [#9] - Surah Al - Kauthar


sejak kebelakangan ni saya sedang usaha mengamalkan Surah Al-Kauthar ni .. pasti ada yang dah tahu kelebihan surah ni .. jadi harini saya rasa nak juga lah berkongsi sesuatu yg bermanfaat untuk diri saya dan juga sahabat sekalian ..


Fadhilat membaca Surah Al-Kauthar

Brgsiapa membaca surah ini sebanyak 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah swt apa yg dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah swt akan mengendahkan permohonannya.

Sesiapa yg membaca sebanyak 7x setiap hari pd mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.

Brgsiapa yg membaca surah ini sebanyak 1000x maka Allah swt hasilkan apa yg dituntutnya, lebih2 lg dlm mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan pelbagai pintu kebaikan.

Brgsiapa yg membaca surah ini sebanyak 1000x sesudah solat Isyak sehingga kepada tidurnya, maka Inshaa Allah akan melihat Rasulullah saw dalam mimpinya.


Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:

Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan.

Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.


~wallahualam~

Sumber dijumpai di sini.



Tapi apa yg saya mahu hanyalah .. Allah swt menghilangkan segala kerisauan, kegusaran dan kesedihan dlm hati saya .. dan saya dpt melakukan solat dgn khusyuk ketika menghadapNya.

Marilah sama-sama kita mengamalkan nya ..


No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+