Harini nak kongsi info kesihatan mengenai MANDI MALAM. Rata-rata kita rasanya dah lama dimomokkan mengenai - kalau mandi malam, kemungkinan terdedah pada risiko penyakit paru-paru berair. Seorang teman lama, selalu pulang kerja sampai malam dan wajib bagi dia untuk mandi dulu bersihkan badan. Kadang yang buat saya risau, dia ni kalau mandi memang tak sah kalau tak mandi sampai sejam. Arwah abang long pulak, selalu keluar pergi kerja awal pagi (sebelum aku bangun mandi lagi) dan pulang dari kerja lewat malam (biasanya masa tu aku dah siap2 nak masuk tido pun). Jadi sebelum tido, arwah akan mandi dulu. Jadi momokan yang mengatakan mandi malam boleh memberi risiko untuk mendapat paru-paru berair tu adalah benar bila 2 orang yang aku sayang ni pernah kena paru-paru berair.
Walau bagaimanapun, bila aku terlihat kan artikel kesihatan mengenai manfaat mandi malam ni tiba-tiba aku jadi bingung. Eh, ada manfaat pulak mandi malam ni ye? Jom baca sampai habis ye artikel mengenai "Manfaat Mandi Malam" ni.
Tahukah korang bahawa tiada lagi bidang perubatan yang membuktikan bahawa dengan mandi malam boleh menyebabkan masalah paru-paru berair. Sebaliknya terdapat kebaikan yang anda peroleh sekiranya mandi malam. Oleh itu, harini aku nak berkongsi dengan korang tentang kelebihan mandi malam yang akan korang dapat.
FIKIRAN MENJADI LEBIH TENANG
Biasanya, mandi pada waktu pagi akan membuatkan kita tertekan kerana mengejar masa untuk ke pejabat/kelas. Tetapi kita tak perlu memikirkannya apabila mandi pada waktu malam. Malahan, kita boleh mandi dengan lebih tenang.
TURUNKAN TEKANAN DARAH
Mandi pada waktu malam dapat mempengaruhi tekanan darah anda. Apatah lagi dengan mandi menggunakan air suam. Selain itu, mandi malam juga dapat mengelakkan kita daripada tekanan kerja-kerja rutin seharian.
MEREGANGKAN OTOT

Sesetengah otot agak tengang kerana seharian melakukan aktiviti. Maka, mandi selepas pulang dari pejabat dapat membantu mengendurkan otot-otot yang tegang dan badan terasa lebih ringan.
SEGAR DAN SANTAI
Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk. Jadi, mandi selepas pulang dari pejabat akan membuatkan diri lebih santai dan badan bertambah segar. Malah badan yang bersih serta segar akan membuatkan tidur kita lebih nyenyak.
MASA LEBIH LAMA
Ketika mandi malam, kita mempunyai masa yang lebih lama berbanding mandi pada waktu pagi. Pada waktu ini kita mungkin boleh melakukan lulur atau masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan. Secara ringkasnya kita dapat membersihakan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu, badan kita lebih bersih dan sihat.
Jadi rasanya memang tak salah pun untuk mandi malam cuma dinasihatkan jangan ambil masa yang terlalu lama berendam dalam air kot. Hehehe~ Aku pun kadang mandi malam jugak, tapi kalau dah panas sangat2.






