Pages

Sunday, December 2, 2012

Manusia Bukan Tuhan

Assalammualaikum wbt ..

Sebenarnya arul sedang menahan sakit kepala (migrin) sekarang ni .. tapi hati kuat nak juga up entri tentang ni .. entahlah .. mungkin penyesalan tu dah menebal sangat kot .. ini adalah kali kedua arul rasa menyesal begini .. menyesal kenal dan punya KAWAN seperti mereka ini .. yang pertama dulu terjadi, 3tahun lepas .. 

MANUSIA BUKAN TUHAN!

Menyesal arul pabila punya kawan (sekarang dah tak kawan) yang arul percaya mampu mendengar masalah arul dari A-Z .. tolong menasihati arul sedaya mungkin .. mampu menyimpan segala masalah arul dari orang lain .. kelak bila antara kami punya perselisihan faham, tak gunakan masalah arul tu sebagai point untuk apa2 saja .. untuk jatuhkan arul or what so ever la ..

Siapa arul untuk tidak memaafkan awak, awak, awak dan kamu atas segala kekhilafan yang terjadi .. kerana arul sedar, arul bukan sapa2 untuk menghukum setiap tindakan kalian .. tapi penyesalan yang lahir jauh dari lubuk hati ni memang tak dapat ditepis lagi .. sangat2 menyesal ..

Siapa kamu untuk menilai setiap apa yang terjadi keatas diri arul?
Siapa kamu untuk meletak kan nilai harga diri dan maruah arul di mata orang lain?
Siapa kamu untuk menghukum arul mahupun orang lain?
Siapa kamu untuk menilai setiap tindakan arul mahupun orang lain?
Siapa kamu? Siapa kamu? Siapa kamu?

Kamu juga hanya manusia biasa .. manusia yang bijak takkan menggunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan diri sendiri .. kawan yang baik takkan mengungkit segala kekhilafan kawannya yang lalu ..



So pada kawan2 arul di mana-mana jua (if anggap arul yang JAHAT ni kawan la kan, hehehee) .. kita bukan siapa2 pun nak menilai orang lain .. bukan siapa2 juga untuk menghukum salah dan silap orang lain .. kita hanya mampu memaafkan .. selebihnya kita serahkan pada Allah SWT .. itu yang lebih baik .. 



"Memaafkan itu lebih mulia dari menilai dan terus mengungkit khilaf orang lain" 

 p/s : aku menyesal je kenal dan cerita masalah aku kat ko .. tapi aku masih belum membenci ko seperti mana ko membenci aku .. sekian~

Saturday, December 1, 2012

Realiti vs Khayalan Hidup


Assalammualaikum wbt ..

Setiap saat, setiap masa, setiap hari aku berfikir mengenai sesuatu ini ..
Aku sedikit keliru .. aku juga rasa sedikit kelakar .. tapi aku lebih pada rasa sedikit 'annoying' ..
Maafkan aku jika entri ni secara kebetulan akan ada yang rasa benci maupun menyampah pada aku .. tapi ini sekadar pendapat peribadi aku .. mohon maaf salah dan silap k ..

Pernah tak korang baca novel? Mesti diluar sana ramai yang suka layan novel kan? Especially kaum Hawa la .. ok ni contoh novel yang aku pernah baca, pernah tengok, pernah dengar ..

1- Adam & Hawa
2- Gemersik Kalbu
3- Ombak Rindu
4- Lagenda Budak Setan
5- Sehangat Asmara
6- Tak Semanis Impian
7- Bicara Hati

Ok, tu je la kot yang dapat aku senaraikan .. pada peminat tegar novel, rasanya mesti akan ingat setiap 1 jalan cerita novel ni tatkala terdengar je tajuk buku novel tu .. kadang2 mungkin hingga terbawa-bawa .. maksud aku, hingga mengimpikan jalan cerita indah dalam novel tu berlaku dalam realiti hidup sendiri .. betul tak? hehehe jangan menipu la .. sebab aku pun pernah begitu ..

Suatu ketika dahulu, aku juga pernah merasa begitu .. setiap kali aku layan novel, mesti lepas tu aku akan fikir .. "bestnye kalau dapat pasangan yang romantik, sabar, jujur, ikhlas mcm dlm novel ni" .. "bestnye kalau in reality jadi macam ni" .. kan? kan? mesti ada punya lah ..

Tapi korang antara sedar dan tidak .. ketahuilah .. DUNIA NI ADALAH PENTAS LAKONAN .. MANUSIA, KITA ADALAH PELAKON2 DI ATAS PENTAS TU .. jalan cerita hidup kita telah pun diatur oleh Maha Pencipta .. kerana itu DIA, ALLAH SWT dianggap MAHA MENGETAHUI YANG NYATA MAHUPUN YANG TERSEMBUNYI .. kita takkan pernah tahu apa yang terjadi pada diri kita, pada hidup kita kelak .. kita cuma merancang ..

Mungkin ada sesetengah orang merasakan, hidup dia seakan-akan hampir sama jalan ceritanya seperti dalam novel la .. dalam drama la .. semua itu kebetulan .. kerana novel, drama, movie ada sesetengah nya berdasarkan cerita di alam realiti juga .. sumber dari kisah benar .. kisah sebenar .. dan sesetengahnya pula adalah rekaan semata-mata .. siapa diantara kita yang mahukan kesudahan sesuatu cerita itu menyakitkan hati, menyedihkan, melukakan .. betul tak? Walaupun kadang2 ending tu macam tak logik je, semata nak buat 'happy ending' .. hehehe .

Tolonglah, berpijak di bumi yang nyata .. jangan taksub sangat dengan jalan cerita rekaan .. sedangkan jalan cerita realitinya .. jauh panggang dari api .. novel, movie, drama sumer tu dicipta sekadar untuk menyampaikan pengajaran, tauladan, teladan, peringatan .. Hahaha, tapi janganlah sampai benci pula nak baca novel .. teruskan membaca, menambah ilmu ..

Ok lah, itu je kot yang aku dapat simpulkan pendapat ringan aku terhadap mereka2 diluar sana termasuk aku (aku yang dulu2 la) .. yang teringin sangat jalan cerita realiti seperti novel, movie dan drama .. Segala tutur bicara dari blog ni, mana menyinggung mana2 perasaan .. mohon dimaafkan  (^_^) chilll!!



peace! V(^_^)





#tolong klik G+1 kat entri iPhone 5 Gadget Impian#

Sahabat Sakura

They're G+