Pages

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Assalammualaikum wbt ...

Jam laptop aku sekarang menunjukkan pukul 02:23pagi. Tapi mata aku masih celik tatkala orang lain dah lena diulit pelbagai mimpi, juga lagi beberapa jam dah nak bangun untuk siap2 bersahur pulak. Alahaiiiiiii~

Aku sungguh tak tahu nak buat apa sebenarnya. Aku godek sana, godek sini - sekali terjumpa berita tentang pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini awal pagi ini. Aku sebenarnya takut jugak nak buat entri ni ... huhuhu ... kalau tak betul, nanti aku cepat2 padam entri ni ye.

Aku rasa ramai dah maklum bahawa Allahyarhamah tempoh hari berulang-alik keluar masuk hospital kerana jangkitan paru-paru. Baru-baru ni pulak telah dimasukkan ke ICU, dan terkini dilaporkan telah kembali ke rahmatullah.

Apa-apa pun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan doakan baik2 saja buat arwah.


Setiap kali Syawal menjelma, memang lagu-lagu raya alunan arwah yang menjadi pilihan aku. Sangat sebak dan menusuk jiwa. Kini segalanya tinggal kenangan. Al-Fatihah buat arwah.




Thursday, June 28, 2012

Ella bakal bernikah pada 7 Julai ini

assalammualaikum wbt

Ella Bakal Bernikah 7 Julai Ini...Dengan Abang Pilot!

kenal wajah di atas?? takkan la tak kenal2 lagi kan .. artis yang mendapat jolokan nama sebagai "Ratu Rock" Malaysia .. arul pun minat dia since kecil lagi .. hehehe .. Alhamdulillah, jika benar berita yang tersebar ni .. sangat bersyukur akhirnya beliau akan menamatkan juga zaman bujangnya .. walau usia sudah menginjak pertengahan 40 .. Kak Ella ni masih lagi cun dan 'gedik' nye belum hilang lagi .. 


KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas. (Murai.com.my)


 ha bila dah sampai seru, sampai bila lagi mahu ditangguh-tangguh kan .. apa2 pun, sme2 la kita mendoakan yang terbaik buat Ella dan bakal suami nya itu  (^_^)

Saturday, January 14, 2012

Hati Ally Iskandar sudah dimiliki

Assalammualaikum..

Hatinya kini telah pun dimiliki oleh seorang gadis sunti yang sangat teguh prinsipnye..


Jika benar apa yang di khabarkan..syukur alhamdulillah..arul suka dengan cara Ally Iskandar ni..very gentleman..and highly self - confident.. apa2 pun..sama2 kita doakan mereka dipanjangkan jodoh dan bahagia berkekalan hendaknya..amiin~

Sumber di sini murai.com

Saturday, October 1, 2011

Nabil sah bergelar suami kepada Nazirah

Assalammualaikum dan selamat pagi

Huhuhu..harini awal sikit post entri..tetiba ada idea..tp idea pn ciput je..Seperti yang semua dah sedia maklum, RajaLawak yang menjadi kegilaan ramai diluar sana telah pun selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan nye semalam..Alhamdulillah..

Walaupun aq takdelah minat sangat pun dengan Nabil ni,tapi dalam banyak2 RajaLawak..aq memang suka tengok persembahan dy..selain Zizan & Johan.  Maka di kesempatan ini, aq doakan perkahwinan mereka ini diberkati Allah swt dan dikurniakan zuriat yang ramai secepat mungkin. Semoga berkekalan hendaknye..amiin~

Selamat Penganti Baru buat Nabil & Nazirah
Berita selanjutnye boleh dapatkan di MyMetro

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Pengantin Baru Eira Syazira

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Hoh,tengahari lagi aq 'hapdet' blog nih..hehhehe..takpe kan?kan?Harini kita masuk dunia hiburan sikit lah..belek sana..belek sini..tetiba terpandang artikel si artis ni..Alhamdulillah mereka dah selamat pun diijabkabul..mcm tak sangka pun ada jugak..tapi mmg suwitttttt!

Eira Syazira & Azad
Ha tengok! Suwitt kan dorang berdua nih..hehehe..ske sgt tengok both of them..
Ni citer sal dorang dr artikel yg aq amik..klik SINI k..

Semoga gerbang perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan berbahagia selalu..sama2 lah juga kita mendoakan mereka ni cpt2 dikurniakan cahaya mata..amiin~

Sahabat Sakura

They're G+