Pages

Saturday, December 21, 2013

Permohonan BR1M 3.0 2014 Bermula 23 Disember 2013




Pasti ramai yang tertunggu-tunggu hari pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia Siri ke-3 (BR1M 3.0). Seperti yang diumumkan, pendaftaran bagi BR1M 3.0 akan dibuka bermula 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Manakala pada yang pernah atau telah berdaftar sebelum ni hanya perlu kemaskini maklumat2 yang sepatutnya. Pengagihan BR1M 3.0 dijangka akan dibuat pada Februari 2014.

Borang permohonan boleh didapati di kaunter mana2 cawangan LHDN di seluruh Malaysia atau boleh terus muat-turun borang dari lawan sesawang http://www.hasil.gov.my . Untuk pengetahuan, pembayaran kalini tidak akan dibuat seperti sebelum2 ni. Pembayaran akan terus dibuat ke akaun simpanan masing2.




Friday, December 20, 2013

Kadar Baru Tol Bermula 01 Januari 2014

Assalammualaikum wbt..

Aku ni memang dah jarang tengok tv, baca surat khabar lagi lah semakin jarang. Bukan apa, berita kat tv tu makin lama aku dengar makin merepek2. Maaflah ye, ibarat boleh dengar tapi percaya jangan. Ikut la selera masing2. So yang ini pun terjumpa kat wall Fb seorang kawan. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan tentang kenaikan tol ni pulak kan. Agak mendadak jugak naiknya kalau nak dibandingkan dengan penurunan. Jauh beza bagi aku. Apa pendapat korang pulak?



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadar baru tol baru bermula 01 Januari 2014

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMANSARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEMBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Aku simpati pada mereka2 yang terpaksa hari2 menghadap jammed dan tol sana sini. Harga minyak pun dah naik, gula dah naik .. macam2 boleh naik lagi pasni walaupun takde melibatkan wang ringgit.


p/s : kalau tak suka, boleh keluar dari Malaysia .. aptb!

Sahabat Sakura

They're G+