Pages

Thursday, January 31, 2013

Dalam Hati Ada Taman

Assalammualaikum wbt ..



korang mesti ada yg layan cerita ni kan? aku pun tak tahu la mcm mana aku boleh terjebak melayan cerita ni .. cuma nya bila aku teringat, aku tengok lah .. tgu msa tayangan .. jk dah tak ingat, memang terlepas begitu je lah .. huhuhu .. rugi .. rugi ..rugi ..



sangat sweet dn comel tgok gambar dorang berdua ni .. dah nampak semakin serasi bila dah semakin kerap berganding bersama-sama.


* * * * * * * * * * * * *
Untuk tonton LIVE


Untuk DOWNLOAD



Sinopsis Dalam Hati Ada Taman

Mengisahkan seorang ibu tunggal (lakonan Amy Mastura) yg bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella (lakonan Elfira Loy) di Kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna. Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya.

Di kedai pastri, dia berkenalan dgn Randy (lakonan Randy Pangalila) yg turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yg seksi iaitu Sofea (lakonan Hanez Suraya).

Bella dipaksa berkahwin dgn jejaka yg tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy supaya menyamar sebagai tunangannya. Konflik demi konflik, dalam masa yg sama Randy dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga Bella.


* * * * * * * * * * * * *



Wednesday, January 30, 2013

Penawar Duka Pengubat Sengsara

Assalammualaikum wbt

Semalam rajinkan diri jugak utk pergi ke bookstore berdekatan mencari sebuah buku motivasi, cadangan dari seorang kawan baik yg juga merupakan rakan sekampung dan sama sekolah dari tadika hingga sekolah rendah. Pasti apa yg dicadangkan ini sangat bagus, berhasil dan bermanfaat kerana pada pandangan aku .. dia yg aku kenal sejak kecil, sudah banyak berubah. Alhamdulillah perubahan nya kawanku itu adalah perubahan yg sangat2 aku juga mahukan .. berubah menjadi seorang hamba Allah swt yg lebih baik dari sebelum2 ini . Dan hujung Feb 2013, dia akan mengakhiri zaman bujang nye .. (^_^)


* * * * *
Review

"Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah swt daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yg bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yg dialami.."

"Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah swt agar kita dapat ingat apa yang kita lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada Allah swt dan mohon ampun dengan Allah swt sejujurnya dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA.."



Antara pengisian menarik dalam buku ini adalah:

Iman Tidak Dipaksa
Bila Usia Menjelang 40
Kemanisan Dalam Ujian
Menangislah Wahai Mata
Mencari Keberkatan Masa
Di Sebalik Cinta dan Tawakal
Mencari Hikmah di Sebalik Duka
Jalan Pulang ke Pangkuan TUHAN
Dimanakah Hendak Dicari Ketenangan?
Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

* * * * *

Inshaa Allah, aku akan habiskan membaca buku ini demi manfaat pada diri sendiri.


Sunday, January 27, 2013

Journey To The West


Assalammualaikum wbt ..

Journey To The West [Chinese Movie]


Siapa pernah tengok cerita ni? Ni adalah salah satu rancangan kegemaran aku masa kecik2 dulu .. seingat aku, setiap hari pasti akan ditayangkan di TV8 jam 8.30pm-9.30pm .. layan beb cerita ni dengan abah aku .. sekarang ni pun, ada jugak ulangan cerita ni .. tapi yang tak best nye, watak utama tu dah diganti dengan pelakon lain .. masa zaman sekolah, cerita ni dibintangi oleh pelakon2 kat dalam gambar tu ha .. si monyet Sun Wu-Kong tu hensem giler bhai .. hahahaha .. dalam rupa dia menjadi seorang manusia mahupun seekor monyet, dia tetap nampak kacak dan bergaya .. tapi tu lah, bila dah buat versi baru .. pelakon baru .. dah ilang sket feel pd cerita ni .. sbb nye tak berapa nk kacak dan lakonannya pun macam kureng menarik je (bagi aku ler .. hihihihi)


Hehehe, mesti pelik kan apasal la aku tetiba buat entri pasal cerita cina lak hari nih .. actually sedang melihat jalan-jalan di Nuffnang Yg Kacak Segak Bergaya tu, kot2 ada dapat campaigns baru macam blogger2 yg lain .. huhuhu tapi nampaknya ambo tadok rezeki laie deh .. takdok sapo sudi dan rajin nak klik menderma kat ambo nih .. huhuhu [pehal tah tetiba aku cakap loghat gini]. Ok aku teruskan je la, dari mana dapat idea tetiba nk story 1 of my favourite tv program. Di Nuffnang la, kan tadi dah sebut nama en.Nuffnang tu .. hehehe ..



Jangan risau, aku pun tak faham apa yg tertulis kat poster cerita kat atas ni .. hehehehe .. Nuffnang mcm biasa ada buat Premiere Screening Movie .. tapi entri ni aku buat bukan utk dptkan tiket free tapi saje2 je .. tapi dah lama tak dapat tiket free gak sebenarnya .. huhuhu .. sejak single kan, mana ada nk tgok movie sorang2 .. cheh!!

Ini sinopsis cerita ni, maaf ye aku malas nk translate kan .. hihihihi

Sinopsis:
Based on one of the Four Great Classical Novels of Chinese literature of the same name, Stephen Chow's "Journey To The West" is a contemporary remake of the misadventures of a Buddhist monk as he makes a pilgrimage from China to India. The monk travelled to the "Western Regions" during the Tang Dynasty, to obtain sacred texts (sutras). The bodhisattva AvalokiteSvara (Guanyin), on instruction from the Buddha, gives this task to the monk adn his three protectors in the form of disciples - namely Sun Wukong, Zhu Bajie and Sha Wujing - together with a dragon prince who acts as Xuanzang's steed, a white horse. These four characters have agreed to help Xuanzang as atonement for their past sins.



Tapi teringin gak tengok .. dah lama tak layan movie .. tapi siapa sudi nak jadi partner crime movie aku ek?
Dah lama tak dapat tiket free dari Nuffnang or ChurpChurp. huhuhu ...

2 movie ni je yang aku pergi secara percuma, dapat tengok awal ar kan dari tayangan sebenar ..

ParaNorman

Resident Evil : Retribution (3D)


Pilihan & Kesempatan


Assalammualaikum wbt ..

Seorang rakan berkongsi nota ringkas ini kepada arul .. lantas sejak itu membuatkan arul sentiasa berfikir tentang setiap patah perkataan di dalam nota ringkas tersebut .. hmm mungkin ada betul nya .. dan setelah difikir sedalam-dalamnya .. 2 perkara itu memang betul .. setiap manusia memang telah diberikan KESEMPATAN & PILIHAN ..

*******
Kesempatan - sesuatu yg sangat berharga apabila keadaan @ situasi yg sgt tdk memungkinkan

Pilihan - sesuatu yg mempunyai lebih dari 1 keputusan
*******


Ok la, meh arul share kan notes yg ditulis oleh rakan arul tu .. katanya, ini ayat dari hatinya sendiri .. nice!


Maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan .. lum berapa nak expert lgi .. masih dalam usaha memperbaiki skill yg ada .. hehehe


Kesempatan, Allah swt telah memberi kita kesempatan utk mengenali seseorang. Rancangan Allah swt adalah yg terbaik. Allah swt mungkin telah menemukan kita dengan seseorang yg kita rasa salah, sedangkan itu lah yang tepat. Tepat dimana, seseorang itu dihadirkan mungkin utk sedarkan kita bahawa kita mungkin masih belum bersedia dlm satu2 hbgn, mungkin juga utk sedarkan kita bahawa seseorang yg blh menjadi kwn tak semestinya mampu menjadi pasangan yg baik buat kita..wallahualam~

Pilihan, Allah swt juga turut telah memberi kita banyak pilihan dalam sepanjang hidup kita. Pilihan yg kita ada antaranya ialah memilih utk menjadi umatnya yg taat atau yg ingkar, memilih utk mencari rezeki yg berkat atau yg haram, memilih utk mendekatkan diri dgn Allah swt atau menjauhkan diri dari Nya..dan macam2 lagi lah .. Pilihan ni bukan saja ada dalam hubungan percintaan antara manusia, tetapi terlebih dahulu wujud antara manusia dan Allah swt. Pilihan untuk lebih menyintai Maha Pencipta berbanding manusia yg banyak mengecewakan diri kita.

Buat rakan arul itu, terima kasih atas notes tersebut ... serba-sedikit memberi arul sedikit kesedaran dalam membuat pilihan dalam hidup ni .. Apa yg arul pasti dan lebih pasti sekarang, arul memilih untuk berusaha menjadi seseorang yg lebih baik dari sebelumnya dan memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah swt.




Maaf lah, arul taknak bercakap tentang hati dan perasaan, cinta dan jiwa .. kerana itu arul cuba luaskan sedikit tentang Pilihan & Kesempatan yg rakan arul kongsikan in terms of .. Kita dan Allah swt .. Arul dah penat dengan kisah Hati & Perasaan, Cinta & Jiwa ..

Arul nak tambah sedikit saja lagi. tanpa kita sedar Allah swt telah beri kita banyak kesempatan utk bertaubat, utk terus beribadat dekatkan diri dengan Dia.  Allah dtgkan pelbagai ujian pada kita, tapi tak ramai yg sedar tujuan segala ujian dan dugaan tu. Namun demikian, tidak ramai umat manusia yg membuat pilihan utk sedar diri akan kesilapan diri, utk bertaubat dan insaf. Malah, kita terus membuat kesilapan demi kesilapan . Ada juga yg menangguh-nangguh utk bertaubat, kembali ke jalan yg lurus lagi benar. Apa yg dapat arul pesan kat sini, MASA tu takkan tunggu kita untuk buat PILIHAN yg betul sedangkan KESEMPATAN yg ada semakin jauh pergi..dan mati itu pasti berlaku bila-bila saja.


#nasihat pada diri sendiri juga#

Saturday, January 26, 2013

Lirik Lagu Selalu Milikmu - Randy Pangalila ft Marsha



Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memilikimu anugerah untukku
Meskipun ku tahu
Tak pernah kau menjadi milikku

Mencintaimu sepenuh jiwaku
Memilikimu bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu

Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti bahawa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memiliku bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu

Akankah kita akan bersatu
Jalani cinta ini

Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti bahawa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu





Tazkirah Jumaat #10 - Hukum Lelaki Memakai Emas & Sutera


Assalammualaikum wbt ..

Dari Ali bin Abu Talib r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini HARAM buat orang lelaki dari umatku."
(Riwayat Ahmad, Abu DAud, Nasa'i Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah, "Emas itu HALAL buat orang2 perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudia Nabi s.a.w. mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah!!

Kemudia beliau bersabda:

"salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan," Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah." Maka jawabnya, "Tidak! Demi Allah, sy tdk mengambil cincin yg telah dibuang oleh Rasulullah." (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yg kita saksikan di kalangan org2 kaya, iaitu mereka memakai pena emas, jam tangan emas, gelang emas..dan seterusnya adalah HARAM hukumnya.


# Sumber ZaimHilmi#


Topik yg berkaitan :

Hukum cincin, gelang dan rantai bagi lelaki ISLAM

Hukum lelaki memakai emas putih


Semoga info ini memberi manfaat kepada semua lelaki yg beragama ISLAM di luar sana ...

Friday, January 25, 2013

Lirik Lagu Maafkan Aku - Last Minute




Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama .. kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said I LOVE YOU ...



Wednesday, January 23, 2013

Hetero Chroma : Kucing 2 Mata Warna Berbeza


Assalammualaikum wbt ..

#okeh, ini entri yg sangat2 dah basi, dah lama nak post tapi tak berkesempatan#



sebelum2 ni arul selalu terbaca tentang haiwan comel ni kat blog .. dan ramai mengatakan haiwan baka ni dah tak banyak kat dunia ni .. so agak istimewa dan bertuah jika ada mereka yg memiliki baka seperti ini ..




arul pulak rasa sangat2 nak tengok dengan kepala mata sendiri kucing yg comel ni .. dengan mata yg cantik tu .. so nak dijadikan cerita, 2-3minggu lepas rasanya .. mood arul sangat2 spoil .. sebaik habis keje, singgah kedai jap nak beli barang2 dapur .. nak masak nanti malam nye .. kebetulan, arul terlihat seekor kucing putih  ni .. dan mata arul terus terpandang 2 biji matanya yg sangat cantik tu .. dia tak liar, tapi dia juga tak senang2 utk dipegang .. arul baru je keluarkan hp nak snap gambar dia .. dia dah blah .. hehehe sebab dia sedang lapar, cari makanan .. and after that, terus mood arul berubah jadi ceria .. lupa jap stres dlm kepala tu ..

what a miracle?! 


Monday, January 21, 2013

Migraine !!







tak tahu dan tak boleh nak update entri berinformasi sikit sekarang ni .. kepala semakin kerap sakit2 .. bila dah sakit, memang tak boleh nak fikir dengan habis .. so harini just nak share maklumat tentang sakit yg aku hidapi dan hadapi sekarang ni ..

tadi baru "cluster" tu je .. lama-kelamaan dah jadi migraine .. aduhai .. da tak tahu nk buat apa .. sebab Panadol, Ponstan, Uphamol dah imun pd tubuh ni .. rasa nk tidur je sekarang ni ..


~INFO~


Friday, January 18, 2013

Primadona | Aaron Aziz


Assalammualaikum wbt

Tadi tengok  Program Primadona [pengacara - Erra Fazira, Raja Azura, Rozita Che Wan, Raja Ema], tak sangka plak artis undangan dorang adalah AARON AZIZ & SHUIB SEPAHTU .. topik yg best telah dibualkan .. iaitu FOBIA ..





Lama-lama tengok, eh kacak pulak Abg Singapore nih .. agagaga [whatever!!] ..

Then di hujung rancangan, abang Singapore ni featuring dgn Sleeq dalam lagu Salam Semua. Jom layan video muzik tu .. hehehehe boleh tahan gak la suara dia kan ..





Thursday, January 17, 2013

Fenomena "Listen, Listen, Listen"


Assalammualaikum wbt 


Aku tak mengikuti pun tentang kes Listen,Listen,Listen ni .. tapi sjk kebelakangan ni .. ada certain blogger yg post ttg kes ni .. so aku baca, baca, baca .. sampai lah ke harini, aku terbaca kat blog apit dan terjumpa plak video yg dia share kan tu .. aku tengok, tengok, tengok .. mcm best .. hehehe so aku pun mohon share di sini pulak ..


mamat ni pun dah fofular kan di kalangan kita2 dgn parody2 yg dia buat .. mostly, parody dari dia adalah menyampaikan mesej2 tertentu yg berguna pada semua orang .. ye dak??


Antara entri2 yg berkaitan dengan kes Listen,Listen,Listen yg aku jumpa :






Hehehe tu je la entri yg aku jumpa .. dah lupa plak mana lg .. So dah baca nanti, tahu la apa hujung pangkal cerita "Fenomena Listen, Listen, Listen" tu kan ..


Tuesday, January 15, 2013

Elfaeza Ul Haq | Cinta Qaseh | Dlm Setiap Sujudnya


Assalammualaikum wbt



Siapa yg tak kenal dgn pelakon ni kan? ELFAEZA UL HAQ .. siapa2 yg tonton cerita Adam & Hawa pasti la tahu tentang pelakon ni kan .. sorry to say, aku tak mengikuti langsung pun cerita tu .. entah .. but tetiba rasa nak story tentang pelakon ni sebab muka dia macam dah kerap plak muncul kat kaca televisyen kita .. ye dak?


BIODATA BELIAU

Nama penuh : Siti Alfaeza Binte Mohmed Ehsan Ul Haq

Bangsa : Pakistani -- Pakistani/Malay

Tarikh Lahir : 21 Sept 1985



Sumber gambar : Google jer

Ini adalah fanpage dia ---> Elfaeza Ul Haq 




Sahabat Sakura

They're G+